Hidup Bekerja

Semalam aku cerita pasal cara aku layan semua staf kat office ni kan. Harini aku nak cerita yang ada juga jenis-jenis staf yang tak boleh IN walau dah bertahun kenal. Dia jadi macam awkward gitu especially bila bertembung kat korridor. Sejenis kalau kita senyum, dia tak senyum. Macam buat muka plain gitu. Sekali sekala kita tegur, mcm takde respond. Tetap muka plain. Aduh lemah betul kalau terserempak org jenis gini kat korridor. Usually aku pandang bawah jelah pastu nak dekat aku angkat muka & senyum tapi tak pandang orangnya. Boleh gitu? Hahaha. Tak tahu nak react macam mane. Kalau pandang muka dia, takot diri sendiri terasa pulak bila senyuman tak berbalas. So aku senyum sambil tak pandang muka jelah hahaha. Yang penting senyum. Tapi kalau takde mood sangat mmg aku pandang bawah jelah berjalan. 

Mereka-mereka ni kadang kita tengok dia bersosial nampak kelakar & mesra je. Tapi bila dengan kita tetap macam takleh IN gitu. Pelik tapi benar. Ada beberapa orang style mcm tu kat office aku ni & mostly lelaki. Sebbaek takde urusan sangat dengan depa ni. Jadinya anggap jelah asam garam bekerja. Nak kata aku ade buat salah dengan depa, rasa macam takde ape pon. Cuma takleh IN je gitu. Manusia kan bermacam ragam.

Aku ni ada sejenis perangai ala-ala OCD. Aku tak suka kalau orang pinjam barang aku tak letak balik ditempat sepatutnya. Rasa annoyed tapi aku tahan jelah. Kadang nasib depa tak baik aku bebel la jugak huhu. Tapi most of the time dapat aku tahan jebat. Aku juga tak suka orang tegur aku bab makan. Macam jengah bekal apa aku bawak or apa yg aku tapau dari cafe. Ade orang jenis kita dah cakap lauk apa pun dia tetap nak jugak tengok makanan kita. Perlu ke?  Ayam masak kari, rupa dia takkan ayam masak kicap pulak. Tak boleh visualize je ke instead of menjenguk makanan orang? Aku tak paham hahaha. Tapi itulah most of the time aku bersabar ajelah. Kdg ade pulak komen-komen bila dah jengah makanan kita kata " eh sikit je ko amek, diet ke? ". Takpun " fuyyoh diet tak makan nasi...". Semuanya nak dikaitkan dengan DIET. Oh menggggg it was so annoyingggggg!!! Asyik2 komen benda yg sama je. Dah la kena tahan menyampah org jengah makanan kita, pastu nak dgr komen yg sama berpuluh kali. Duh!

Erm...itulah atr hal-hal kat office yang aku tak berapa gemar. Benda kicik je tade hal la bertahun dah hadap. Takdelah sampai rasa nak kena berenti kerja hahaha. Kalau aku resign pon bukanlah sebab tu. Ofkos atas sebab musabab yg lebih besar & penting. Buat masa skrg ni bersyukur banyak dengan kerja skrg. Dpt bos yang tak banyak karenah & mudah dibawak berbincang pasal sejenis family oriented jugak. Lain bos yg takde anak dengan yg ada anak especially masih kecil lebih kurang baya anak kita je. Situasi tak lari jauh so dia lebih memahami gitu pasal dia pun hadap benda yg lebih kurang kita. Sayang sebenarnya kalau nak resign kerja ni tapi sampai masanya nanti aku pun dah takleh hadap dah situasi bekerja ni. Boringlah. Tukar angin duduk rumah pulak cara anak-anak sekolah & kerja rumah. Takkanlah hidup ni lebih separuh drpnya habis utk bekerja je? Utk orang lelaki ofkos ler lain sbb tggjwb dia lain drp kita org puan ni. Tp aku terfikir role aku la sbg seorg isteri & ibu bila nak difokus pulak?

Berharap sangat murah rezeki Iz dlm membina kerjaya. Harap gaji yg dia dapat tu cukup utk tanggung kami sekeluarga. Tak mintak nak mewah pun asal cukup makan pakai shopping sikit jadila. Tak lama dah kampeni Iz nak masuk TNB. Nervous jugak nak tau kot gaji naik ke, benefit melampau best ke kan. Harap yg baik2 ajelah yg tak baik takyah fikir dulu hehe. Hidup kalau asyik ulang benda yg sama bertahun pon boring je kan? Belas tahun dah kerja, tak boring meh? Aku nak hadap challenge yg baru pulak. Kalau boleh lahh...macam impian kita gitu. But mostly org puan terutamanya dia bekerja sbb dia mmg kena kerja utk bantu suami sara keluarga. Dlm dunia yg semuanya byk guna wang ni kan. Nak hidup selesa je pon bkn bermewah2. Itupun dah perlukan pengorbanan yg besar dari kita. Acuan dunia masa kini.

Khamis ni balik kg cuti CNY. This picture was taken on last year CNY. Abah masih ada. Kejap je dah nak setahun dia pergi.





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat