Menikmati Hidup & Bersiap Untuk Akhirat

Aku kenal sorang akak ni. Anak dia 2 orang je. Sorang sekolah rendah, sorang sekolah menengah. Dia bekerja, lakinya pun bekerja. Aku sebagai orang luar hanya dapat melihat kehidupannya secara pandangan mata kasar. Sekali sekala berjumpa, kami bertegur sapa bertanya khabar. Begitu sajelah. Aku tengok akak ni dia sangat bekerja keras sekali dalam mencari duit. As far as I can see, hidupnya tak nampak mewah pun. Kereta pun guna buatan negara Malaysia je. Pakaian biasa-biasa juga. Nampak sederhana. 

Aku tak pasti kenapa dia sangat bekerja keras. Selain dr kerja hakiki, dia buat kerja lain juga as a side income I supposed. Kira dah tahap rank atasan lah. Income dah capai 4 angka macam gaji kerja hakiki. Dia juga aktif dengan sebuah parti politik. Life dia kalau tengok memang super busy. Rajin juga bercuti-cuti kesana kemari. Agaknya kenapa dia sangat bekerja keras? Tak penat ke hidup terkejar sana sini eh?

Agaknya semua tu buat dia happy kot eh? Maklumlah definisi bahagia setiap orang tu berbeza. Setiap dari kita semuanya berbeza kehendak & keperluan masing-masing. Dari mata pandang aku rasa stress sangat kehidupan akak tu. Letih nengoknye. Tapi kalau itulah yg buat dia rasa bahagia, aku nak kata apa kan? Dr pandangan aku kata letih, tapi bg diri dia seronok aje.

Duit duit duit. Adakah ia segalanya? Adakah duit yg selalu bermain di minda?

Masa buat training Horenso haritu, I can define myself as a family oriented person. Keluarga adalah yang pertama dalam banyak hal. Aku rasa Iz pun macam aku. Jadi kami ngam bab ni. Kalau diberi pilihan antara duit lebih vs family. We choose family. It just that gaji dari kerja hakiki kami sekarang masih mencukupi utk hidup selesa. Tak susah, tak senang. Sederhana. Biasa-biasa. Weekends masa utk family, we spend time together most of the time with the kids. Cukuplah 5 hari seminggu waktu siang dah habis dengan hal kerja demi duit, on weekends kami nak spend time dgn family sebaiknya pula. Begitulah kehidupan yg ideal & balance bg kami. Kami tak suka terkejar-kejar dengan masa demi duit lebih. Gaji yg dapat setiap bulan tu kami peruntuk sebaiknya spy mencukupi. Thats how we survived for almost 9 years now. Syukur Alhamdulillah.

Pada aku kehidupan kami sudah menyenangkan. Tak banyak isu & tenang. Sangat tak suka life yang hectic kesana kesini. Kami jenis nak relax-relax enjoy life & syukur dgn apa yg ada. Takde nak mengejar duit, harta mahupun pangkat. Duit gaji asal boleh cater our daily life, saving sikit, cukuplah. Takde pun mengidam nak pakai BMW, barang kemas berjuntaian or rumah bak istana. We enjoyed a simple life dgn orang-orang tersayang. 

And I have time untuk persiapan menghadapi hidup selepas mati. Ini pun sangatlah penting. In my working days at the office aku curi masa buat solat sunat & mengaji. I have time for that, Alhamdulillah. Salah 1 sebab kenapa rasa kerja skrg adalah my dream job even keje tak sama taraf pendidikan hihi. Allah bagi mengikut kesesuaian gitu. Baiknya Allah kan? Dia lagi memahami kita drp diri kita sendiri. Ofkoslah pasal Dia yg cipta kita kot. As simple as that. Malam pula ada masa utk beribadah even si kecik tu kadang dtg naik atas badan time aku sujud & sibuk nak duduk atas lap bile mengaji, at least I have the time to do that. Setelah seharian sibuk hal dunia, malam kita berehat menghadap Yang Esa pula.

Bagi korang macam mana pulak? What define happiness in your life?

Harap awak semua happy dgn life keluarga kita 

Mimi, are you happy living with us? Hehehe




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat