Shopping Online Is Not That Bad

Shopping online ni bukan semuanya tak bagus. Sebenarnya bila ko dah membeli secara online, ini bermakna ko dah tak perlu nak start kereta pergi ke kedai utk beli barang yang ko nak. Jimat minyak, jimat masa. So masa yang ko dah jimat tu bolehlah spend sebijaknya. Contoh la on weekends skrg sebab banyak benda dah beli online, so takde sebab nak keluar rumah sangat. Ini bermakna jimat duit. Biaselah bile dah keluar rumah, lepak mall, mulelah nampak itu ini nak membeli juga. Plus dah keluar ofkoslah makan luar. Kos lagi. Jadi bila ko duduk rumah je, jimat lah. Usually weekend keluar utk groceries shopping je. Nak beli stok lauk masak-masak utk seminggu. Itulah yg rutin. Other than that takde sebab sangat. So banyak jugalah masa weekend skrg habis kat rumah je. Makan luar pun dah jarang sangat pasal tak ke mall.

Skrg cuaca pun sangat panas. Selalunya kami keluar lepas Zohor but since musim panas ni jadi malas ya rabbi. Pulak time petang gitu kiddos usually dah penat bermain dr pagi, so depa bantai tido. Kadang ibu ayah pun join sama hahaha. Musim panas kan badan jd lesu, mata pun cepat layu. So tak keluar rumah juga. Nanti dah lepas Asar, redup sikit baru ada mood nak keluar. Bila keluar lepas Asar, ko akan malas nk pergi jauh dr rumah sebab mengenangkan Maghrib. Aku mmg sejenis tak berapa suka sebenarnya kena solat kat luar selain drp rumah. Lagi selesa solat kat rumah jadi memang selalu cari masa yang aku tak perlu kena solat kt luar.

Ke shopping mall skrg kalau betul2 ada keperluan je. Ada tujuan utk beli sesuatu. Other than that lg senang beli online je. Syukurlah sejak bertahun berkecimpung dlm area sopim online ni, aku tak banyak sgt kenangan pahit. Boleh kata 80% mmg satisfied. Barang elok & spt yg dijanjikan. Ada bbrp kejadian je tak menepati kehendak tapi takdelah sampai serik pun. Masih lagi rasa on9 shopping ni memudahkan banyak perkara dlm hidup aku. Sebenarnya aku takdelah boros mana pun cuma bila real shopping dah jd on9 shopping, maka boleh nampak la kekerapan aku membeli tu padahal sama je kalau real shopping pun. Beli benda yg sama jugak. Cover line diri sendiri keapa ni? Hahaha.

Selalu kalau dah g mall, makan saje mau habis 100+. Kalau makan masak kt rumah, kan lebih jimat. Once in a while teringin tu biasalah tp pasal takde tujuan yg lain selalunya tak keluar jugak. Malas sokmo nk keluar bile membayangkan susah nak cari parking, peel budak2 yg jakuns semacam bila g malls hahaha, nak solat kt Surau yg ramai umat dll. Pasal peel budak2 tu, haih depa ni esp the boys bukannya makan saman sgt klu kita larang depa buat pape. Kdg sesuka hati menjerit, dah la 2 org boleh pulak bergabung suara. Belom lagi bab berguling atas lantai saje suka-suka. Abg jadi role model adik. Adik pulak apa abg buat semua dia nak follow. Kdg berlari bertempiaran tah kemana-mana je. Hadoii nk gugur la jantung kite ni laki bini nak perati mereka sentiasa. Letih.

Sekian, kisah sopim on9 yg byk membantu hidup kami sekeluarga.






Penuh henfon aku dengan gambo budak2 ni. Si Nazif tukang snap. Sabor jela. Menyesal kucing jiran ni kalau kena tangkap dengan depa. Hahaha.






Popular Posts