Kami Sayang Mak!

Bismilllah....

Rasa lama pulak tak menaip kat sini. Harini baru sampai seru nak bercerita sikit tentang what happened recently in my life. Officially Sh Tech (subsidiari Shsb aka tempat Iz bekerja) sudah pun diambil alih oleh Tenaga Nasional Berhad pada bulan 3 haritu. Dah masuk dalam berita bagai, so sudah rasmi lah senang cakap. Sadly peralihan drp Shsb ke Tnb masih berjalan in a quite a slow pace jugalah. Masih dalam perbincangan atr HR Shsb & Tnb tentang bayaran gaji, insurans dsb. Info ni aku dpt drp bbrp sumberlah, not from Iz only. Offer letter baru tentang position & gaji under Tnb pun belum ada, so banyak lagi benda yg tak jelas. Am hoping by April the progress will be towards the end of it lah.

Cerita aku pula, Alhamdulillah permohonan utk cuti 2 bulan tanpa gaji atas reason nak menjaga Mak yg tak berapa sihat insyaAllah akan diluluskan dan menjadi kenyataan. Semalam dah hantar ke HR, 2 bos dah approved, so tunggu green light jelah ni from HR saying that I can start my unpaid leave beginning 1st of April 2018 until 30 April 2018.

Ape pun semalam Iz pulak kata dah start busy dengan kerja semula. On April kena out station ke Jakarta & a week after that ada Team Building pula. Bila Iz out of town, siapa lagi kena handle kiddos sekolah bagai kalau bukan aku? Early 2 weeks in April mcm dah out lah kiranya. Bolehlah balik sekejap dpt dlm 5 hari kat Johor pastu kena balik BBST dah on Thursday b4 Iz g Jakarta menyambung terus ke time dia nak g Team Building the following week. After that balik semula Johor dapatlah dlm 2 weeks sebelum kami sekeluarga bercuti for 2 weeks ke Holland & UK, InsyaAllah. Balik dr sane a few days before Ramadhan & bolehlah balik ke Johor semula teman Mak sampailah habis unpaid leave. 

Dijangkakan akan start kerja semula pd 19 Ramadhan & the following week tu dah nak cuti Raya pulak. Tahun ni start beraya di Semenyih dulu sblm balik ke Johor. As usual akan ambil cuti selepas lebih banyak if raya Semenyih dulu. Kak Ya pun balik time tu so since annual leave dh jimat banyak sbb amek unpaid, boleh amek lama sikit like 3 days gtu balik Johor. Itulah sedikit sebanyak ringkasan plan utk beberapa bulan akan datang ni. Moga dipermudahkan Allah sajelah. We planned, He planned but He is the best planner after all. Kepada Allah aku berserah.

Tentang plan nak jaga Mak, aku rasa terpanggil utk ada kenangan spending my time in my adult days to be with her. Abah dah takde, dan pemergian Abah yang tiba-tiba sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan utk amek unpaid leave sebentar just to be with her. Dalam hidup sementara kita kat dunia ni takde apa yg lebih penting drp keluarga. I may not a rich daughter that can give my parents a whole lot of money but I want to be there when they need me. Kehidupan kita setelah berkeluarga menyebabkan kita secara tak langsung kurang memberi perhatian pd ibu bapa. Kita sibuk membina keluarga sendiri & kehidupan bekerja. Masa utk ibu bapa sangat kurang esp yg merantau jauh dr kampung halaman spt aku.

Ibu bapa semakin berusia, kita pun semakin tiada masa utk mereka. Dalam setahun boleh kira dengan jari berapa kali kita dapat balik utk menjenguk mereka. Abah dah takde, tapi Mak masih ada. Mak tak sihat, kita pun tak tahu ajal manusia itu bila. Maybe aku dulu, maybe Mak dulu, who knows except for Allah. Jd aku ingin ambil peluang kalau boleh lah setiap tahun amek unpaid mcm ni just to spend time with Mak di kampung. Selagi aku masih bekerja senang kata. Kalau dah tak kerja, lain pulak cerita tu sbb time tu sibuk tugas hantar amek anak sekolah pula. Maybe boleh balik lama bila cuti sekolah sajelah, InsyaAllah. Yg tu kita fikir nantilah. Now fikir yg skrg dulu. 

Alhamdulillah I have a very supportive husband on anything related with family. We both are family oriented person, maybe that is why we understand each other good intentions. Maybe in future, Iz pulak yg need by support regarding his parents. Who knows kan? Jadi saling bertolak ansurlah kita selagi masih ada ibu bapa ni, kita cuba berbakti pd mereka & make them happy. Bila aku balik Johor, Naurah & Nazif will be handled by Iz while Nadim will be with me lah. InsyaAllah Iz boleh je handle bdk berdua tu. Depa pun dah besar. Nadim jelah kena tido celah ketiak Ibu lagi. Budak manja kededek.

Moga Allah redha akan usaha aku utk spend time dengan Mak & moga Mak pun happy & redha dengan apa yg aku buat utk dia. Kami adik beradik semuanya sayang Mak. Yang lain pun ada juga pengorbanan yg dilakukan utk Mak. Semuanya utk memastikan Mak mendapat jagaan yg sebaiknya. Hirraz dulu dah berkorban tukar sekolah utk dpt ddk di rumah dgn Mak. Setakat aku unpaid leave 2 bulan, apelah sangat kan? Abg Eddy pn ada ura-ura nak do something jugak regarding to Mak conditions. Kak Ya pula insyaAllah by early next year dah boleh balik Malaysia for good. All of us is working on something for you Mak. Thats how we show how much we love and cherished you as our MOTHER. May Allah ease everything.

Bila kita dah ada keluarga kita sendiri, tak bermakna kita tak boleh nak berbakti dah pd ibu bapa. Kita boleh buat sesuatu selagi ada usaha. Cuba dulu, kalau tak berjaya baru cerita lain. Inilah cara utk kita tunjuk yang mereka juga sangat bermakna pd diri kita. That we also care for them so much.


Selamat Pengantin Baru to Kak Ngah & Abg Didie! Nadim MIA dgn Iz. Sabor jela...






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat