Pengalaman Jaga Mak Warded

Alhamdulillah diberi kesempatan masa untuk jaga Mak bermula hari Ahad petang sampai tengahari Selasa yg lepas. 2 hari apply cuti balik Johor jaga mak warded kat Hospital Kota Tinggi. My 2nd experience menjaga orang sakit yang bukan anak sendiri. Pengalaman pertama masa Abah warded last year yg seterusnya dia pergi meninggalkan kami. Kali ni mak warded, since Abah dah takde kenalah kami adik beradik bergilir menjaga. Dulu masa mak warded, Abah yg selalu jaga mak sampai dia keluar. Skrg kenalah anak-anak pula take turn.

Sudah Jumaat hari ini. To date Mak masih belum keluar. Lepas aku balik Sepang, adik lelaki yg bongsu pulak teman & malam esoknya kakak sulung start jaga sampai sekarang. Adik yg polis trafik kat Kelantan sane pun dah sampai pagi tadi naik bas. Bolehlah take turn menjaga Mak. Bila ramai-ramai, takdelah terasa letih sangat kan. Keadaan Mak basically OK dah cuma darah tinggi tu yang degil sangat takmo turun even dos ubat dah dinaikkan. Batuk dah kurang, kaki & jantung dah tak bengkak. Hanya mampu berdoa sajalah moga Mak cepat sembuh dan dibenarkan balik ke rumah.

Tak susah mana pun jaga Mak. Pergerakkan dia je limited sebab beg urine dipasang. Doc pun cuma bagi Mak ke bilik air utk buang air besar. Mandi pun aku cuma lap-lap ajelah dengan kain basah. Doc mmg suruh banyak berehat & limitkan pergerakkan utk jaga tekanan darah tu. Aku ni sejujurnya bukanlah jenis concern sangat menjaga orang sakit macam adik aku si Lisa tu. Dia kalau jaga memang tip top jenis teliti gitu. Aku kdg tak reti nak buat apa. So aku banyak tanya Mak la nak kena buat apa-apa sekian sekian psl clueless. Bila dah tau, aku buat jelah. I am willing to do & I am willing to learn. Kadang aku gosok kuat sangat, Mak kabo soh pelan-pelan. OK sorry yer Mak. Aku ekjas la balik kekuatan menggosok tu. Aku ingat nk kena kuat skek supaya berasa tanggal daki kat badan. Tapi Mak kata kulit dah tua ni cepat rasa pedih kalau kuat-kuat. Kulit dah nipis. So pelan-pelan lah.

Allahu, sedih kan bila dah tua nanti. Buat aku lebih insof dengan kehidupan kt dunia yg sementara ni. Hari ni aku jaga Mak, esok-esok aku pulak yg terlantar macam tu & dijaga anak-anak. Mudah mudahan la semua anak-anak molek mampu menjaga kita dah sakit tua sok. InsyaAllah. Syukur, untung Mak Abah semua anak 7 beradik berusaha utk menjaga mereka sewaktu sakit. Dulu Mak Abah dah bersusah payah membesarkan kami, takkan la sekali sekala mereka sakit macam ni kita tak mampu nak bergilir menjaga mereka kan? Dari segi bilangan pun dah tahu sepatutnya memang kami mampu. Cuma iyelah semua dah ada kehidupan masing-masing, tapi jgn dilupa jasa ibu bapa pd kita dulu. Sementara mereka masih ada ni, berusahalah korban sikit masa & tenaga. Itulah tugas utama kita sebagai seorang anak.

Apa yg buat aku rasa gembira menjaga Mak kat sana bila bersembang dengan makcik-makcik yg warded juga. Orang tua yg datang melawat pun semuanya ramah tamah. Beza sangat orang-orang kat Hospital Kota Tinggi vs Hospital Sultan Ismail JB (pengalaman masa kes Abah). Kat hosp bandar, ramai orang tapi semuanya sibuk dengan hal masing-masing. Kat hosp kecik ni, semuanya mesra mengambil tahu akan keadaan & situasi masing-masing. Bila kita berkongsi cerita dengan orang lain, secara tak langsung rasa ringan sikit beban yg ditanggung. Jadi masa aku jaga Mak kat hosp, aku tak rasa boring mana pun. Best je menyembang & dengan Mak pun dapatlah personal talk. Alhamdulillah.

Moga Mak cepat sembuh & dapat keluar hospital. Aku pun ada plan sesuatu yg besar utk Mak cuma belum bertanya je lagi dengan bos. Tak tahulah boleh ke tak, tapi I give it a try first lah. Doakan aku juga ya dipermudahkan urusan. TIA.










Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat