Geram

Last day of working this week. Last day of school for kiddos too. Tapi depa tak pergi sekolah pon, Ayahnye tetibe lembut hati pulak bagi depa ponteng. Selalu dia yang kemain tak bagi. Even takde belajar dah pun tapi best je tengok sesi ambil gambar dgn kawan-kawan sekelas & dapat duit raya dari cikgu. Naurah pun kemain lagi malas nak pergi tadi. Ehh geram pulak aku pagi2 ni hahaha. Yang betulnya budak-budak tu asyik nak main je kat transit. Nazif bila kakak tak sekolah, dia pon mmg takmo pergi taski jawabnye. Haihh...menyampah bila decision ibu & ayah tak on the same page. Tapi sebab malas nak membebel, aku diam jelah distract dengan benda lain.

Iz harini cuti pergi hantar Almera major service. It takes about 3 hours pomen kata haritu. Balik kang kena tumpang Isma drop kat Shell pastu terus ke KLIA iftar dengan Kak Ya. Flight Kak Ya ke JB around 9.45pm macamtu.  Esok pulak iftar dengan officemates Iz kat Hotel Sama-sama. Ahad balik Semenyih hantar abg kakak duduk dengan Wan pasal dah cuti sekolah. Nadim jelah balik semula ke BBST dgn kami. Rabu taska dah tutup nk letak Nadim kat mane tah. Kena balik Semenyih la kot. Tak diskas lg dgn Iz. Khamis Iz dpt cuti tanpa rekod follow TNB. Aku je keje.

K tu jelah nak bebel. Sambung upload gambar kat Neds. Zoo Rotterdam.















Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat