Pantasnya Masa Berlalu
Alhamdulillah, selesai mengganti puasa tahun 1439 ini. Today & esok start Puasa 6 pulak. Khamis & Jumaat kena berehat semula sebab ada farewell & open house raya kampeni. Kite cubalah mana yang dapat bila takde jemputan beraya esp on weekend. Tak sangka berlalu dah bulan Ramadan tahun ni. Rasa macam sekejap sangat masa berlalu. Syawal pon dah dipertengahan. Kak Ya pun dah berlepas balik ke Neds malam tadi setelah 2 minggu kat sini. Looking fwd sangat for next year for her to be back here for good. Kakak yg paling close dlm adik beradik. Yg paling murah rezeki & pemurah juga. Sayang sangat kat kakak sorang ni, moga Allah sentiasa rahmati kehidupan dia & bahagia dunia akhirat.
Ni kejap je dah nak masuk July. More than half year sudah. Kadang terfikir jugak apa yg aku dah achieve sepanjang berlalunya 2018 ni. Termenung terkenang begitu begini. Life is good macam biasa je. Yg lebih merunsingkan tentulah bab bekalan akhirat tu ha. Kadang iman down, kadang iman up. Macam tu jugalah dia. Tapi yg pasti tetap takkan mengalah utk terus berusaha nak dapatkan kehidupan yang bahagia di alam sana nanti. Moga Allah terima segala amal ibadah & luas rahmatNya utk bagi aku masuk ke SyurgaNya kelak. Aminnnn...
K sambung gambar kat Liverpool, UK.