Raya Mode Is On
Siryes takde mood dah keje minggu ni. Bukan aku je kot gitu. Maklomlah Jumaat dah Syawal kan. Otak memasing dok menerawang pada kuih raya, baju raya, service kereta nak jalan jauh, duit raya, juadah raya etc. Tahun ni tahun aku tak membeli sangat kuih raya. Yang order cuma tart nenas 3 balang dr wife cousin Iz. Utk Mak & MIL beli kerepek je semalam kat kedai kerepek Nilai. OK jugaklah situ berhabis utk 3 rumah RM120. Kira settled lah bab kuih raya. Dapat rembat batang buruk (1 of my feveret kuih raya), tempeyek kcg tanah & tempeyek dhal utk rumah sendiri. Nampak gaya mmg utk makan sendiri jelah tu hahaha. Standby la in case ade org nk dtg beraya, selain masak juadah utk tetamu, kena ada jugak sejenis 2 kuih yerdak buat tambah-tambah.
Kasut raya pon takde beli tahun ni. Satu lagi penjimatan since sblm g Neds dah beli baru hok bdk2 ni. Iz pon ade sandal Hush Puppies aku belanja awal tahun dulu kot. Mmg dia jarang pakai simpan stor so boleh la buat raya. Aku pon pki sandal Scholl sedia ada je beli end of last year. Since x keje 2 bln ritu masih nampak baru je. Tahlah pd aku kasut ni tak bape penting sgt. Beli tu sekadar mengada je kdg tu. Org bukan perati sgt pon kasut. Aku selalu fikir gtu pasal aku pon sejenis x perati kasut org. Baju jelah pd aku yg obvious. Klu org perati pon umor2 aku ni dah tak kisah banyak. Lantak ler asal aku pakai kasut. Its more abt the kids lah.
Nazif ritu ada gak tnya kita x beli kasut raya ke ibu? Biasalah bdk2 ni kdg call Wan pastu Wan pun tanyalah persiapan raya semua kan. Tu depa pn dpt idea tnya ke kita balik. Padahal sblm tu x amek kisah pon depa. So since dia dah tanya, its the perfect time for me to explain that we don't have to buy everything new to celebrate Syawal. Baju tu etlis sepasang wajiblah pasal dapat pahala pun pakai baju baru 1 Syawal tu kan. Yg lain2 tu asal ada sudahlah. Asal masih elok, pakai jelah apedehal.
OK done bebelan for today. My first day puasa kembali after Allah bagi cuti for the past 7 days. Ada 2 malam ganjil lagi iaitu tonight 27 & next 29 on Rabu. Alhamdulillah diberi kesempatan juga bertemu malam ganjil & moga2 di 2 mlm terakhir inilah malam Lailatul Qadar itu. InsyaAllah. K, sambung gambar2 kt Neds.