Nazif 5 Tahun

Benda yg best ada akhirnya. Benda yg x best pon ada akhirnya jugak. Selesai sudah short weekend getaway (sempena Nazif genap 5 years on 29th July) kat Bukit Bintang, KL di Swiss Garden Residence. Seronok tengok kiddos enjoy. Aku dgn Iz pon enjoy jugak lari sekejap drp rutin harian. Kami gerak hari Jumaat lepas Iz settled solat Jumaat. Budak2 pon bersekolah mcm biasa for half day as usual. Takde sesi memonteng. Nadim jela stayed with us tak ke taska. Siap-siap masak bawa bekal. Jimat duit for dinner. Habiskan apa yg ada dlm fridge je. Tenggiri masak kicap dgn sawi pak choy ke pok choy ntah. Dgn habiskan dlm 10 eggs sbb dah agak lama. Ada 1 tu siap dah jd telo tembelang. Sudahnya aku habiskan semua psl takot hilang niat nak menyimpan, habis semua xleh dimakan dah.

Buat telur dadar japs style. Tebal kemain haa add susu segar sekali. Puas makan aku buat layer by layer kt non stick pan. Hasil ajaran youtube hahaha. Menjadik. Lain feel dia bila makan telo tebal gitu. Lagi nikmaaattt. So petang tu lpas sampai kami lepak2 jela xde keluar mane. Berehat. Esok paginya cari breakfast + lunch kat Ikea Cheras plus shopping barang deco rumah skek. Balik je bdk2 mandi, aku dgn Iz kebabom tido sampai 2 jam. Heaven sungguh since budak2 pon x kaco. Elok membawak diri masing2 cari makan ape yg ditapau kt Ikea sblm tu ciken wing & karipap. Sebbaek ingat lagi kat ibu & ayah tinggalkan 1 pcs sorang hahaha. 

Dah puas tido kami layan hindustan kejap kt TV3 smntara tunggu Asar. After that baru terjun kolam renang sampai budak2 puas. Malam tu g makan Kari Kepala Ikan Kg. Pandan. Sekor kepala je RM100 wuwuwu. Sekali sekala pejam mata jelah. Dah kenyang lepak AU2 jap jenguk Mak. Sembang2 dgn siblings pastu balik hotel semula. Pagi Ahad ke kolam renang sekali lagi & b4 12pm sempat check out & off we are heading back to Sepang. Singgah KIP Mall beli brg dapo skek & lunch. Dlm pkl 3+ dah sampai rumah. Harini Isnin dah kembali ke rutin biasa.

Ok sambung pics kat final destination kami di Rotterdam sblm balik ke Malaysia.













Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat