Beringat

Kebahagiaan hidup tak datang dengan mudah. You have to work hard for it terutamanya bab mendekatkan diri dengan Sang Pencipta. Kalau orang tanya aku apa tips utk hidup bahagia. Jawapan aku mmg 1 je. Ikut segala suruhan Allah, tinggalkan apa yg Dia larang. Usaha untuk sentiasa dekat dengan Dia bukan saje dgn mengerjakan amal ibadat yang wajib, tapi segala perkara yg basic dia baik, kerjakanlah.  Kadang aku rasa bahagia sangat dgn kehidupan skrg ni, rasa cukup lengkap dah. Dalam masa yg sama, aku jadi takut kerana tau ujian Allah tu pasti akan datang tak kira masa. Bila tak ada ujian, aku risau jugak. Allah dah tak sayang kat aku ke? Dia dah tak ingat kat aku ke?

Nanti bila dah sampai ujian, aku rasa susah pulak. Sedih. Susah hati. But life goes on and on and on sampailah nyawa ditarik kelak. Suka duka silih berganti, datang dan pergi. Kemudian berfikir tentang kehidupan selepas mati pula. Takutnya. Sebab tak tahu gambaran dalam kubur tu nanti tentang Syurga ataupun Neraka. Kalau nampak Syurga, seronoklah. Kalau Neraka? Allahu..moga dijauhkan ya Allah. Tak mampu rasanya even melihat pun keadaan kat sana. 

Baru-baru ni aku kerap tengok video ruqyah & dialog Sheikh Abdul Rauf Ben Halima seorang muslim Perancis dengan jin yang memasuki badan manusia apabila dipanggil dengan menggunakan ayat al Quran. Banyak rahsia keadaan dunia pada masa kini yang terbongkar. Segala tipu daya manusia, jin & syaitan dlm mempersiapkan dunia utk menerima kehadiran fitnah terbesar akhir zaman iaitu Dajjal. Aku tau ramai orang yang tak percaya dgn benda mcm ni tapi aku percaya yg alam ghaib itu wujud dan jin, syaitan & dajjal itu juga ada. No harm I think to believe sikit sebanyak ttg pkr yg nak disampaikan dr dialog2 tersebut. Mana yg baik, kita ambil sbg peringatan. Nak percaya 100% tu tidaklah since Sheikh sendiri kata begitu. Tapi sbg peringatan, ianya tak salah.

Kita hidup kat dunia ni masih lagi sibuk dengan nak membeli itu ini, nak makan sedap-sedap, nak upgrade kereta, simpan saving dsb. Musuh2 Islam dah beribu tahun berkomplot nak hancurkan Islam drp akar umbinya lagi spi harini. Kita yg masih hidup aman ni leka dibuai anganan indah kehidupan dunia yg serba indah. Sibuk nak beli beg harga cecah ribuan ringgit, keje siang malam nak cari saving buat anak2 in future dsb. Semua tu tak salah tapi beringat samalah ttg persediaan menghadapi dajjal tu nanti, nak hadapi sakaratul maut, nak hadap malaikat Munkar Nakir tu juga. Akhlak manusia zmn skrg sgt membimbangkan. Canelah esok nasib anak2 kita yg masih kecik ni gaknye. Sangat menakutkan dan merisaukan. 

Susah nk terjemahkan perasaan risau ni. Hanya mampu berdoa moga diri aku ni tak leka sgt dgn dunia. Cuba hidup sederhana. Hmm..cuba cubalah....insyaAllah.

Balik dr Liverpool, dari Schipol Airport kami gerak naik train ke Zaanse Schaans. Cuaca panas time ni macam summer dah rasa dia. 






























Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat