Duit Bukan Segalanya

Akhirnya minggu terakhir bulan July muncul. Esok dah gaji yeayyy. Rasa lama betul nak tunggu sampai gaji bulan ni. Bln lepas gaji masok awal sempena Syawal. Rasakannnn!!!Dengan buat rumah terbuka, dengan buat built in kabinet TV & beli Smart TV Hisense 55", habis semua aku tapau nak buat dalam tempoh yg panjang nk dpt gaji seterusnya. Tapi bila spend duit pada benda yg kita nampak hari-hari, dia tak rasa membazir pun. Dia rasa berbaloi. Tak sama bila ko compare duit yg ko habiskan utk leisure cthnya g Amsterdam ritu je RM12k+ habis utk tiket flight sahaja. Dalam otak ko dah terbayang dgn duit sebanyak tu, banyak benda lain aku boleh dapat kot.

Tapi...bila ko compare lg sekali dengan pengalaman & kegembiraan yg terpancar di wajah anak-anak masa pergi bercuti tu, ko akan rasa takpelah bukan selalu pun nak dapat peluang kesana lagi kan? Rasanya seumur hidup aku ni 2 kali tu jelah 2016 & 2018 kami sekeluarga akan dapat jejak kaki ke negara Eropah. Kak Ya pon dah nak balik Msia for good early next year. But who knows kan? Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia? Allah je maha tahu. Jaga Allah baik-baik, pasti Dia akan jaga kita 1000 kali lebih baik. Rezeki dari Dia datang tak kira masa. Kadang time kita dah tak berharap tulah rezeki sampai. Selalunya begitu.

Pada usia menghampiri 36 tahun lg bbrp bulan ni, pandangan aku terhadap duit sedikit berubah. Memanglah duit tu penting, tapi aku rasa macam kalau takde saving banyak sangat pun takpelah. Ada duit sikit2 utk kecemasan pun jadilah. Maybe aku terkesan dgn hidup a few of my blogger friends yg now jd manager rumah. Yang 1 hari nanti aku pon berharap dpt tinggalkan hidup bekerja ni & hidup mcm diorang. Maybe mmg dah sampai masa aku tune balik otak aku tentang duit. Mereka tu, dah x bekerja nampak hidup lebih bertawakkal pd Allah tentang rezeki. Saving pon tarak, tapi bak kata Prof Aidh ulama Arab Saudi, kenapa nak risau ttg masa depan yg belum pasti? Itu semua hak Allah utk mencatur kehidupan kita, ujian kita semua Dia yg atur. Tugas kita sbg manusia bkn utk risau pd pkr yg tak pasti, tapi penuh yakin akan sabar mengharungi segala ujian yg Dia akan bagi.

Jangan gentar. Jangan bimbang, stp ujian yg Allah bagi mesti ada jalan keluarnya. Sptmana wujudnya siang & malam, begitu juga selepas sedih datang gembira. Lps susah, ada senang. Bila aku pinjamkan duit pd kawan2 yg memerlukan, aku awal2 dah set dlm otak, redha sekiranya x dpt balik duit ni. Alah, duit je kot. Bila kerja, dpt gaji adalah duitnya. Penting sgt ke duit sampai sanggup putus kawan, putus sahabat? Hmm..maybe aku dah boleh pilih persahabatan instead of duit. Taknak jadikan duit tu raja utk diri aku. Mmg perlukn duit utk byk benda, tapi duit juga bkn segalanya. Aku ada suami yg baik, apa2 dia akan jaga aku, insyaAllah. Aku ada family yg baik, apa2 mereka pasti akan jaga aku, insyaAllah. Dan paling utama aku ada Allah, yg sentiasa menjaga aku tak kira masa tanpa mengharapkan sebarang balasan. Why worries when its not that necessary? Be positive & always bersangka baik dengan Allah. 

OK melalut banyak dah. Jom sambung tengok gambar kat Netherland. Sikit je sebab dah nak habis dah gambar pengembaraan kami sekeluarga kt sana. Lepasni last kami jalan2 kat Rotterdam di Kralingse Bos park.












Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat