Less Is Sweet

Tak sangka dah masuk tahun kedua aku boleh dikatakan berjaya jugaklah meninggalkan air manis. Dalam seminggu average 1-2 kali jelah teguk. Jarang nawlah habis secawan pun. Kalau belikan Iz air tin Wonda Kopi Tarik, sedut sepam dua pon OK dah. Buat rasa-rasa org kata tu. Air dah berjaya, yg belum nampak kejayaan tu bab desserts. Cuma selamat sikitlah pasal bukan selalu pon jumpa desserts kan? Jumpa air manis lg senang drp jumpa desserts. Overall boleh kata gula telah berjaya dikurangkan dalam kehidupan.

Memang belum kurus pon even berjaya byk kurangkan gula, tapi dari segi ketebalan lemak kat perut tu mmg nampak improvement. Even makan mcm biasa, tetap ada penurunan ketara kat situ. So ada rasa happy jugaklah. Bukan senang nk hilangkan lemak kat perut kan? Penurunan lemak tu ada tp mmg akan ambil masa yg lama la sng cakap. Dah tahun kedua ni baru nampak obvious kat mata aku. Kesimpulannya takde yg sia-sia pun bila meninggalkan sst yang tak baik dlm hidup kita. Sooner or later akan nampak hasilnya. Semua benda pun kena sabar. Tu je kunci dia. 

Bab gula dah OK tp bab makan tu not so okay hahaha. Makan dah takde pantang, semua balun. Cuma cuba kurangkan portion ajelah. Itulah yg x kurus2 sbb kdg OK kdg KO. Malas fikir dah hahaha. Beringat gitu jelah. Ini pun dah 2 weeks skip puasa. Hrp next week rajin semula la puasa etlis Isnin-Khamis utk jd lebih sihat insyaAllah.

K sambung gambar kat Giethoorn.

















Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat