BodyFast

Walau ada masanya rasa dah give up utk menurunkan berat badan, being a woman dia macam automatik ko akan nak jugak turunkan berat tu walau dah bertahun-tahun mencuba dan masih tak berjaya jumpa formula yang kena dengan diri. Yang rasa relax xde fikir banyak but enjoy the process of loosing weight. 1 benda yang aku paling tak suka bila diet adalah restriction. Sebab aku suka makan. Tu je alasan dia. Period. I want to eat anything that I want to eat. Bila ini tak boleh, itu tak boleh, memang kejap jelah bertahan diet aku tu.

Latest diet yg aku cuba sebelum skrg ialah eat clean. Yang ini susah sebab aku malas nak sediakan makanan eat clean. Leceh la nak masak khas utk aku sorang je. Lama-lama give up. Sampai akhirnya bbrp minggu yg lepas aku start diet Intermittent Fasting. IF la orang panggil. Lama dah diet ni. Aku pun dah pernah baca ada orang yg dah berjaya share psl IF ni tapi belum sampai seru nak try waktu tu. So pandang sepi ajelah. So last few weeks aku tetibe rasa nak try, in 1-2 weeks aku dah rasa perubahan drp segi stamina & inches lost. Badan rasa makin ringan, lebih kurang perasaan bila kita berpuasa sebulan Ramadan.

Buat pertama kalinya aku rasa mcm dah jumpa diet yang paling kena dengan diri aku (ke dah pernah tulis gini sebelum ni?hahaha). Habis week ni kira sebulan dah la aku buat IF. Masih istiqomah sbb tak rasa mcm diet sangat pon. Rasa macam puasa separuh hari everyday je. Aku cuma skip breakfast & have a heavy lunch at 1pm. Stop eating at 9pm. Ade jugak terbabas bbrp hari tapi okay je. Normal lah kan. Lepas 2 weeks buat, aku terus pm Kak Ya suruh dia try jugak kot-kot kat dia pun berkesan. Tak sampai hati pulak nak kurus sorang-sorang (kompiden sgt ko labu) since I knew dia pon struggle jugak bab diet ni.

Aku soh dia install apps BodyFast & read about IF. Apps ni dia akan ingatkan kita now you can eat and now you have to fast. Aku guna utk 2 weeks je pastu dah rasa tak perlu diingatkan dah hahaha. Kerek kemain ehh. Paling best sekali bila masa utk makan, aku boleh MAKAN APA SAJA. Nikmat Tuhan yg manakah mahu aku dustakan. Dasar pemakan haha. Siryes in that 8 hours eating time tu, aku makan apa saja weh. Time aku "puasa" pagi, aku minum green tea/air masak. Rules dia tak boleh minum air manis jelah. Since aku mmg dah kureng banyak bab air manis, kachang pis jelah benda ni.

Air masak consumed as usual dalam 2-3 liter per day sampai ke petang. Malam malas dah minum banyak sbb nanti kaco waktu tido. Oh yer aku minum teh detox jugak lepas makan. Kdg lps lunch, kdg lepas dinner. Tengok mood. Agak tu sebab badan jd ringan jugak kot. B4 ni byk toxin kot badan. Punca susah nk turun berat jugak agaknya.

Honestly aku rasa kalau aku lebih strict bila time makan, mesti lagi cepat turun banyak. Tapi sbb aku mmg x jaga apa yg aku makan & portion langsung, so slowly jelah inch loss tu tu. Xpelah xde apa nak kejar pon. Relax je hidup mcm biasa cuma rutin waktu makan tu jelah dah berubah.

OK kite tengok sampai bila body fast ni memberikan perubahan pd weight loss aku. Kotla 2 bln akan datang aku tulis entry dah give up lagi kan hahaha. Manusia.

Pic kat bawah gambar Qatar Airways punya flight food. Kids meal dia menarik siap dpt lunch box. Kami bawak balik almost semuanya. Ada yg bagi cousins budak-budak ni sbb banyak. Maklumlah pergi balik ada 4 flight semuanya pasal transit kan.






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat