Fenomena Alam Pelik

2-3 hari ni kita disajikan dengan fenomena alam yang agak pelik. Bermula dengan bunyi kuat seperti guruh yang panjang & sedikit gegaran dpt dirasakan terutamanya yg duduk rumah bertingkat. Semalam kat Bangi hujan lebat disusuli ais batu. Cuaca harini pun mendung, semakin kerap hujan. Waktu pagi tengok jalan pun basah. Cuma x berapa lebat kt area BBST/Cyberjaya ni. 27 Julai yg lalu x salah aku ada gerhana bulan penuh kan? Fenomena alam yg luar drp kebiasaan ni memang menginsafkn diri sedikit sebanyak.

At least masih ada rasa gusar dalam diri akan kekuasaan Allah. Kalau korang takde feeling langsung tentang semua fenomena ni, korang kena muhasabah diri balik kot. Kita merupakan umat akhir zaman dan fenomena yg menunjukkn peringatan & kekuasaan Allah ni maybe 1 hari nanti hanya dipandang sepi oleh kita. Macam ia perkara yg biasa. Agaknya bila matahari terbit dari barat pon orang ramai cuma sebok amek gambar or selfie utk post kat media sosial. 

Zmn skrg ni pun dah ramai je manusia yg berperangai mcm ni. Nampak benda mungkar, rasa benda tu biasa. Siap menyokong lagi org yg terang2 buat benda tak betul. Katanya kubur masing2, dosa masing2. Kita ni umat Islam adalah bersaudara, dlm perkara yg baik & mungkar kena saling mengingati. Lepas tegur, nak berubah atau tak terpulanglah. Kalau x mampu tegur pun, at least dalam hati ni kena ada rasa tak suka melihat kemungkaran. Kalau itu pun dah tak ada, tak tau nak kata dahlah. Rosak dah akhlak manusia zaman kita ni

Skrg makin ramai puak2 Islam liberal katanya yg semakin lantang bersuara dan muncul di public. Situasi ni mmg menakutkan aku. Tak lama dah dunia ni. Pengikut dajjal dah dipersiapkan dengan ramai sekali. Senang kata skrg ni tinggal tunggu masa dajjal tu dilepaskan dgn izin Allah seterusnya mengaku dia tu Tuhan. Alaa....takutnya. Fitnah terbesar utk umat manusia. Berjayakah kita termasuk dlm golongan yg sikit yg tak jd pengikut dajjal tu?

Aku ni pun makin lama makin lalai & leka. Iman turun naik. Terpikat lebih dengan dunia. Muakan anak-anak dgn kebendaan. Sok mampu ke anak2 bertahan dgn kesusahan? Rumitnya benda ni. Kadang kita ni sifat sayang tu menebal sgt pd anak sampai agaknya 1 masa nanti membetulkan prk yang salah juga demi mereka. Hari2 doa di sujud terakhir moga Allah lindungi kami sekeluarga dr fitnah dajjal. Tak tahu mampu ke tak menghadapinya dgn jaya sbg seorang umat Islam. Allahu....ampuni kami ya Allah. Hamba-Mu yang penuh dengan kelemahan.






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat