Flexible Working Hours

Syukur sangat mid July ritu office dah start apply flexible working hours. Dalam tempoh sejam dari 8.30am to 9.30am, kite boleh masuk office tak kira masa dengan syarat cukupkan 8jam sampai ke petang. Let say ko clock in 8.45am, so ko kena balik 5.45pm.

Aku ni bukanlah morning person sangat. Makin naik usia, makin payah nak bangun awal. Usually aku akan bangun bila azan Subuh berkumandang. Kadang mandi dulu sblm solat. Kdg terus solat lepas bersihkan diri serba sikit. After that kdg ke dapur buat breakfast/bekal utk semua. Kdg xde buat apa cuma siapkan budak2 jelah nak ke sekolah. Flexible hours ni buat aku lebih relax buat semua rutin pagi. Takde feeling terkejar-kejar nak clock in 8.30am. Usually nak sampai office b4 9.30am mmg relax je feeling dia. Boleh gurau senda lagi atas katil dgn the boys. 

Naurah jelah mmg kena keluar awal pagi. Sejak flexi hours ni, Iz jelah yg hantar Naurah sorang. Dia balik baru mandi & bersiap. Rasa hilang tekanan diwaktu pagi nak pergi kerja. Kerja aku kat opis ni bukanlah stress mana pon. Tapi aku ni jenis punctual jugaklah orangnya. Aku tak suka lambat. Masa tu bagi aku sangat penting utk ditepati. Aku tak suka org yg suka meremehkan kepentingan waktu. Paling tak suka buat orang menunggu aku. Klu lambat, usually aku akan text or inform orang yg berkenaan. Janji kena ditepati bukan dicapati hahaha..

Since aku pon mmg selalu balik lambat waktu petang sebab nature kerja Iz yang tak tentu masa, flexi hours ni mmg kena sangat la dgn situasi aku. Cuma feeling bersalah jelah kat budak2 sebab tenggelam matahari baru nak pikap diorang balik rumah. Aku boleh close dgn owner taska & anak-anaknya pon sbb muka kami ni jelah yg paling kerap pikap anak lewat. Thats y bila tinggal bdk2 ni je kat taska, depa bawak balik rumah je semua. So kami pon ameklah bdk2 kat rumah owner taska. Banyak jasa owner taska ni. So sekali sekala kami pon hulurlah juadah apa2 if singgah ke pasar malam keapa. Kalau ada rezeki pape mmg x lupa depa sekeluarga. 

Kesimpulannya I love flexi hours. Dtg kerja dgn ringan hati tanpa ada rasa bersalah takut dtg lambat.

OK sambung gambar kat Neds.












Popular Posts