Kedudukan Diri

Tersentap juga hati bila dengar tazkirah drp seorang Ustaz apabila ada yg bertanya, bagaimanakah kita hendak tahu kedudukan kita disisi Allah.

Ustaz kata, senang je kalau nak tau. Tengok kehidupan setiap hari kita ni selalu disibukkan dengan apa. Kalau seharian hanya sibuk dengan dunia, dengan fikiran nak mencari duit, langsung takde masa nak fikir pasal akhirat, tahulah kita kat mana kedudukan diri kita disisi Allah. 

T_________T

Takde masa peruntukkan utk akhirat. Takde rasa nak bersedekah, takde rasa nak bangun malam bertahajjud pada-Nya. Semuanya dunia dunia dunia.

Moga kite saling ingat mengingatkan sesama kita tentang bekalan akhirat. Dunia ni sekejap je, bila dah tiba ajal kita sok, kehidupan selepas itulah yg lebih penting kerana ianya takkan berkesudahan. Kalau kesudahan kita baik, untunglah. Kalau kesudahan kita tak baik? Selamanya diseksa di Neraka. Allahu. Nauzubillahi min zalik.


Pokok yg indah di dunia. Di akhirat ada pokok yg berkali ganda indahnya






Popular Posts