Muhasabah Semula

Self reflection. Kenapa aku nak resign awal dari kerja?

Kadang benda ni ko kena refresh balik kenapa dulu ko rasa nak buat sesuatu perkara tu. Kadang sebab belum masanya, perkara tu jadi tertangguh. Lama-lama ko akan lupa sebabnya. Aku ni sebenarnya bukanlah seorang yang layak digelar sebagai ibu yang penyayang. In fact aku tak berapa reti pun nak menunjukkan yg aku ni seorang yg penyayang. Naturally I was born that way. Nak layan budak-budak pun tak berapa pandai. Budak-budak pon tak bape nak suka aku hahaha.

Aku mmg lemah bab showing my true feeling to people. Semuanya banyak tersimpan dalam hati. Orang yang tak kenal sangat, tak tahu pun. Yang dah kenal, maybe aku open up, so baru mereka tahu. Gitu. Makanya walau aku ni memang tak nampak sbg seorang ibu yg penyayang, tapi aku selalu rasa nak berikan yg terbaik utk suami & anak-anak aku. Because for me, they are my priority after Allah (hmm ye ke tu?) dalam menjalani kehidupan kat dunia ni.

Bekerja tu hanya setakat utk meneruskan kelansungan hidup. Thats y even aku ada degree, aku kerja guna sijil SPM je. Gaji aku sufficient & I love my working environment. Tu yang tahan kerja masuk tahun ke-13 dah by end of this year. Which is somehow aku rasa bangga juga masih bertahan berkerja pd usia ini dgn anak 3 orang. Aku tahan sebab Iz masih memerlukan aku utk membantu dia demi ekonomi keluarga. Nak hidup selesa, I have to help him. So aku sabar. Takkanlah aku tergamak utk selfish sebab nak capai apa yg aku nk achieve dlm hidup. Aku bukan hidup utk diri aku je. Aku ada suami & anak-anak yang masih memerlukan aku utk bekerja. Aku sabar for them.

Last year, ekonomi keluarga kami nampak semakin stabil. Anak-anak makin membesar. Next year semuanya akan bersekolah. Naurah dah Darjah 3, Nazif di Pra Sekolah & Nadim ke Taski Abim. Naurah, sebab dia sek integrasi, jadi dia hanya ada 1 sessi persekolahan. Tak perlu tukar baju etc & pergi ke sek lain. Nazif next year pun OK lagi sebab half day je pra sek. Since dia akan masuk Sek Keb, so dia akan ada 2 sesi sek pagi & petang utk Sek Agama pulak bila Darjah 1 on 2020 nanti. Kat sini aku dah rasa tak best membayangkan dia kena bersiap sendiri nk pegi 1 lg sesi sekolah. Nak mandi, tukar baju, makan (sempat ke makan?) & naik van sekolah. It will be so tiring for him.

As a mom, aku rasa hati ni terpanggil utk make it easier for him. And it would be easier if I can fetch him, bawa balik rumah bersiap, makan & hantar semula ke sek. Itulah target aku for 2020. Bukan make it easier for Nazif je, in fact utk Naurah & Nadim juga. Alhamdulillah Iz pun rasa OK dgn target aku ni since last year. Moga semuanya Allah permudah jelah.

Personally aku terasa sgt yg skrg ni aku hidup di akhir zaman. Aku takut aku rasa menyesal sebab tak spend time & do my best as a wife & mother for my family. Sebab itu yang paling penting bagi aku utk kehidupan kat dunia ni. Dan aku berharap sangat dapat tingkatkan lagi amal ibadah aku pd Allah bila aku dah tak kerja nanti. Utk all out sebab aku jugak sangat takut dengan kehidupan yg bakal aku tempuh di alam kubur & akhirat nanti. Ya Allah permudahkanlah niat ini. Amin amin yra.

Bye-bye renovation dapur huhu. Its sad tapi bila aku fikir2 balik, Allah janjikan rumah yang paling indah kat Syurga nanti kalau niat apa-apa tu utk benda yg baik. Jadi marilah kita bersabar. 

Family is everything in my dunia



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat