Bertukar Insurans Kepada Takaful

Akur bahawasanya aku sedang hidup pd dunia akhir zaman, maka aku berusaha untuk tidak hanyut dengan keindahan dunia. Back at 2013 kalau tak salah memori kt otak aku ni, aku dah usaha utk bertukar dr insurans konvensional kepada takaful. Tapi tak berjaya. Ejen yg juga kawan lama aku masa study kat matrix kata susah. Jd aku berpuas hati dgn anggapan at least aku dah cuba. Tak berjaya nk buat mcm mana kan. Allah knows. Dia maha tahu dan maha adil.

Ceramah demi ceramah aku dengar sehingga tahun ini, Allah jentik lagi hati utk mencuba lagi. Kata ustaz, di akhir zaman ini berusahalah utk keluar drp sistem yg dicorakkan oleh pencacai dajjal. Aku terfikir lagi tentang insurans since mmg dah bebas hutang bbrp tahun yg lepas. Inilah satu2nya yang mungkin akan menarik aku kepada menjadi penyembah dajjal 1 hari nanti. Nauzubillahiminzalik.

So aku usaha, berjumpa dengan ejen prubsn yg kenal kat ig. Dia explain & kata walau mcm mana pun, aku tetap akan rugi sekiranya aku terminate insurans & bertukar kpd takaful. Dgn plan nk resign by end of next year, plan nk kurangkan komitmen bulanan utk Iz yg akn menjadi pencari nafkah tunggal dlm keluarga kelak, bertukar insurans bukan 1 langkah yg bijak. Komitmen malah akan bertambah. Study lagi dari carian google, video di You Tube. Akhirnya aku akur, aku kena nekad keluar juga dr sistem insurans.

Aku faham aku rugi didunia, tapi aku berharap dengan rahmat Allah yg maha luas, aku tergolong drp org2 yang beruntung di akhirat kelak. Jd aku & Iz berjumpa dgn ejen kami & bgtau nk terminate. Pun tak mendapat sokongan tapi bulatkan juga tekad. Kami mahu bertukar kpd takaful. Ejen yg sama juga buat takaful, jadi ejen yg baik ini menguruskan semuanya. 

Iz yg sblm ni premium bulanan 179 jadi 250. Aku dari 167 jadi 220. Naurah dari 109 jadi 130. Penambahan komitmen kepada RM145 sebulan. Benefit juga tak sama. Elaun warded yg aku kira akan tiada, rupanya ada cuma dr RM200 jadi RM100. Syukurlah masih ada drp tiada. Medical makin best drp yg lama cuma saving sikit sajelah. Honestly bab saving ni langsung aku tak kisah. Tak ada pun tak apa, ada itu bonus. 

Semalam dah start bayar 1st premium RM600. Selama 6 bulan kena bayar 2 polisi insurans sbb nk tunggu polisi baru ni matang. Tak berani nk terminate yg lama since 6 bln tu anything can happen. Cuma ejen kata yg lama tu tak bayar pun takpe nnti dia deduct dari saving yg dh ade dlm tu. Lega sikit mendengarnya. Ejen pun faham kot kite ni keje bukan gaji besar2. Syukurlah mereka byk membantu.

Inilah ujian besar kami buat masa ini pd 2018. Mungkin saja keputusan ini membuatkan aku tak mampu utk resign pd tahun depan. Kalau itulah yg Allah sudah tetapkan, aku redha. Komitmen takaful mencecah RM840 sebulan seperti membayar sebuah kereta. Hutang kereta Almera dah habis, macam membayar kereta baru pulak selepasnya. Kami dah buat kira-kira, nampak mcm ngam-ngam je gaji Iz utk cover semua. Iz yang jd takut. Aku mmg dah ready utk bersusah, tp kalau ketua kata dia tak yakin, aku nk cakap ape kan?

Aku usulkan bbrp bln sblm masuk 2019, kita cuba hidup dgn gaji Iz sahaja. Then we'll see how it goes. Moga Allah permudah.

Rotterdam Zoo







Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat