Bingung

Jujurnya aku happy dengan life aku sekarang. Tapi dalam masa yg sama aku gusar dengan keadaan dunia pada waktu ini. Tentang susahnya membezakan diantara sesuatu yg hak & yang batil. Yang benar & yg salah. Banyak berita yang membingungkan. Yang mana harus dipercayai? Yang itu atau yg ini? Pemimpin yg benar & salah pun payah nak bezakan. How?

Dalam pd kununnya berasa gembira dengan peralihan tampuk pemerintahan kerajaan pd bulan 5 yang lalu, keadaan negara sekarang juga tak kurang huru haranya. 1 yg aku selalu dengar dari ceramah2 para ustaz dari Malaysia juga dr negara jiran kita Indonesia, tiada 1 pun pemimpin dunia pd zaman ini yg memerintah tidak drp adanya campur tangan drp pentadbir New World Order. Semuanya spt yg dicaturkan mereka.

Dan aku kebetulan terlihat 1 bual bicara dari US tentang betapa senangnya salah seorang ahli panel yg dijemput dlm rancangan itu tentang kemenangan kerajaan negara kita yg skrg ini. Katanya sudah berpuluh tahun mereka berusaha utk menumbangkan kerajaan kita yg lalu & akhirnya pd tahun ini mereka berjaya. Tak ke benda ni semua mengelirukan kita?

Kita sangka kita dah tumbangkan kerajaan yg zalim. Tp hakikatnya mungkin saja kita keluar dr mulut harimau, masuk pula dalam mulut buaya. Malah mungkin lebih teruk lagi drp mulut buaya. Melihatkan betapa lantangnya golongan LGBT & pendukung liberal bersuara bebas dewasa ini, hati jadi sangat gusar. Risau.

Aku terdengar juga kata-kata bahawasanya pemimpin yg lalu telah 2 tahun mendekatkan dirinya dengan Allah. Sudah mahu berubah menjadi hamba yg soleh. Seperti yg kita semua sedia maklum, semakin Allah sayang pd hamba-Nya, semakin besar & berat dugaan/ujian yg menimpanya. Kerana Allah mahu tingkatkan iman & darjat kita. Disaat ramai rakan2 yg benci benar dengan bekas pemimpin itu, aku masih lagi antara dua. Tidak pasti. Tidaklah benci sgt, tidaklah suka sangat. Masih menimbang tara.

Pemimpin skrg, nak bersangka baik 100% pd dia pun masih dlm timbang tara. Lihat pula anak-anaknya yang salah seorangnya sangat lantang memperjuangkan liberalisasi. Pendukung LGBT. Entahlah. Susah nak putuskan, yes orang ini betul. Or yes, orang ini salah. Terlalu banyak informasi yang payah nak diputuskan samada hal atau batil. Fitnah berleluasa. Susahnya hidup pd zaman ini. Don't u think so?

Gempa dan gempa silih berganti. Dunia semakin tua. Dajjal semakin hampir. Aku cuba utk istiqomah mendengar ceramah2 para ustaz yg memberikan peringatan kpd umat manusia. Moga sentiasa beringat & berusaha menambah amal ibadat. Takut. 

Subhanallah


Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat