Perjalanan Kita Masih Panjang

Sekejap je rasanya dah memasuki akhir tahun 2018. Sedia maklum dunia akhir zaman ni mmg dikatakan masa berlalu dengan pantas. Tapi sebab apa kita rasakan ia pantas? Kata seorang ustaz yg aku pon dah tak ingat ustaz mana yang bagi ceramah pasal selalu berganti-ganti dengar ceramah para ustaz lately. Katanya sebab gadget. Kita leka dengan gadget terutamanya handphone. Bukak facebook, instagram & whatsapp. Cukop 3 ni aje kite layan tau2 ehh dah masuk tengahari. Ehh tau tau dah pukul 10 malam. Kita semakin dilekakan dengan teknologi.
Teknologi tidaklah semuanya tidak baik. Kalau ko bukak youtube dengar ceramah para ustaz & mendapat ilmu serta mempraktikkannya utk bekalan hidup selepas mati nanti, maka baiklah teknologi itu. Tapi kalau ko bukak website kdrama sampai lalai tak solat dhuha, jadi tak eloklah dia. Its all about our choices isn't it?

Hidup kat dunia ni penat. Korang tak rasa penat ke? Yelah sbb dunia ni bila kita adalah seorang muslim, kita kena patuh dengan undang-undang yang Allah dah tetapkan. Kalau kita nak berjaya, kita kena follow kesemuanya dengan penuh istiqomah. Kalau umur ko Allah dah tetapkan 80, selama 80 tahun la ko kena sentiasa berusaha utk patuh pada semua undang2 Allah. Lama kan? Ustaz Ahmad Dasuki dlm ceramahnya baru2 ni pun berkata tentang perkara ini. It such a burden for us human to manage all kinds of things in our life. Solat, puasa, zakat dsb. Tggjwb kat dunia lagi sbg seorang anak, ibu, ayah. Penat. Semuanya memerlukan komitmen yg besar.

Dan ustaz kata lagi, alam dunia ni jelah kita akan bersusah payah. Nanti bila nyawa kita dah diambil semula, kat kubur kita dah boleh berehat. Dgn harapan segala amal yg kita kerjakan kt dunia ni mencukupi utk kubur itu nanti menjadi taman Syurga buat diri kita, allahumma amin. Kata ustaz, para mukmin semasa didalam kubur sewaktu azan berkumandang didunia, bingkas bangun utk mengerjakan solat. Maka malaikat pun berkata, sudah tiada solat lagi bagimu di alam ini. Allahu, sedih pulak rasanya kan. Selama berpuluh tahun kita hidup, perkara yg dah sebati dengan diri kita akhirnya kita dah tak perlu buat lagi. Sebab itulah ustaz kata, bersusahlah kita pd waktu ini, kelak di alam seterusnya kita akan mendapat rehat yang panjang. Dunia hanyalah tempat kita bercucuk tanam, hasilnya akan kita dapat di perjalanan hidup yg seterusnya sehinggalah tempat tamatnya samada Syurga atau Neraka.

Alam kubur juga menjadi hint kepada life kita di alam seterusnya. Kalau elok, perjalanan selepas tu yang masih lagi panjang akan elok. Kalau kat kubur dah x elok, mmg susahlah spjg perjalanan seterusnya itu. Wallahualam.

Alam dunia ni kalau dilukis, singkat je tempoh dia. Alam yg seterusnya itulah yang nanti akan tersangat panjang buat diri kita. Peluang kita hanya sekali je kat dunia ni. Ya Allah, moga kita tergolong dalam golongan orang2 yg berjaya di alam seterusnya, allahumma amin.





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat