Hidup Part II

Dikala usia sudah menjangkau 36 tahun, berapa tahun saja lagikah yang tinggal agaknya utk aku hidup kat dunia ni. Kalau diambil saat usia Abah sewaktu dia meninggalkan kami adalah pada usianya 60 tahun. Ramai yang kata ohhh masih muda ayah kamu. Sejujurnya pada usia aku skrg ni saje aku dah rasa diri aku tua. Mungkin saja pemikiran aku pun sudah lebih tua drp orang kebanyakkan seusia aku skrg.

Nikmat terbesar yang nak aku tuliskan disini pd hari ini adalah dilahirkan sebagai seorang Muslim. Aku dididik dari kecil dengan dibiasakan akan ajaran agama Islam. Jadi aku tak rasa asing dengan agama Islam. Kalau saja aku lahir dr ibu bapa yang kafir, tugas aku sbg seorang manusia tentu saja jadi lebih sukar. Utk aku benar-benar terbukak hati menerima Islam yang asing, ianya bukan perkara yang mudah. Perlunya sentuhan di hati & kecerdasan fikiran dlm berfikir dari Sang Pencipta.

Lahirnya kita sbg seorang muslim merupakan nikmat terbesar tapi ia tak terhenti setakat itu saja. Iman bukannya diwarisi tapi perlu diusahakan. Diwaktu kanak-kanak sehingga meningkat dewasa, agama itu hanya diikuti tapi tak sepenuhnya difahami. Kita belajar kat sekolah & kita terima saja ilmu yg kita dapat. Semakin meningkat dewasa, kita akan lebih terasa akan pentingnya agama dalam kehidupan. Kerana ujian dari Allah semakin hebat & sukar. Kita dpt rasakan keperluan & kepentingan adanya Tuhan dalam banyak hal.

Dalam byk-byk ujian, akan ada ujian yang paling berat kita rasakan utk ditempuhi. Pd ujian itu Allah 'sentuh' lagi hati kita dengan hidayahnya. Pada mana manusia tidak lagi dapat kita sandarkan utk menolong kita melepasi ujian, Allah itu sentiasa ada. Dia tak pernah tinggalkan kita sedangkan kita selalu pula lalai tentang Dia. Alhamdulillah hati aku disentuh pd usia 26 tahun akan hakikat pentingnya aku utk lebih fokus pd konsep ketuhanan. Utk aku lebih berusaha dlm mencari ilmu agama utk aku hidup bersamanya. Mempraktikkan bukan sekadar mengaku aku seorang muslim spt yang tertulis pd kad pengenalan.

2008 titik tolaknya aku mula belajar utk mengenal Allah bukan sbb aku disuruh utk belajar, tapi atas kemahuan diri sendiri. Aku mulakan dgn memperbaiki solat sbb aku tau itulah tiang kpd agama Islam. Aku hafal makna bacaan dalam solat utk lebih menikmati solat. Baru aku tau dlm solat itu terkandung doa utk diri kita & puji-pujian kepada-Nya serta kekasihnya Rasulullah SAW. Bila faham bacaan dlm solat, barulah dpt dtgnya khusyu'. Bak kata seorang ustaz "Allah akan bg kefahaman tentang agama bila Dia sayang pd kita". Aku belajar skit demi sikit sehinggalah diusia 36 tahun ini sudah hampir 10 tahun aku berusaha utk menjadi seorang muslim yang lebih baik drp sebelum ini.

Manusia takkan pernah capai hakikat kesempurnaan. Sempurna itu hanya Dia. Spt juga iman, ada turun dan naiknya bg seorang manusia. Cuma 1 aku selalu berdoa pd Allah utk tidak lencongkan lagi diri aku dari jalan yang Dia dah tunjukkan 10thn lepas ni. Kalau aku terlencong, moga Allah tarik balik aku ke jalan yang lurus menuju-Nya. Aku takut kerana aku sedar akan hakikat bhw hati kita ini dipegang oleh Dia bukan diri kita. Juga doa spt mana Dia hidupkan aku pd hari ini sbg org yg berimana kepadaNya, moga mati aku nanti juga berpaksikan pd Dia. Allah Tuhanku, Nabi Muhammad ikutanku, Islam agamaku.

Mati itu pasti bg setiap manusia. Bila ianya pasti & tidak tahu bila akan tibanya, pd aku ianya meresahkan hati. Cukup dah ke amal ibadah aku utk layak nampak taman Syurga kat dlm kubur nanti? Perjalanan aku selepas mati nanti lebih panjang. Lepas alam Kubur, dibangkitkan pula, kemudian cari syafaat pula di Padang Mahsyar, ditimbang amal pula, titian sirat lagi. Allahu, semua perjalanan itu adalah SANGAT PANJANG & hanya waktu dunia ni saje yang menentukan nasib kita dlm setiap fasa tersebut.

Aku doakan anda semua yang membaca tulisan ini disentuh hatinya utk kita sama-sama berusaha utk kehidupan akhirat kita. Utk kita sama-sama berjaya dlm perjalanan yang sangat panjang itu nanti. Semoga Allah terima amal ibadat kita & terima kita sbg penghuni SyurgaNya, insyaAllah amin.





Risau kadang dgn masa depan anak-anak. Dunia yg skrg ni pun dah susah, lagi depan lagi mesti lagi susah. Moga diorang semua sentiasa Allah jaga kat mane pon diorang berada. Doa jelah ibu mampu buat utk awak semua.





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat