Sayang Kerja

Sungguh, sebelum ini hati aku sangat mahu tinggalkan alam pekerjaan. Aku rasa penat & letih dengan rutin pergi dan balik kerja. Aku rasa ianya seperti beban yg terpikul diatas bahu. Kemudian ditambah dgn rasa bersalah kepada anak-anak kerana tak berjaya membesarkan mereka dgn tgn ini sepenuhnya. Boleh kata sepanjang matahari terbit hinggalah ia tenggelam, aku tak berada bersama dgn anak-anak krn komitmen kerja. Itulah rutin hidup aku 5 hari seminggu selama 13 tahun memasuki alam pekerjaan.

Kebelakangan ini, aku seperti diberi ketenangan berkenaan kerja ini. Hati aku jadi sayang pd kerja yg membolehkan aku menunaikan Solat Dhuha pd waktu senggang, Zohor & Asar di awal waktu. Nikmat Allah yg manakah mahu aku dustakan dgn kesempatan itu? Aku mula melihat sisi kelebihan dalam pekerjaan ini. Ia satu kerja yang mudah bagi aku yg dah 13thn bekerja ditempat yg sama. Seakan boleh kata, pejam mata pon aku boleh buat.

Dgn kerja yg mudah ini, sambil aku buat kerja aku boleh mendengar ceramah agama dr para ustaz & mendengar alunan ayat suci Al Quran dari Sheikh Mishary Al Afasy. Nikmat Allah yg manakah mahu aku dustakan melalui pekerjaan ini? Ada rakan yg kerjanya perlu fokus, maka dia tak dapat utk menyambil bila melakukan pekerjaan spt aku. Bukankah aku tergolong dr org2 yg beruntung dlm situasi ini?

Kerja ini jarang sekali menghalang aku utk mengingati Allah & beribadah kepada-Nya. Bukankah ini juga 1 nikmat yg terbesar? 

Sebelum ini pd waktu pagi aku agak kelam kabut menyiapkan anak-anak utk ke sekolah/taska. Allah rezekikan sekali lagi syarikat apply flexible hour which means aku boleh masuk kerja from 8.30-9.30am asalkan aku cukupkan waktu bekerja selama 8jam. Allahu Akbar, seperti dapat membaca segala yg memberatkan aku utk bekerja menjadi dipermudahkan. Sungguh, aku jadi lebih tenang & senang utk ke tempat kerja. Tiada lagi hati yg berat spt sebelumnya.

Jawatan kerja ini mmg tidak profesional. Ia hanya kerja yg biasa-biasa. Namun hikmahnya sangat besar buat diri aku. Setelah berbelas tahun bekerja, kenaikkan gaji stp tahun serta berkurangnya satu demi 1 komitmen bg aku & Iz membuatkan gaji pd hari ini setimpal. Ia tak nampak kecil lg buat diri aku spt satu masa dulu. Rasa kebercukupan itu ada. Malah aku bersyukur dgn kerja yg sgt mudah ini, aku mampu dapat gaji sebanyak itu. Alhamdulillah.

Pernah juga aku terfikir tentang zakat yg dibuat melalui potongan gaji. Ia juga sesuatu yang perlu aku syukuri kerana dapat menyumbang sesuatu pd ummah melalui kerja ini. Kalau aku tak kerja, hilanglah seorang pembayar zakat kat negara kita ni. I should be proud of myself isn't it? Kadang-kadang kita dibutakan pandangan dgn nikmat yang sedang dinikmati dengan apa yg hati hajati. Sedangkan keduanya tetap ada sumbangan dalam cara yang berlainan.

Kesimpulannya, aku sudah jatuh sayang pd perkerjaan ini tanpa aku sedari. Perkara yg memberatkan aku hanyalah perihal anak-anak. Dikatakan kerja juga merupakan 1 ibadah. Aku cuba buat yg terbaik utk kerja ini. Utk anak-anak, aku seakan cuba utk menebus segala kekurangan aku sbg ibu dlm menguruskan mereka diwaktu siang dgn apa yg boleh. Aku cuba bagi mereka yg terbaik dlm range kemampuan aku sbg seorang ibu. Moga Allah tak pertanggungjwbkn aku dgn amanah yg Dia berikan dlm mendidik anak2 dgn memilih pekerjaan drp mereka.

Sungguh, sekiranya 1 hari nanti aku benar2 sudah tak perlu bekerja utk membantu Iz, aku akan berhenti dengan gembiranya utk menguruskan rumahtangga. Buat masa ni, hati aku tenang saja bekerja. Allah tunjukkan kelebihan2 sekiranya aku masih bekerja ini mungkin utk menenangkan hati. Yg aku tak perlu rasa bersalah kpd anak2 krn aku mmg memerlukan kerja ini demi mereka. Wallahualam. Moga Allah sentiasa tunjukkan aku jalan-Nya yg lurus & selamatkan aku apb aku tergelincir dr jalan itu.

Bersyukurlah dgn kehidupan ini buat bbrp ketika sehingga ditentukan Allah akan rezeki yg lain pula. InsyaAllah, Allahumma Amin.

p/s: terjumpa pulak link ni Suri Rumah or Bekerjaya










Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat