Approaching 2019

Today is a special day. Jumaat terakhir utk tahun 2018. Pantasnya masa berlalu, Naurah pun akan masuk Darjah 3 di SRAI. Nazif akan memulakan Pra Sekolah 6 tahun di SKBBST. Nadim pulak akan ke Taski Abim Al Ehsan (taski lama Nazif) 4 tahun. Kakak & Abang insyaAllah tak risau sangat dah. Si adik tu ha ada kerisauan sikit pasal kalau nak ikut umur in detail baru je 3 tahun 2 bulan plus minus. He's the youngest compared to Kakak & Abang semasa memulakan alam persekolahan. Semuanya memang start kindy for 4 years old. Nadim ni pasal lahir end of year, tu yang rasa kecik lagi.

Untuk Nadim ni kira percubaan dululah utk sebulan. We'll see how it goes. Kalau serasi, continue jelah. If not, masuklah balik ke taska biasa tu. Dia jugak yang request nak sekolah. Kalau ikut aku, nak try masukkan utk penggal ke-2 je. Bagi besor sikit lagi, takdelah risau sangat. Kite tengok jelah nanti macam mane.

Naurah & Nazif akan start mengaji dengan lebih serius. Kami hantar mereka ke Kelas Mengaji Al Baghdadi. Sekali seminggu, 2 jam pada waktu malam. Kelas tak sama sebab Naurah dah boleh baca Al Quran. Nazif kena start dari awal yang ada ketuk-ketuk kayu tu. Kelas diorang on Monday & Tuesday. 2 kali seminggu kena la hantar ke rumah Ustaz. Ustaz tu cikgu agama kat sekolah rendah di Putrajaya. Kawan Naurah kat SRAI pun ada sorang yang ikut kelas Ustaz ni. So adalah kawan utk dia nanti. Dari pemerhatian, InsyaAllah mereka akan serasi dengan Ustaz tu. Cikgu kan, pandai dah tackle budak-budak utk seronok belajar dlm kelas sambil bermain.

Bab agama ni mmg aku risau lebih la di zaman yang sgt mencabar ni. Takpelah spend duit lebih sikit asalkan dapat belajar tentang agama lebih sikit. Nanti dah elok bacaan Al Quran, bolehlah ajar ibu pulak. Aku ni mengaji reti tapi tajwid mmg kelaot lah. Tak pernah belajar in a proper way. Kat sekolah pun belajar  main-main. Ini dah tua baru ada kesedaran nak belajar lebih utk diri sendiri. Utk bekalan akhirat. InsyaAllah kalau ada rezeki lebih boleh masuk kelas mengaji dewasa dgn Ustaz yg sama. Utk permulaan, kite dahulukan anak-anak.

Alhamdulillah takat ni 4 dari kami 5 beranak dah pun menjadi klien Pru BSN Takaful. Pending insurans Naurah je. Esok nak ambil form kat Annur for submission. Moga lulus jugalah so semuanya ada insurans yang halalan toyyiban. Premium bulanan jadi lebih mahal spt yang sedia maklum. Dah macam bayar sebiji kereta sedan. Takpelah sebab kita ni fikir akhirat bkn sekadar nak senang kt dunia aje kan. Rugi kat dunia, untung kat akhirat. Siapa taknak? Mudah-mudahan insyaAllah walau rezeki tu sikit tapi berkat, segala urusan Allah permudah. Kita bersangka baik ajelah.

OK itulah sedikit sebanyak update sempena nak masuk tahun 2019. Moga Allah permudahkan segala urusan kami & kamu yang membaca post ini dan seluruh umat Islam amnya. Happy New Year!











Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat