Progress Diet

OK lah ada kerajinan sikit petang Jumaat ni nak membebel kt sini. Kalini aku nak update progress misi turunkan berat badan sebab nak sihat. Ritu buat simple check up on my urine & blood pressure. Kes nak tukar from insurans to takaful. Alhamdulillah kes Iz & aku dah approved. Cuma aku punye ada exclusion lah on both knee due to my ACL history on left knee last year. Nasib tak berapa baik sbb dia exclude both knee tapi lulus ajepon aku dah happy pasal niat utama nak mencari yang halal. Walau lebih mahal, tp kita wajib mencari yg halal kan? Takpelah sebab asalnya silap aku jugak tak amek kisah tentang halal haram dulu-dulu. Now tinggal nak pursue Naurah punye je. Esok baru nak hantar questionnaire kat Hosp Annur regarding Naurah HSP dulu. Kita mintak kat Allah sungguh2 moga lulus juga utk Naurah. InsyaAllah.

OK berbalik pasal misi turun berat utk sihat, masa consult dengan doc yg buat check up aku tu, dia kata dr urine test aku dia detect ada resistance on diabetes. Kira mcm dah border line. Sama jugak dgn BP aku. Dia kata bp aku mudah naik tapi kalau aku bertenang, dia boleh stable. Bermakna keduanya memberi signal yang tak baik la kan. 50-50 orang kata tu. Setahun lebih aku kurangkan gula, still on resistance. Ciskek betol haha. Agak klu aku tak control langsung, entah2 diabetic dah aku. Gila. Baru 36 tahun kot.

Seperti yg aku pernah cerita sblm ni, around August aku start diet IF. Alhamdulillah now dah bln 12 masih lagi membuatnya. Nampaknya aku dah selesa dgn diet ni. Kalau kelaot pon usually on weekends jelah. Weekdays konsisten je takde masalah sangat. Dan lepas dpt result med c/up aku tu, aku tambahkan dengan puasa sunat etlis seminggu 2x. Kebetulan lepastu dgr ceramah UAK kat youtube, dia kata kalau sakit, ubatnya puasa. So sama juga spt yg doc sarankan pd aku masa med c/up ritu. Maka perlulah aku akur dan cuba sedaya upaya kan? Pahala pon dapat. Apedehal.

For the time being aku rasa lebih sihat bertenaga la drp dulu. Berat badan maybe x byk turun tapi inch loss tu memang dah start nampak. Adelah a few colleagues yang tegur I look slimmer. Baju-baju aku pon dah start ada yg rasa longgar. Rasa lebih selesa. Mak pon ritu tegur nampak susut. Kira adalah progress. Plus paling best aku tak rasa mcm berdiet sangat except masa pagi nak membawak ke tengahari tulah sbb aku cuma boleh minum air je utk elak rasa lapar melampau. Other than that aku mkn lunch & dinner mcm biasa. Same portion. And I still can loose weight/inches. Its a combination la I can say. IF, puasa, sugar control especially on drinks. Kek aku makan je kalau ada depan mata hahaha. Desserts mmg aku kalah. Syukur sbb tak jumpe selalu je.

Now misinya adalah terus istiqomah. Sama mcm buat ibadat, ianya perlu berterusan. Baru boleh lekat jadi amalan sampai akhir nyawa. Allahumma amin. Doakan aku! Aku pon doakan kebaikkan utk semua yg membaca post aku ni. Ada lagi pengikut blog aku ni yg masih tegar. Aku skrg x rajin sangat dah nak membaca blog2 ni. Takat tulis syok sendiri je, Sayang blog ni taknak bg terkubur. Sok anak-anak dah besor diorang boleh baca & kenal pemikiran ibu diorang mcm mane. Cane suka duka yg ibu lalui spjg hidup ibu. Walau tak cerita semua, tapi cukuplah sekadar tahu yg mana ada.

Selamat berhujung minggu!








Aku kongsikan gambar2 keindahan langit di Malaysia. Cantik kan? Bumi Allah ni kot mane pon cantik je semuanya. Tak payah nk oversea sangat pon. Bila tengok langit, automatik aku akan ingat Allah Sang Pencipta. Betapa hebatnya Dia menciptakan semua keindahan ni. Takde cacat celanya. Kalau cacat tu adalah sebab kita manusia yg byk membuat kerosakkan dibumi.




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat