Secebis Perkongsian

Aku nak share secebis tentang life aku sekarang. There have been some changes about a month plus minus gitulah dalam rutin hidup aku sekarang. Benda ni sebenarnya aku ada regret jugelah kenapa aku tak bermula dari awal. Tapi fikir-fikir balik, kena berlapang dada ajelah. Dah tertulis jalan ceritanya begitu kan. Hidayah petunjuk dari Allah tak sampai lagi. So kita lupakan masa yang dah berlalu pergi dan takkan berulang kembali lagi tu dengan fokus utk hari demi hari yang akan dilalui nanti. Aku sangat berharap moga aku dapat istiqomah dengan rahmat Allah ini sehingga aku khatam.

So benda yang aku nak share tu ialah tentang membaca dan belajar terjemahan Al Quran Al Kareem. Aku dah ada terjemahan Al Quran ni lama dah sejak aku mendapat petunjuk dari Allah pd tahun 2008 iaitu tahun bermulanya aku mula serius memperbetulkan kehidupan aku dengan belajar tentang agama Islam. Belajar kerana diatas kehendak diri sendiri mungkin kerana telah datangnya rahmat dari Allah. Dalam bahasa lain, Allah dah sentuh hati. Tapi itulah, aku baca terjemahan tak secara bersungguh dan serius. Macam aku tak diberi kefahaman lagi betapa pentingnya bagi aku seorang yg mengaku dirinya Muslim utk faham walau bukan 100% tentang isi Al Quran, maybe 80-90% pun dah cukup baik. Sebab aku membaca secara sendiri tanpa ada guru. Takkanlah aku boleh faham semua isi Al Quran kalau tak berguru kan? Bajet aku hebat sangat? Memang tak lah kan.

InsyaAllah kalau umur panjang, aku akan mencari guru utk faham lebih lagi ttg Al Quran. But for the time being, biar aku melangkah perlahan lahan step by step dulu. Ayat Al Quran ni terbahagi kepada 2. Pertama ayat-ayat yang bersifat muhkamat dan keduanya mutasyabihat. Mukamat ni ayat-ayat dari Allah yang jelas & terang. Ayat mutasyabihat pulak ayat-ayat yang bersifat samar-samar. Ayat yg bersifat samar-samar inilah yang selalunya mempunyai banyak terjemahan oleh para ulama bijak pandai drp perspektif mereka sendiri. Mungkin sebab ini juga agama Islam ada 4 mazhab ahli sunnah wal jamaah yg setiap seorang Imam mempunyai terjemahan berlainan drp ayat mutasyabihat di dalam Al Quran. Wallahualam.

Alhamdulillah pada ketika ini aku sudah pun masuk pada Surah Al Imran. Perjalanan masih lagi panjang, tapi aku happy sangat sbb Surah Al Baqarah yg merupakan surah terpanjang sudah pun selesai dibaca. Sebelum ni aku baca terjemahan lepas habis baca ayat yg dalam arab. Aku rasa cara tu macam tak sampai ke hati sangat. Maybe sebab aku ni tak bijak sangat kot. Macam mudah lupa ke macam mana ntah. This time around aku ubah sikit dengan menggunakan notepad pd handphone utk mencatat isi penting dari stp ayat yang aku baca. Sekali sekala aku akan baca balik apa yang aku dah taip dan refresh. Aku rasa naaaaak sangat utk ingat apa yang Allah sampaikan dlm sesebuah surah itu. Aku rasa ianya sangat penting utk aku ingat intipatinya. Macam dlm Surah Al Baqarah, ada banyak perkara yg disentuh spt ttg kaum Bani Israel, kisah-kisah Nabi terdahulu spt Nabi Ibrahim & Nabi Ismail, tentang makanan yg halal & haram, tentang ibadah haji, tentang anak yatim dsb. Banyak tajuk yang diliputi dlm surah terpanjang ini.

Walau surah ni panjang, pengalaman aku membacanya ialah tak pernah sikit pun aku rasa bosan atau boring. Allah ya Allah, sungguh ayat-ayat ini adalah datangnya dariMu. Bila baca, kita akan rasa nak tau lagi, nak tau lagi akan ayat-ayat yg seterusnya. Kupasan demi kupasan tentang sst tajuk membuatkan kita rasa ralit. Pernah, aku blm baca lg ayat tu dalam arabic, tapi aku dah tak sabar nak baca terjemahannya. Jadi aku baca dulu beberapa helai terjemahan kehadapan, sblm aku patah balik utk samakan ayat arabic & bahasa. Memang letih jugalah menaip banyak dgn jari dlm notepad henfon yg kecik tu kan. Tapi itu jelah caranya yg paling sesuai utk aku sbb aku membaca dalam gelap dan cuma ada suluhan torch dr henfon spy x mengganggu mereka yg sedang tidur dlm bilik tu. Nak menulis lagilah payah kan? Lagipun aku rasa menaip kat fon lagi mudah drp menulis dgn pensel utk diri aku. So aku guna jelah cara yang aku rasa selesa. Taip banyak2 taip berbalas sembang kt grup wasap boleh pulak kannnn (mengata diri sendiri la ni sbnrnya).

Bila masanya aku buat semua ni? Mesti ada yang tertanya kan. Yelah kita ni hidup seharian dah habis dgn bekerja. Balik rumah bz pulak dengan perihal keluarga, suami dan anak2. Mmg takde masa sangat dah yang tinggal. Tapi Alhamdulillah spt yg aku pernah tulis dalam 1 post sblm ni, agaknya rahmat dan kasih sayang Allah sudah sampai kepada aku. Aku sudah mula bangun pada sepertiga malam utk "berjumpa" dengan-Nya. Sesuatu yang aku rasa sangat susah utk dilakukan sblm ini (masih rasa berat juga ada hari-harinya) akhirnya telah Allah permudahkan serba sedikit. Aku tak buat banyak pun bila bangun tu. Cuma solat Sunat Tahajjud 2 rakaat, reflect kehidupan aku pd hari sebelumnya dan kadangkala terkenang juga dosa-dosa lama, mohon keampunan dari-Nya dan mohon apa-apa yang terhajat dihati. Doa. Kemudian barulah aku baca Al Quran diikuti terjemahannya.

Sometimes aku boleh tahan sampai masuknya waktu Subuh. Kadang aku tidur sekejap sblm masuk waktu sblm bangun semula utk solat Sunat Fajar & Fardhu Subuh. Allah ya Allah, aku sangat gembira dengan rutin baru aku ni. Tak tergambar dengan tulisan utk aku terjemahkan kat sini. Tapi aku rasa amat bersyukur dengan perubahan ini setelah 10 tahun plus minus aku struggling utk tetap pada jalan-Nya. Segala proses turun naik iman telah aku lalui, akhirnya Allah "pandang" kembali aku hamba-Nya yang kerdil ini. Sungguh, nikmat Allah yg manakah mahu aku dustakan?

Rutin ni masih sangat baru lagi. Doakan aku terus bersemangat dan istiqomah. Mengantuk? Ya, adakalanya aku tewas juga tidur lepas solat subuh selepas berjaga lama. Kena plan dengan lebih baik lagi tentang perjalanan waktu ni. Maybe aku kena bangun lebih awal drp skrg, tidur semula sekejap kemudian bangun Subuh & terus bangkit. Maybe boleh cover rasa mengantuk lps subuh tu. Yela mmg x elok kan tido semula slps subuh. Menutup pintu rezeki kata orang tu. My bad. I'm still adjusting to my new routine. Tido pon kena lebih awal kalau nk bangun awal. Kadang sblm pkl 10pm aku dah padam. Skrg ni OK lagi pasal bdk2 tak sekolah. Sok dah habis cuti sekolah, aku kena adjust balik timing ni agaknya sbb kena buat revision pulak dgn anak-anak. Its going to be tough. Very tough. Moga Allah bagi kekuatan & kesabaran.

Eh, niatnya tadi nak tulis pendek je. Tak sangka panjang pulak yer. Agak sebab excited nak sharing. Allah, moga takde secebis pun rasa riak dan ujub dengan perkongsian ini. Ini antara penyakit hati yang aku paling takut skrg ni. Takut terasa diri ni dah bagus sangat. Rasa diri jauh lebih baik drp orang lain. Inilah antara cabaran-cabaran dari Allah utk hambaNya. Moga Allah jauhkan dari penyakit-penyakit hati. Moga aku sentiasa anggap diri aku kerdil dan aku hanyalah seorang hamba yang takut dengan perjalanan yang lebih panjang selepas kematian nanti. Nak menghadap kematian pun masih kecut perut, masih hati gundah gulana, inikan pula nk menempuh alam selepas itu. Allah ya Allah, moga kita semua tergolong dalam orang-orang yang beruntung.

Kalau ditanya tentang perubahan diri yg aku rasakan sejak perubahan rutin hidup ni, aku boleh kata tentang 1 perkara ni. Konsep Islam tu aku melihat dengan lebih luas bukan hanya pd diri aku dan orang yg berdekatan saje, malah kepada seluruh umat manusia. Aku rasa sayang pada ramai non muslim yang baik budi pekertinya, yang ada sifat kasih sayang dsb. Sayang sebab mereka baik, tapi mereka tidak menyembah Allah. Kadang aku rasa bersalah sbb tak pernah cuba berdakwah ttg keindahan Islam kepada rakan-rakan non muslim terutananya yang baik-baik tu. Pada aku dakwah ni 1 tugas yang sangat berat. Aku tak banyak ilmu, aku tak pandai convince orang. Aku risau ada pertanyaan mereka nanti aku tak boleh jawab dan pelbagai kerisauan yang lain jugalah.

Pagi tadi aku jumpa ceramah saudara semuslim kita yg berbangsa Cina iaitu saudara Lim Jooi Soon. Cuba korang dengar ceramah dia, mmg membuka mata serba sedikitlah terutamanya tentang dakwah. Kita orang Melayu khususnya mmg banyak stigma yang salah atau kurang tepat tentang agama Islam. Macam kita ni agak berfikiran kolot & sempit yg sebenarnya tak ada pun dalam ciri seorang penganut agama Islam. Mungkin jugas atas sebab budaya kita. Pokoknya kita terbuka minda tentang beberapa kesilapan kita sbg orang Melayu Muslim dari sudut Islam. Korang tengoklah ceramah saudara kita tu, moga terbuka hati dan minda dan semoga lebih ramai melayu muslim yang lebih mesra dan terbuka kepada agama dan bangsa yg lain demi memartabatkan agama Islam. InsyaAllah, allahumma amin.

Sekian perkongsian panjang dari aku buat kali ini. Moga ada kebaikkan daripada penulisan ini kepada sesiapa yang membacanya.

Indahnya bumi ciptaan Allah









Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat