10 Years Blogger

Masuk tahun 2019, bermakna genap jugalah 10 tahun menjadi blogger nak memasuki tahun ke-11. Ingat lagi aku buat blog ni dulu masa tengah krisis dengan ex fiance. Otak serabut ntah merepek meraban ape je. Jahilnya lahai waktu tu kalau dikenang kembali nak redha & move on dengan apa yang Allah dah takdirkan. Ujian hidup ni in a way memang banyak mematangkan diri kita. Especially yang negatif lah kan. Kita tak suka tapi itulah yang membuatkan kita makin kuat & mengubah persepsi kita tentang dunia. Makin sedar dengan hakikat kehidupan. Dalam tak sedar, setiap ujian yang kita dah lalui menjadikan kita manusia yang lebih baik drp sebelumnya. InsyaAllah, amin.

Atau korang tak rasa macam tu? Something wrong somewhere lertu hehe....

Dari gaya penulisan pun boleh nampak perbezaan tahun demi tahun. Berubah samada sedar atau tak. Topik apa yang nak diceritakan pun makin lama makin kurang. Makin lama makin malas pun yer haha. Rasa benda tu tak penting pun nak diceritakan. Macam skrg nilah tunggu betul-betul datang mood baru lah ada post. If not memang sunyi sepi ajelah bersawang spider sane sini. Blog ni pon dah tak ramai readers. Aku aware tapi memang tak kisah pun sebab aku masih rajin post pun sebab sayang dengan blog ni. Kadang ada benda yang tak rasa nak share kat group whatsapp, so lebih rasa selesa menaip kat sini. 

Dahla aku banyak menulis tentang personal things mostly bab dunia selepas mati terutamanya. Nak share dlm WS grup macam tak relevan je. Poyo. Kang org kata nak tunjuk baik etc. So kat sane kite go with the flow akan apakah topik pada hari itu. Kalau ada yang kena, aku share jelah apa yang aku tahu, apa yg aku sedang buat. Kotla jd penyebab nak berusaha sama mempersiapkan bekalan utk hari akhirat sok. Nak dakwah spt pendakwah memang tak pandai. So maybe dgn cara menulis, orang baca kot tersentuh jiwa dan raga. Sebab kita tak tahu hidayah Allah tu datang kot cara mana utk stp manusia. Kdg benda simple pun boleh jd menusuk hati lantas berubah menjadi lebih baik. Who knows except for Allah kan?

Cth masa aku tersentuh dengan teguran dari senior masa orientasi matrikulasi tahun 2000 tentang perempuan pakai shirt lengan pendek itu tak menutup aurat dgn sempurna. Masetu aku macam tak sedar or senang kata ignorance kot. Macam tak terfikir aku sedang tak menutup aurat. Sebab rasa benda tu mcm biasa since most of my friends pun pakai macam tu. Tiba-tiba jadi tersentak diri & bermula dari situlah aku cuba sebaiknya menutup lengan juga. Waktu tu shirt  lengan panjang boleh kata takde kot. Adela sesat 1-2 helai gaknye. So what I do at that time is aku pakai sweater all the time bila keluar ke khalayak ramai. 

At 1 point ada yang tegur & aku rasa segan jugak nak cakap kenapa aku all the time ber 'sweater' (tahu diri ni jahil banyak benda lagi). So cubalah mengelak dgn tersenyum saje or ckp sejuk or whatever reason yg logik selain drp sbb nak tutup aurat lengan. Ada sekali tu senior lelaki tolong back up kan. Dia kata " takpelah panas kat dunia drp panas kat akhirat sok". He makes me smile on that day dan aku rasa macam dia boleh baca minda aku haha. Takde sampai nak jatuh cinta pon akaka.

So itulah cerita simple bagaimana cara Allah sentuh hati manusia. Dan ianya bukan sekali malah maybe tak terkira berapa banyak kalinya cuma kadang kita yang tak ambil peduli atas khilaf kita sbg manusia itu sendiri. Sampai pernah aku dengar dari ceramah pd hari dihitung amal & dosa, akan Allah tunjukkan waktu sekian-sekian Dia menyentuh hati kita dan pd waktu tu barulah kita sedar betapa bodohnya kita kerana mensia-siakannya. Dan takde 1 makhluk pun akan mempertikaikan judgement Allah nanti kerana sudah tentulah Dia maha adil yang tak dapat disangkal lagi. Orang kafir pun begitu. Pasrah dengan hukuman Allah krn mereka juga pastinya telah "disentuh" tapi mengabaikannya. Wallahualam.

My soulmate. The best partmer in life. Allah gift to me & kiddos, Alhamdulillah.




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat