Jumaat Pertama 2019

Assalamualaikum. Alhamdulillah tiba dah di hari Jumaat pertama bagi tahun 2019. Masih diberikan nyawa oleh Allah utk bertemu dengan hari ini. So macam mana tahun baru korang? Aku doakan segala urusan anda yang membaca dipermudahkan oleh-Nya sebagaimana Dia mempermudahkan urusan bagi kami sekeluarga.

Everyone is happy at the moment with their new life. New routine. Naurah seronok berjumpa kawan-kawan lama. Nazif pun seronok di Prasekolah BBST dengan beberapa orang kawan lama di taski pun dapat pra juga. Harini baru Iz bagi duit belanja RM1 kat dia. Dah a few times dia mintak sbb nak membeli kat luar pagar sekolah. Otw balik ke transit dgn Kak Ija mmg dia akan lalu situ. Sebelum sekolah kat situ pon dia dah happy sbb tau ade peluang nak berbelanja hahaha. Sabor jela. Bagi chance la. RM1 shud be enough. Kat pra pon mmg dah ada sarapan. Kat transit pun ada. Tak lapar dia InsyaAllah.

Nadim pulak harini cranky. Maybe perut dia tak sedap sbb cirit sikit. Pastu dia dah taknak ke taski. Takpelah bagi chance maybe sbb perut tak sedap gaknye. Hantar dia ke transit je teman Kak Ija makan karipap. Feveret kuih dia tu. Tunggu la abang & kakak balik sekolah, berjumpa la 3 beradik tu. Petang tunggu ibu ayah pikap pulak. Senang 1 tempat je.

Lega takde isu sangat bab sekolah anak-anak. Syukur dipermudahkan segala urusan cuma bab sengkek ibu ayah tu normal la huhu. No online shopping for me this month. Harap financial makin membaik utk bulan2 seterusnya InsyaAllah.

Aku nak share tentang sedekah. Biasalah aku kdg dengar ceramah kt youtube dr para ustaz maka dapatlah ilmu sikit utk diamalkan. Sedekah yg paling baik disisi Allah adalah ketika kita sedang sempit berbanding semasa kita lapang. Inilah yg aku cuba praktikkan sebab nak didik diri tu utk lebih bertawakkal kpd Allah. Nak didik diri bahawa yang memberi rezeki itu adalah Dia. Rezeki setiap seorang manusia kat dunia ni dah tertulis. Semua ada rezeki masing-masing. Tak rugi kita bersedekah kepada yg memerlukan bila mana Allah suka kita berbuat demikian. Kena ingat bhw rezeki yg Allah bagi pd kita bkn hak kita seorang saja malah ada hak orang lain.

Mcm skrg ni tengah sengkek, aku cuba utk memberi juga. Beri beri beri...semuanya sbb Allah suka & moga kat akhirat nanti aku dapat balasan dari Dia.

Moga ada kebaikkan yg aku kongsikan dlm entry ni. Jumpa lagi!








Dah 2x balik kampong Johor aku jejak kaki ke kebun belakang rumah. Sejak Abah takde, kena berdikari la orang kata tu kalau nak mengutip hasil dari berbakti kepada tanah. Syukurlah Iz bila diajak mau aje dia turun. Aku nak turun sorang2 mmg tak la kan. Buatnye ade bab* mau tak cukup tanah aku lari. Dah la badan terlebih muatan. Ko rasa aku ke menatang tu yg lagi laju? Silap hb masok sepital aku dek terjatuh gedebuk nak lari punye pasal hahaha

Yang ni tak salah aku masa balik sane bln 10. Yang latest haritu balik time cuti sekolah lagi seminggu nak habis. Turun juga kebawah pasal MIL pesan kat Iz kalau ada pucuk paku petiklah bagi kedia. So kitorang turun berdua memetik pucuk paku sementara budak2 leka bermain dgn cousins. Dapat seplastik jadilah buat masak lemak kuning.

InsyaAllah cuti CNY kami balik lagi :)





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat