Respect & Human Nature

Kadang aku teringat jugak lagi kenangan masa kecik pergi sekolah naik motor dengan Abah. Dan rasa tak sangka akhirnya aku pulak dah berada dalam situasi Abah pd waktu tu. Menguruskan 3 orang anak yang secara jujurnya dah buat aku rasa agak serabut jugak. Bayangkan pulak Abah & Mak waktu tu menguruskan kami 7 beradik. Dengan kehidupan orang Felda yang tidaklah senang mana. They managed at the end of the day dan Alhamdulillah 7 beradik jadi 'orang' semuanya. Benda macam ni kadang buat aku rasa respect sungguh dengan Mak & Abah. Tuition pun kami tak mampu nak attend melainkan yang dibuat free disekolah.

Mak ngan Abah bukan amek kisah pun tentang pembelajaran kami kat sekolah. Diorang macam relax watlek watpis je. Tapi cane eh anak-anak boleh jugak berjaya. Aku fikir balik pon rasa pelik skrg ni hahaha. Doa kot? Kalau aku tanya diri aku sendiri, aku pon takde jawapan yang pasti. Cuma ada rasa kesedaran tu sendiri je even tidaklah otak tu semulajadi cergas macam Kak Ya. Lagi 1 aku ni pemalas pon yer bab belajar, Homework pon selalu tiru kawan sekelas pagi-pagi bahaha. Tapi bolehla orang kata tu setakat nak masok U & grad aku kompiden je boleh buat. Cita-cita pon takde yang spesifik. Just go with the flow and akhirnya rezeki aku disini. Berbelas tahun dah kerja sini. Position tak gah, gaji tak besar tapi mencukupi utk kehidupan yg aku kategorikan serba sederhana ni. Tak susah, tak senang. Happy seadanya.

Untuk 3 orang anak pon aku dah rasa sempot jugaklah bila semua dah bersekolah. Macam banyaknya nak urus itu ini. Kadang sampai miscommunication pun ada dengan Iz. Serabut kan byk benda yang pihak sekolah nak. Isi form itu dan ini. Nak itu dan ini. Sokmo la senang terlupa & kalut. Harapnya awal tahun ni ajelah. Lama-lama nanti OK. Belum masuk karenah anak. Tahun ni turn pening dengan si kecik tu la. Kadang taknak ke taski, kadang taknak naik van. Maybe pasal usia dia yang baru masuk 3 tahun juga kot. Aku ngan Iz kena lebih bersabar jelah. Syukur cikgu & Ustazah baik belaka dan memahami.

Dari segi kewangan pulak, utk setahun ni kena bertahan sikitlah sementara Iz habis bayar Almera. Once dah habis, boleh la ringankah beban aku bayar insurans family. InsyaAllah lepastu mmg lega banyak. Ya Allah rasa tak sabar sangat utk aku & Iz both free from hutang long term. Kami memang niat taknak dah create hutang baru. Moga Allah permudah ajelah. 







Random nature pictures. One of my passion. Mengagumi ciptaan Allah yang tiada cacat celanya. Sampai bila agaknye diberi peluang menikmati pemandangan dunia ni kan. Sebelum melangkah ke alam seterusnya iaitu alam kubur/barzakh. Alam yang hanya ada 2 pemandangan samada Syurga ataupun Neraka. Sangat indah ataupun sangat mengerikan.

Hidup ini sangat aneh. Muslim secara generalnya percaya pada kehidupan selepas mati. Tetapi betapa ramai drp kita yang langsung tak mempersiapkan diri utk menghadapi kehidupan itu. Sebagai seorang manusia, aku juga faham kenapa kita jadi begitu. Ianya seperti 1 sifat semulajadi seorang manusia yang diciptakan oleh Allah. Dalam Al Quran Allah ada kisahkan tentang manusia yang meminta utk hidup semula semata utk beribadat setelah dia mati. Tapi Allah tak bagi sebab Dia tahu kalau Dia hidupkan manusia tu semula pon, dia xkan beribadat kuat mane pon. Sama je macam dia pada kehidupan lampaunya. Allah yang jadikan kita, ofkoshlah Dia paham sangat dgn sifat manusia ni yerdak?

Tapi sifat semulajadi tu bukan penghalang utk kita langsung tak berusaha. Sebab ada ramai juga manusia yang mampu masuk Syurga kerana amal ibadatnya.  Jadi mengapa tidak kita? Takde alasan jugak. Kadang pokok pangkalnya NAK atau TAK NAK je. Kena tanya diri kita sendiri.

Semalam aku ada baca 1 artikel dekat FB (sayangnya x sempat nak share & cari balik tak jumpa dah) tentang pd usia 35-40 macam tulah ujian Allah pd manusia lebih hebat sbb nak kita kembali muhasabah diri ttg kehidupan akhirat. Dia 'panggil' kita kembali kepadaNya. Sebab makin naik usia, masa yg kita ada utk hidup kt dunia ni pon dah makin kurang. 

Sekarang pada bbrp bulan yg lepas setelah aku memperbaiki lagi ibadat kepada-Nya, aku rasa 10 tahun yg lampau sewaktu aku rasa aku dah diberi hidayah olehNya bukan tempoh yang bermanfaat sangat pun dari aku kepada Dia. Tak bagus mana pon aku dlm tempoh tu sdgkan aku rasa sblm tu rasa dah buat yg terbaik dah. Skrg, aku rasa tengah buat yang terbaik. Tapi maybe klu umur pjg, pd usia aku 46 pulak Allah bagi lagi rahmat, aku rasa waktu tu pulak yg terbaik dan 10 tahun sblmnya tu (now) dah jadi biasa-biasa pulak. Faham tak?

Dalam kehidupan kita ni ada beberapa kali Allah akan sentuh hati menarik kita pdNya. Aku teringat dari 1 petikan ceramah Aiman Bana tentang manusia Allah ciptakan kat Syurga & Dia nak kita kembali semula ke Syurga juga. Kerana dari situlah asalnya manusia hidup kan? (Nabi Adam & Hawa). Dia cipta kita dan turunkan segala suruhan & larangan bkn sbb nak kita masuk Neraka. Dia nak kita berjaya & hidup dalam Syurga.

Aku baca 1 komen dlm ig seorang transgender. Dia post ttg impian nak beli sebijik Lamborgini. Pengomen tu tulis " orang semua kalut sibuk nak menghadapi hari Kiamat, ko pulak sibuk nak beli lambo " lebih kurang gitulah dia tulis aku guna ayat aku sendiri. Dia komen kt org lain, aku baca aku yang rasa terkedu. Bertepatan sangat apa yg dia tulis tu. Kereta tu kalo dia mati boleh bwk masuk kubur ke? Boleh jd penghalang masuk Neraka ke? Hidup kalau ikutkan nafsu sangat mmg hanya dunia je yg kita akan nampak. Sdgkan Allah berulangkali ingatkan dlm Al Quran "dunia tu hanya 1 keseronokkan yang sebentar" Ianya tidak kekal. Yang kekal tu hanya Syurga & Neraka. Kenapa kita tetap memilih kseronokkan yg sementara vs yang kekal selamanya? Begitulah sifat manusia. Org kata dah terhantuk baru nak tengadah. Masa tgh seronok, lupa. Dah kena sok baru menyesal.





Popular Posts