Mimpi Yang Sedih

Rindu pulak nak menulis kat sini. Bulan Feb ni takde lagi post pape. Sekejap je dah di akhir bulan dan nak masuk bulan March pulak. Cepatnya masa berlalu tak tahu nak cakap cemana dah. Dunia akhir zaman. Entah sibukkan ape je agaknye kite ni. Tau-tau sok dah masuk tahun baru lagi dah. Anak-anak pun makin membesar. Naurah tu baru genap 9 tahun beberapa hari lepas. Iz tahun ni pun akan cecah angka 39. Next year dah 40 tahun. Tukar lagi angka kat depan.

Kalau ditolak umur aku sekarang dengan umur masa Rasulullah wafat, ada lagi 26 tahun je lagi masa utk aku hidup kat dunia ni. Entahkan capai ke idok aku angka tu. Mati memang satu perkataan yg patut kita sentiasa takuti. Yg perlu sentiasa kita pasak dalam otak supaya kita tak lalai dengan dunia. Mati itu dirahsiakan supaya kita sentiasa bersungguh utk beribadah utk bekalan kehidupan selepas mati nanti. Kehidupan di alam kubur & seterusnya akhirat. Jangan pernah anggap kita akan mati lambat lagi. Allah je yg maha tahu semuanya. 

Kalau sangkaan betul pjg umur, ok lagi. Kalau salah? Tu yang ramai manusia dah mati mintak nak hidup balik katanya semata nak beibadah. Memang tak lah Allah nak perkenan. Menyesal tiada guna. Sanggup ke ambil risiko tu? Aku tak sanggup. Jujur je tulis.

Malam semalam aku mimpi gambaran seperti pengakhiran dunia. Ada bencana. Aku solat di satu tempat yg tinggi seperti mihrab yang sama parasnya dengan langit. Aku bertelekung sedang berdiri bersedia utk memulakan solat & aku terpandang awan dihadapan mata tiba-tiba muncul disebaliknya perkataan Allah dalam ejaan jawi dan ianya bersinar. Kemudian muncul 1 ayat spt ayat Al Quran tapi tiada baris atas bawah. Malangnya aku tak ingat apa yg ditulis. Kemudian dari arah belakang awan itu muncul seperti meteor yang menghentam ke serata tempat. Sedihnya aku telah lari kerana ketakutan dan meninggalkan solat.

Mungkin mimpi ini petunjuk dari Allah bahawa iman aku ni masih biasa-biasa. Masih banyak yg aku perlu usahakan dlm amal ibadah. Aku sedih tapi aku cuba ambil pelajaran dari sisi positif. Mimpi ini takkan melemahkan semangat aku, malah membuatkan aku makin bersemangat utk berusaha sehabis baik. Aku nak kalau mimpi itu berulang lagi, aku tak lari & teruskan solat. Keyakinan aku kena kuat pada Allah, apa jua halangan dan cabaran solusinya adalah Dia. 

Jalan yang aku tetapkan utk diri aku ni takkan pernah mudah. Akan ada turun naiknya tapi aku sentiasa berdoa meminta pd Dia supaya kuatkan aku, sabarkan aku, bantulah aku. Tanpa keizinanNya, segalanya takkan mungkin. Malah utk aku bangun sepertiga malam pun takkan mampu kalau Dia tak gerakkan. Semuanya Dia yang izinkan. 

Kalau orang kata badan kurus ringan mudah nak beribadat, tapi kalau Allah tak izin, orang tu tetap akan leka juga. Orang badan besar orng kata payah nak beribadat sbb badan berat, tapi dengan rahmat & kasih sayang Allah, dia mampu beribadat dengan lebih baik drp yg berbadan kurus. Jgn pernah mencari cari alasan utk malas dalam beribadah. Allah takkan ubah nasib manusia kalau kita tak berkehendak dan berusaha. Its all in our mindset.



Alhamdulillah sudah 9 tahun usianya. Moga sentiasa dalam lindungan Allah.



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat