Kenapa Aku Tak Suka SI

Tajuk kontroversi ni hehe.

Safiey Ilias ni aku tahu pasal dia bila dia dikatakan dah berubah la drp hidup fake seorang lelaki yg bersusah payah nak jadi perempuan. Naluri. Aku tak pernah rasa puak-puak macam ni saja suka-suka nak ada rasa kecenderungan utk bertukar gender. Pada aku, itu ujian Allah utk mereka. Aku rasa feeling tu real. Cuma utk kita-kita yang straight ni, jadi payah nak faham. Sebab kita tak rasa. Tu je.

Bila Allah bagi ujian, kita ada 2 pilihan je. Berusaha nak melawan atau berusaha nak ke arah itu. Jalan nak menggapai redha Allah Vs Jalan yang Syaitan tunjuk. Aku suka sangat bila dengar ceramah Dr. Zakir Naik menentang seorang atheis ni, bila Dr. ZK kata beza antara manusia dengan malaikat ialah manusia ada free will. Kehendak atas diri sendiri. Keupayaan utk memilih berdasarkan akal fikiran yg kita ada. Manakala malaikat pulak dia takde free will. Allah mmg ciptakan mereka sbg makhluk yang patuh sahaja pada perintahNya.

Dr. ZK kata, manusia bila dia pilih jalan Allah, dia boleh jadi lebih hebat drp malaikat. Sbb dia boleh saje pilih jalan yg salah, tapi dia pilih Allah. Sdgkn malaikat even dia beribadat beribu kali ganda hebat drp manusia, itu tak hebat mana sbb dia mmg takde pilihan. Dah mmg dia jadikan macam tu. Dia takkan pernah boleh terpesong dari jalan Allah. Bangsa jin sama macam manusia. Mereka juga hidup atas free will. Thats y mereka pun ada yang baik & jahat spt manusia. Cuma alam mereka je tak sama dgn kita. Dimensi yg lain even hidup dibumi yg sama.

Berbalik kpd Safiey, pendapat peribadi aku mengatakan bila dia tgh hot masuk TV bagai atas penghijrahan dia dari dunia pondan kpd lelaki semula, ianya adalah benar. Dia mmg dapat hidayah dari Allah. Maybe atas doa ibu bapa & ahli keluarga dia. Bila hidayah Allah sampai, takde siapa dapat menghalangnya. Dalam hidup kita ni akan berkali-kali Allah berikan rahmat & hidayah cuma terpulanglah pd kita nak terima or tak. Aku seronok bila tgk Safiey ni berubah. So aku follow dia kat IG sampailah akhirnya tak berapa lama lepastu dia kembali menjadi perempuan semula spt skrg.

Akhirnya dia memilih jalan mungkar kembali selepas merasai kemanisan iman. Syaitan telah menampakkan semula pd diri dia keseronokkan dunia & dia kalah lagi. Nak je aku tanya, ko rasa bape lama lagi ko boleh hidup kat dunia ni Safiey? Selama-lamanya ke? Manusia-manusia hebat, yg kaya, yg berkuasa kat dunia ni, semuanya akan merasai mati. Takde sape boleh ubah hakikat ni betul tak? Kenapa masih ramai manusia yg tak mahu berfikir?

Hidayah kalau tak dipelihara, mmg boleh jadi sia-sia saja. Sebab tu sgt penting istiqomah dlm melakukan amal ibadah terutamanya setelah berubah. Safiey ni sbb dia dah pernah terlibat sekejap dengan kerja-kerja dakwah, maka pd pengamatan aku dia jadi sombong. Mentang-mentang dah tahu, dia gunakan agama sikit sebanyak utk bash follower dia yang kecewa dengan dia. Ini atr sebab kenapa aku jd benci dengan orang yg mcm Safiey ni. Bila kau menggunakan agama utk menghalalkan apa yg terang terangan haram, memang kurang ajar sangat nengoknya.

Sebab nak tutup dosa dia jadi pondan, dia sedekah kat anak-anak yatim, dia bayar zakat ratus ribu etc. Sangat sombong dia ni pd Tuhan. Boleh pulak nak pilih-pilih ibadah mane ko nak buat & taknak buat eh. Bile dah jd pondan balik, makin dia sombong. Pakai baju sexy-sexy, buat aksi2 menggoda. Aku rasa lagi teruk drp sblm dia dpt hidayah dulu. Seperti mempermainkan agama lagaknya. Bab ni kdg aku rasa elok lagi Sajat tu ha. Sbb dia maybe ignorance ttg ilmu agama. Tp Safiey ni dia dah tahu, ada ilmu & dia masih melampau.

Sbg umat Islam, takkan kita tak rasa marah dengan Safiey ni. Aku rasa meluap je tgk IG dia tu & sedihnya ramai jugak yg sokong dia. Mmg sungguh kita dah hidup kat akhir zaman. Aku x unfollow dia sbb nak tengok sejauh mane kebiadapan dia dgn Islam. Idokler aku dok komen apa2 pon tapi kdg lalu lalang tu aku perati jelah. Tapi sebenci mana pun aku pd perbuatan dia, aku masih juga doakan moga dia kembali insaf. Sebab walau apa pun kita tak tahu akhir penghidupan ssorang. Diri kita pun kita tak tahu lagi mcm mana. Sbb dia masih beragama Islam, kita doakan ajelah.

Manusia ni asal kehidupan kita adalah di Syurga. Adam & Hawa sebelum diperdaya syaitan tinggal kat Syurga. Allah nak manusia semua kalau boleh kembali ke tempat asal kita iaitu kat Syurga. Tapi sangat sikit manusia yg akan berjaya kesana jika dibandingkan dgn penghuni neraka. Ini krn ramai atr kita kalah dengan bisikan Syaitan yg dah bersumpah utk memperdaya kita sehingga dunia ni hancur. Sedih kan. Tu kdg rasa sayang sgt bila tgk org kafir yang baik-baik tp tak menyembah Allah. Sbg umat manusia, mmg ada rasa sedih. Apatah lg dgn sesama saudara seagama kita.

Moga Allah terima taubat & berikan pengakhiran yg baik utk kita. Aku teringat 1 ayat dlm AlQuran ttg Syaitan berkata dia akan memperdaya manusia sehingga Kiamat, Allah balas balik Dia akan sentiasa mengampuni hamba-hambaNya yg bertaubat. Manusia takan pernah dpt lari dr kesilapan, but worry not Allah sentiasa mengampunkan kita sekiranya kita bertaubat. Cuma jgn pulak atas sbb tu kite x kisah asyik nak buat dosa je since Allah tu Maha Pengampun. Tak kena jugak gitu kan.

Hidup kat dunia ni pendek je nak banding dgn life selepas tu. Sementara masih hidup kt dunia ni, kita bersabarlah dengan segala ujian, bersabarlah dalam beribadat, bersabarlah dlm segala hal. Nanti dah habis nyawa kita, dalam kubur takde nak kena beribadat lagi dah. Takde nak solat, nak puasa, nak baca alQuran. Samada kita berehat rehat melihat pemandangan Syurga atau kita dah mula disiksa sblm ke Neraka di hari kebangkitan nanti. Wallahualam bis sawab.






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat