Ramadan 1440

Harini dah 16 Ramadan. Alhamdulillah masih lagi diberikan nyawa utk terus berusaha sehabis daya dalam melakukan amal ibadah sebagai bekalan utk kehidupan selepas mati kelak. Kehidupan didunia masih lagi berjalan seperti biasa dengan suami & anak-anak sebagai penyeri dunia. Nothing change much. Kerja pun macam biasa. Yang sudah berbeza cuma waktu tidur yang semakin pendek tapi Alhamdulillah takdelah sampai tidur masa sedang bekerja.

Tambah tolak ada dalam 6 bulan dah since aku mulakan rutin utk qiammullail. Sampaikan eventho alarm henfon tak berbunyi, aku dah boleh auto terjaga dalam lingkungan waktu 3.30-4.00 pagi setiap hari. Otak dah auto set kot. Bukan tak mengantuk. Once in a while rasa susah sangat nak bukak mata esp bila tidur lewat drp pukul 10malam. Tapi kena paksakan. Sampai 1 tahap aku letak ibu jari & telunjuk bukak kelopak mata bagi luas haha. Sampai macam tu sekali. Tak boleh nak tinggal saja-saja. Dia punya rasa sayang kalau tak bangun tu tak tahu nak cakap macam mana. Rugi yang teramat besar.

Dan waktu diantara 3.30am hingga 4.45am itu sangat pantas berlalu. 4.45am sebab bulan puasa ni aku kena turun dapur buat persiapan utk bersahur. By 5am selalunya semua akan turun makan. Sejam 15 minit je masa yg aku ada utk solat, zikir & membaca+tadabbur alquran. After bulan puasa berlalu insyaAllah boleh drag lebih lama sampai puas. Kadang boleh tahan sampai subuh, kadang datang mengantuk aku tidur jugak sekejap sampai azan berkumandang.

Sebenarnya since aku mulakan qiammullail, ia juga merupakan persiapan utk menghadapi bulan Ramadan pada tahun ini. Tolak masa cuti org perempuan, to date masih berjaya berterawih dirumah 8 rakaat & bangun malam. Moga Allah kekalkan momentum ni & moga ada rezeki berjumpa malam Lailatul Qadar. Malam yang pahalanya seperti beribadat selama 1000 tahun. MasyaAllah. Since umat akhir zaman ini usia kehidupan kita kat dunia cuma sekitar 60-70 tahun, maka Allah kurniakan pd kita umat Nabi Muhammad, kekasihNya dgn malam Lailatul Qadar. Beruntungnya kita. Moga di akhir-akhir bulan yg penuh keberkatan ni kita makin bersemangat utk melakukan pelbagai amal ibadah sebagai bekalan di dunia akhirat nanti. 

Aku tak pernah membayangkan diri aku mampu utk buat semua ni. Mampu utk menjadi diri aku pada hari ini. Dulu ianya serasa seakan mustahil. Semuanya terasa sukar & berat. Tapi dengan rahmat & kasih sayang Allah, aku mampu juga akhirnya. Ianya bermula dengan keterpaksaan. Memaksa diri. Pada awalnya on off jugak. Sampailah datang rasa sayang utk tak bangun dan melakukannya. Pada usia 37 tahun Allah bagi aku merasa. Syukur sangat walaupun lambat, tapi selagi nyawa masih dikandung badan, aku bersyukur banyak dah.

Buat sebab apa? Sebab takut. Takut nak merasa kematian. Takut nak berhadapan dengan alam kubur. Takut dengan azab Allah. Takut dgn neraka jahannam. Jujur aku tulis kat sini, mmg itulah sebabnya. Tak kira usia kita muda ke tua, ajal tu tu tak mengira langsung kriteria tu. It can be anytime. Bbrp jam lagi, esok, minggu depan, bln depan, tahun depan. Tiada siapa yg tahu melainkan Allah.

Thats y I am doing my very very best right now. Aku sentiasa bayangkan roh arwah Abah sekarang sedang berada di taman Syurga. Aku rindu kat dia. Aku nak jumpa dia kat sana. Kalau kubur aku jd lobang neraka, camne nak jumpa? Aku nak jadi anak yg solehah supaya pahala yg aku dapat ada tempiasnya pd Abah kat sana. Pemergian Abah pd 2 tahun lepas juga antara faktor pemangkin utk aku memperbaiki diri. To show my gratitude to him as my Abah. I may not a good daughter di dunia, tapi aku nak membalas segala jasa mak abah krn melahir & membesarkan aku di dunia akhirat. Moga sekeluarga dapat masyuk Syurga sama-sama. Kita hidup kat dunia sama2, kita masuk Syurga sama2. Thats my dream, my objective, my purpose of life.

Skrg aku baru betul2 faham apa yg pepatah yg mengatakan apb kite mengejar akhirat, dunia mengejar kita. Dalam pd aku fokus utk amal ibadah, dunia juga terasa indah. Hidup aku sederhana. I love my life. I love my husband, my kids, my family, all people around me. Semuanya manusia yang baik-baik belaker. Apa lagi yg aku nak? Aku rasa aku dah ada semuanya. I am happy. Tak perlu jadi kaya utk rasa bahagia isn't it? After all ini semua cuma kehidupan yang sebentar. Yang perlu kita kejar adalah kebahagiaan & kekayaan yang kekal abadi. Ianya cuma boleh diperolehi di Syurga.





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat