Nikmat Masa

Tergerak hati nak update blog harini. Sebabnya tadi lps Dhuha aku bukalah AlQuran baca sehelai dua muka surat macam biasa. Surah Al Mukminun. Tengah baca, rasa sebak tak terkata. Tiba-tiba aku rasa bersyukur sangat sebab Allah bagi aku kelapangan dalam waktu bekerja utk menghadap Dia pd waktu pagi & membaca ayat-ayat Nya. I compared myself with my boss yang selalu sibuk meeting sana sini. Waktu bekerjanya memang padat dengan pelbagai tugasan. Besar jawatannya, besar juga tanggungjawabnya. Aku tak pandang rendah pd orang yang memang tak ada masa utk buat dhuha/mengaji sewaktu masa bekerja. Itu ujian Allah utk dia.

Tapi aku melihat betapa perlunya aku bersyukur dengan apa yg Allah bagi pd aku hari ini. Even aku ada degree, tapi aku kerja taraf kerani je. Kenapa? And is it a bad thing for me? Kalau nak tengok dari sudut gaji, memanglah tak besar. Tapi alhamdulillah ia sentiasa cukup. Tak pernah lagi sampai kering kontang takde duit nak makan. Or belasah megi sebab takde duit. Takde sampai ke tahap tu. Walau rumah yg kami duduki sekeluarga bukan atas nama kami laki bini, tapi ia rumah yg sangat selesa. Rumah landed yg tak perlu nak panjat tangga pun. Kalau ikut kemampuan, kami tak layak dpt duduk rumah macam tu, tapi Allah rezekikan juga melalui insan-insan mulia di luar sana.

Semuanya dtg dari Dia. Kaedah ia sampai kepada kita je yang datang dalam pelbagai bentuk dan cara. Sama seperti aku mampu pakai handbag Michael Kors, Longchamp walhal sbnrnya aku tak mampu tapi Allah rezekikan juga melalui Kak Ya. I got it for free. Bertuahnya kan? Allah juga yang beri. Kadang kita khilaf dalam melihat sumber-sumber rezeki & kegembiraan yg kita terima. Sebenarnya semuanya datang dari Dia.

Minggu lepas aku diuji dengan sakit pinggang & leher. Masalah urat agaknya. Tanda penuaan semakin ketara. Mulanya aku asyik mengeluh sbb tak tahan tanggung sakitnya. Nak jalan payah, nak tidur pun payah. Dan aku dah bbrp malam tak bangun utk tahajjud. Allah sedang menegur aku. Aku berfikir begitu. Dan dalam kepayahan & kesakitan, aku kuatkan semangat utk bangun menghadapNya. Melakukan rutin seperti biasa apb bertemuNya. Solat tahajjud, solat taubat, zikir, baca AlQuran & tadabbur. Ye, aku mampu buat. Pokok pangkalnya keazaman diri & tentunya pertolongan dari Dia.

Solat hajat. Aku berhajat nak berkunjung ke rumah Dia. Sblm ni aku sllu minta tp dekat nak musim haji yg lepas aku stop. Aku mcm merajuk sbb Dia tak rezekikan lagi. Ya Allah, aku harap sangat aku boleh move on & kembali buat apa yg hati aku hajatkan. Kecik sangat hati nak Allah tunaikan hajat aku secepat yg mungkin. Allah belum rezekikan mesti ada sebabnya. Susahnya nak pujuk hati sendiri.

Lepas menangis tadi, aku rasa lega sangat sbb dah agak lama jugak hati aku tak tersentuh. Menangis ni pd aku tak boleh dipaksa-paksa. Atau aku yg tak reti paksa. But once hati tersentuh, memang payah nak stop sampai keluar hingus kat hidung. Pulak kat ofis ni kan, muka aku kalau lepas menangis dah la org senang detect. Tapi sejujurnya aku suka bila dpt menangis. Sebab aku akan rasa lega & rasa hati aku ni masih hidup. Aku masih ada perasaan. Dan perasaan tu datang untuk Tuhan yang menciptakan aku dengan penuh kasih sayang.

Aku hidup atas rahmatNya. Allah aturkan perjalanan hidup aku sebegini cantik. Berikan aku pasangan hidup yang baik. Anak-anak yang keletah & sempurna rupa parasnya. Ahli keluarga yang harmoni. Kehidupan yang sederhana tapi cukup membahagiakan. Allah dah bagi aku kehidupan dunia yang sangat indah. Dan aku sedang berusaha sedaya upaya aku utk Allah kurniakan juga aku kehidupan yg indah di akhirat nanti.

Hidup ini hanya sekali. Hanya hidup aku skrg inilah peluang utk aku berusaha sebaiknya demi hidup yang seterusnya nanti. Perjalanan kita sbg manusia masih jauh sejak dari roh kita Allah ciptakan. Dari alam rahim ke alam dunia. Baru 2 step. The next one is alam kubur. Aku gerun dengan kesakitan menghadapi kematian tapi ianya hakikat yg kita takkan boleh lari. Jadi aku minta pd Dia dlm setiap akhir sujud solat utk meringankan sakaratul mautku. Dan moga kehidupan kubur aku nanti indah spt dlm taman Syurga. Inilah target aku selagi masih hidup kat dunia ni. Moga Allah perkenan.








Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat