Usaha

Bila kita nakkan sesuatu, kita akan usaha sedaya upaya. Orang perempuan kalau bab kecantikan memang tak boleh dipisahkan. Takde perempuan suka jadi gemok sebab ianya sinonim dengan negativity. Gemok = Tak cantik. Kulit gelap = Tak cantik. Manusia sentiasa mencari kesempurnaan bagi dirinya. Untuk berasa puas hati dengan penampilan diri seterusnya utk sentiasa dinampak cantik oleh orang sekeliling. Untuk benda yang macam ni, manusia berusaha sedaya upaya utk menjadikan kesempuraaan bagi dirinya 1 kenyataan.

Dia jaga makan, dia buat facial, dia buat plastik surgery. Halal haram semua langgar asalkan apa yg dihajati menjadi realiti. Begitulah sifat manusia bila dia dah tahap melampau. Melepasi boundary yang Allah sudah tetapkan. Sedangkan kita tahu kecantikan paras rupa mahupun tubuh badan bukan syarat utk masuk Syurga. Tapi kenapa itu yg manusia kejar? Sanggup seumur hidup berusaha utk mendapatkannya. Untuk itukah tujuan hidup kita? Untuk itukah Allah ciptakan manusia sbg khalifah didunia? Bukan saje bab kecantikan, pangkat, harta dan pelbagai lagi godaan duniawi utk membuatkan manusia lalai.

Lalai dari tugas utama mereka diciptakan iaitu utk menyembah Allah dan mempersiapkan diri utk menghadapi kehidupan yang seterusnya. Tak salah nak jadi cantik, bahkan tak salah utk menjadi kaya. Cuma kita kena pandai bezakan yang mana satu priority. Kalau usaha diet tu boleh sampai kita jadi lalai daripada berusaha utk menambah amal ibadah, ia dah jadi salah. Usaha utk amal ibadat kena nombor 1. Diet kena nombor 2. Diet hanya utk dunia. Ibadah pula utk dunia & akhirat. Mana lebih penting? Nampak tak permainannya kat situ...

Apa itu keseimbangan hidup? Pentaksiran setiap orang berbeza. Selalu aku dgr org ckp seimbang dunia & akhirat. Nak ukur camne tu? Aku rasa perkataan seimbang tu macam tak kena. Sbb dia mcm 50-50. Aku berpendapat bab ukhrawi perlu lebih drp duniawi. Paling elok 80-20 tapi kalau dpt 70-30 pun cukup baik jugalah. Tetap kena lebih kerana ia lebih utama.  

Aku pun stucked lama kat 1 level selepas Allah bagi hidayah. It takes me about 10 years until Allah sentuh semula jiwa utk lebih berusaha. Tak boleh puas hati berada ditakuk yg lama saje. Kena level up lagi. Usaha lagi. Ia belum mencapai tahap limitation diri. I can do better than that as a normal human being. Allah rezekikan utk add solat-solat sunat selain dhuha. Add lagi not only reading the Quran, tadabbur sekali. Cuba fahami. Study. Entah kenapa bab tadabbur ni aku rasa ralat sungguh tak buat lebih awal. Sblm ni aku just baca terjemahan lepas reciting it. Impaknya tak berapa besar vs tadabbur which now I had to write it back in my phone notepad. Ia lebih berkesan dr segi pemahaman. Lebih menyentuh jiwa, lebih byk buat aku berfikir.

Now aku di Juzuk ke 18. Aku doa Allah panjangkan nyawa aku etlis sampai aku habis khatamkan tadabbur buat pertama kalinya dlm hidup aku ni. Tu je  aku mintak. Tak tahulah camne rasanya kalau Allah tarik nyawa sblm tercapai hajat aku ni. Agaknya aku jadi salah seorang manusia yang memohon pd Allah utk hidup sekali lagi didunia. Waiyazubillah.

I have this feeling yang tak jemu dapat menyebakkan aku when I think about it. Tentang kisah seorang manusia beriman yang telah mati & dia realized yg dia dah berada di alam kubur. Suddenly dia perasan matahari sudah mahu tenggelam dan dia teringat dia belum solat Asar lagi. Dia cemas. Dia mahu solat. Kemudian dtg malaikat mengatakan di alam ini tiada amal ibadat utk kamu lagi. Tiada solat, tiada sedekah, tiada puasa, tiada membaca Al Quran. Demi Allah aku sangat sebak mengenangkan aku tak dapat lagi baca Al Quran spt yg aku usahakan pd hari ini utk membacanya setiap hari. Ia seperti aku dipisahkan dengan sahabat karib aku didunia. Yang selalu dapat menenangkan aku diwaktu gundah gulana. Yg selalu dpt menitiskan airmata jatuh ke lembaran muka suratnya. Yang membuatkan fikiran & kehidupan aku berasa lapang.

Allah kata sudah! Cukup dah Aku berikan kau masa membacanya ketika hidup didunia. While I'm typing this air mata pun sudah bergenang. Sebak. Sesak. Sangat mudah hati ini tersentuh sejak menangis semalam. Seakan menjadikan jiwa aku rapuh sgt mudah mengalirkan airmata. I don't usually cried. Jarang sangat utk menangis hanya disebabkan perkara-perkara duniawi. Allah rezekikan aku dgn kehidupan yg sangat baik. Tapi airmata ini sangat murah bila Allah sentuh hati & jiwanya. While listening Al Kahfi on my way to work pun boleh bergenang. While remembering His love & guidance for me pun sudah bergenang. I'm so fragile.

Ya Allah, moga aku tetap dijalan ini ya Allah. Aku mohon bimbingan Mu sepanjang hidupku & semoga bahagia juga adanya aku di kehidupan seterusnya nanti. Kalau aku tersasar, tolong ingatkan aku semula krn aku hnya manusia yg lemah.








Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat