Lorongan & Alam Roh

Bismillah

Masih ada umur utk kita bertemu semula kat sini. Akhirnya harinya pun sampai utk aku kembali menaip menulis tentang apa saja yang terlintas difikiran. Ini pun tak boleh nak menulis panjang sangat. Sekejap lagi kena ambil Nazif kat SRA

Hari kedua kena bertugas sepenuh masa jadi supir kiddos ke sekolah. Iz out station lagilah seperti biasa. Boleh kata tiap minggu beginilah rutinnya. Kalau os ke Utara & Pantai Timur, usually 4/5 hari dia takde. Kalau belah selatan, 2-3 hari je selalunya tengok pada berapa cepat dia boleh settlekan kerja. Paling best kalau dia tiba-tiba balik. Surprise gitu. Hati kita ni risau dia drive jauh kesana kemari. Klu ada kawan OK lagi. Tp kdg dia gerak sorang tu yg paling aku risau

Yang mampu dibuat cuma doa pd Allah moga dijaga keselamatan dia walau dimana pun berada. Allah jualah sebaik baik penjaga. Same goes with my doa for kiddos. Bertawakkal sajalah pd Dia. Apa pun yg terjadi tetap atas izinNya. Kita ni hamba yg lemah. Cuma mampu berdoa & berserah. Setiap kejadian yg berlaku disekeliling kita bukan terjadi dgn saja-saja. Begitulah Allah mendidik manusia utk kita semakin kenal akan Dia & kembalikan segalanya pd kebijaksanaanNya

Hidup ni bila kita banyak kaitkan Allah dgn segalanya, terasa lebih tenang. Kadang rasa macam dia sentiasa guide kita dalam segalanya. Kadang Dia jumpakan kita dgn ilmu baru. Aku yakin sebab Dia nak aku sentiasa usaha utk memperbaiki diri. Contoh klu sebelum ni ambil wudhu bab basuh kaki tu malas nk gosok, akhirnya melalui perbualan atau sekadar video pendek yg berjalan di socmed, buat kita tersedar utk memperbaikinya. Jalan tu sentiasa Dia lorongkan. Terpulang pd kita nak sahut atau tak je

Ada lagi pembaikkan yg dapat dibuat dalam ibadah spt solat. Aku selalu was-was sikit dgn sujud. Rasa kadang tak cukup rukunnya especially tang dahi. Macam tak kena betul. So aku perbaiki bab tu dgn merendahkan muka sehingga terasa di hidung yg pesek ni di sejadah. Begitu juga dgn cara bangun drp duduk. Risau klu angkat punggung dulu sbb taknak buat apa yg Nabi larang (seperti cara unta bangun)

Pembaikkan ini sebenarnya lorongan dari Allah. Ia nampak kecil tapi sangat signifikan utk aku especially di umur yg beberapa hari nak genap 40 ni. Makin naiknya usia, makin dekatlah kita dengan kematian. Ada ke org yg pernah rasa aman drp berdepan dgn malaikat maut? Aku jujur cakap aku takut. Pertama bab nak rasa kesakitan sakarat. Kedua, tak tahu keadaan apa yg akan aku lalui selepas tu (roh). Kemungkinannya cuma 2. Bak alam syurga atau bak alam neraka. Bagaimanakan perasaan kehidupan aku masa tu. Benda tak boleh patah balik lagi dah. Hadap ajelah keadaan tu sampailah Hari Kebangkitan

Apa lagi yg aku nak risaukan sejak jd sahm ni selain ttg kehidupan selepas mati. Hidup skrg ni aku bersyukur dgn semuanya. Rasa mcm semua dah dapat. Skrg masa utk fokus utk akhirat. Allah dah bagi nikmat masa. Wajiblah aku tak sia-siakannya. InsyaAllah. Doakan aku. Aku doakan semua umat Islam juga setiap hari. Tak pernah lupa. Moga ramai2 kita masuk Syurga


Arwah Abah skrg di alam barzakh. Moga kita berjumpa semula disana dlm suasana yg gembira iaitu di Taman Syurga. Kami semua akan menyusul. It just a matter of time


Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat