Jemputan Kedua

Bismillah
Alhamdulillah dah pun masuk bulan November 2022. Sebulan lebih je lagi nak bertukar tahun ke 2023. Cepat sangat masa berlalu kan? Takut sebenarnya hari yg berlalu tu kita biarkan ia berlalu dengan sia-sia je. Amal ibadah masih tara tu dan tak ada sebarang peningkatan. Inilah ketakutan aku dalam hidup pd usia 40 tahun ni. Usia yang entah berapa lama lah lagi bersisa agaknya. Mungkin hanya sampai 45, mungkin 50 atau 60. Moga masa yg bersisa ni Allah isikan dengan rahmat, petunjuk & hidayahNya. Moga ALlah bagi kekuatan utk terus berjuang dalam menggapai redhaNya. InsyaAllah amin

Aku sebenarnya sedang menghitung hari utk memenuhi panggilan Allah ke rumahNya. Sebak rasa saat menaip ni pun. 8 tahun gap since my last Umrah with Iz. Early 2019 ada cubaan utk kesana tapi end up tak jadi juga. Allah kata belum. Nak dapat jemputan yg ini pun bukan mudah. Mungkin berkat doa seorang kenalan yg tak pernah bersua muka pun tapi cuma pernah order lauk basah dgn dia masa PKP dulu. Encik Mohd namanya & dia ni aktif bagi sumbangan kat rumah anak-anak Yatim sekitar BBST. So kdg aku pun join bagi sumbangan & dari situlah perkenalan bermula

Beliau baru je balik menunaikan Umrah bulan 10 dan masa dia kat sana aku wasap dia minta tolong doakan Allah jemput ke rumahNya. Aku bagi nama aku, Iz & Kakya. Looks like maybe aku & Kakya je dapat jemputan. Takpelah sebab Nov bukan cuti sekolah. Memang kena ada sorang tinggal la samada aku atau Iz utk uruskan bab sekolah kiddos. Itupun kena mintak tolong Mak & Ayah kat Semenyih datang sini utk uruskan bab transport kiddos pergi balik sekolah at least for a week. Tak terbalas jasa baik mereka. Banyak sangat pertolongan mereka pd keluarga kami

Alhamdulillah passport aku dah renewed Rabu lepas. Tunggu luggage from TA sampai utk start packing. Passport Kak Ya pagi esok settle insyaAllah. Bermula dgn minta tolong dr En Mohd utk doakan kami mendapat jemputan Allah kesana, tak lama kemudian end Oct, Miera kwn blog dulu wasap ajak join dia & sorang lagi kawan blog Dina utk buat Umrah this Nov. Aku ckp siap2 passport belum buat lagi. So lps dpt je wasap tu esoknya aku gerak teruslah ke kedai gambar amek gambar passport & apply online. Kiranya last week la start gerak & bajet Kakya taknak follow tp dia pun kata nak join so memasing start la gerak dgn settlekan bab passport. Tu yg this week baru nak dapat passport baru. Adhoc betul kan? At the same time mmg doa banyak2 kat Allah moga Dia permudah segala urusan. 

InsyaAllah esok passport Kakya siap je, barulah kami akan buat full payment pd TA. Lepastu bermulalah counting days until Rabu malam. Flight berlepas 2.45am klu tak salahnya. Memang excited & at the same time berdebar. Biasalah klu nak kesana selagi tak jejak kaki tu rasa mcm risau & gelisah semacam je. Nampak mcm senang prosesn pergi buat Umrah ni tapi sebenarnya tak yer. Masa 2014 dulu pun bermacam ujian aku & Iz hadap. Dgn anak-anak tak sihat pakej demam panas, dengan flight delayed 2 malam sampai kena duduk kat hotel & bermacam lagilah. Sebelum pergi ada ujian, kat sana ada ujian, dah balik nanti pun masih ada ujian. Begitulah kalau mengikut pengalaman

Ujian sebelum ialah bab urusan passport & datang haid. Alhamdulillah keduanya dah settled insyaAllah. Harapnya proses selepas ni baik-baik ajelah. Cuma mampu berdoa & kalau ada halangan, kita cuba selesaikan dgn sabar & redha. 

Ya Allah, berikanlah kami Umrah yg mabrur. Terimalah amal ibadah kami & redhalah akan kami. Kau hidupkan kami dalam iman, matikanlah kami dalam iman. Ringankanlah sakaratul maut utk kami & berilah kami kematian yg husnul khotimah. Jadikanlah taman Syurga sebagai tempat tinggal kami di alam barzakh nanti & berilah kami peluang utk menatap wajah kekasihMu & Rasul kami iaitu Nabi Muhammad SAW. Moga kami dapat juga menatap "Wajah" Agung Mu ya Allah ya Tuhan kami. Ampunilah kami ya Allah hambaMu yang selalu lalai dan berulang kali membuat dosa. Kasihanilah kami ya Allah

Sudilah kiranya anda yg membaca post ini mendoakan kami supaya diberi kesihatan & dipermudahkan segala urusan di sana nanti. Terima kasih in advance. Till then....




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat