Umrah 2022 - Ujian Semasa

Bismillah

Pengenalan Perhubungan                     

OK ujian semasa kat sana ni lebih kepada bab komunikasi & hati antara aku dgn Kak Ya. Seperti yg korang semua sedia maklum, aku dgn Kak Ya ni mmg 2 beradik yg paling close la kot dlm 7 beradik. Banyak takdir yg bersangkut paut antara kitorang berdua. Since aku habis belajar kat UPM, mmg Kak Ya org yg banyak tolong utk aku mula berdiri atas kaki sendiri. Terlalu banyak aku terhutang budi dgn dia terutamanya bab kewangan. Masa kerja sambilan harian kat UPM dia tolong bab petrol pergi balik kerja Yelah masatu gaji RM600 je kot sebulan. Manalah mampu nk ulang alik kerja dari Cheras-Serdang. Gaji habis kat petrol aje sebenarnya. Tapi sbb memikirkan drp menganggur, baiklah ada kerja kan? So atas bantuan Kak Ya dapatlah pengalaman itu. After that dapat kerja kat Cyberjaya gaji double barulah aku dpt hidup dgn gaji sendiri cuma masih menumpang duduk kat rumah sewa Kak Ya sampailah aku pindah duduk kat Serdang sewa bilik & after putus tunang pindah sewa bilik kt Putrajaya pulak

Itu kisah awal aku dgn Kak Ya. Lepas dah kahwin mmg dah stable lah bab duit pasal dah ada suami kan. Susah senang bersama suami pula. Tapi masih ada bbrp bantuan drp Kak Ya esp bab dia sponsor tiket kiddos masa nk visit dia kerja kat Rotterdam, NL. Second time pergi dia sponsor lagi tiket kiddos tapi aku bayar balik secara ansuran sampai habis walaupun dia kata tak kisah nak bayar ke tak. Tak tergamak pulak utk tak bayar balik sbb mcm mempergunakan org sangat. Sbb ada kemampuan utk bayar walau secara ansuran. Itu pun dah cukup baik. Santai je bayar tiap bulan lama-lama habis pun. Lagipun aku fikir maybe in future terdesak nak pakai duit kena pinjam dari dia. Kalau boleh taknaklah dia ada rasa tak syok dgn kita mcm suka ambil kesempatan kan. So kena jaga juga reputasi diri sbg org yg boleh dipercayai klu diberi pinjam duit insyaAllah akan bayar walaupun ambil masa

Senang kata aku dgn Kak Ya ni mmg tak banyak isu. Mostly kitorang at the same page & ngam lah. Kdg share cerita psl family, kdg pasal kerja. Bila Kak Ya dah pindah balik Malaysia, rajinlah balik aku & family datang ke AU2 lepak-lepak hujung minggu. Kdg ddk rumah aje order makanan. Kdg rajin sikit pergi la jenjalan mall kasi kiddos seronok. Alhamdulillah baik je hubungan kami adik beradik sehingga ke hari ini

Komunikasi

Suka utk aku jelaskan penulisan ni ialah dari side aku & aku tak sure dari side Kak Ya mcm mana. Maybe pada dia aku yg bermasalah masa kat sana & dia yg banyak bersabar. Aku pun taknak tulis in detail bab ni sbb memang jelas akan memburukkan tentang org lain. Cuma aku nak kupas secara general ajelah sbb masa aku pergi umrah dgn Iz, kami mmg okay je bab komunikasi. Boleh kata takde masalah langsung sbb klu ada mesti aku ingat kan? Dgn Kak Ya ni kira mmg Allah uji la keserasian kami yg sblm ni aku tak pernah ingat ada isu pun. Nak kata first time travel sama, aku visit Kak Ya 3 kali kot kat Rotterdam. Elok jer takde balah apa pun. Tapi kat Tanah Haram ni mmg another level lah. Tiber aku macam rasa Kak Ya ni banyaknya menyakitkan hati aku ayat-ayat yg keluar drp mulut dia. Atau adakah sebab usia aku yg dah 40 so aku cepat terasa hati? Macam org tua lah kan

Ada sekali dua lah aku menjawab balik sbb rasa tak tahan sangat tapi most of the time mmg aku diam & buat tak layan je perasaan annoyed tu. Ingatkan diri aku yg aku ni adik dia & aku tetap kena hormat dia sbg kakak yg dah byk berjasa kat aku. Overall aku rasa aku berjaya la utk sabar & menahan diri drp terjadinya perang mulut atr kami. Entah kenapa aku rasa Kak Ya pun sbnrnya byk bersabar dgn aku masa kt sana. Dia pun trying her best utk tak mengeruhkan keadaan & let it go je. Senang kata we both berusaha utk menjayakan misi ibadah all out & try ignore je benda remeh temeh yg tak menyenangkan hati masing-masing

Alhamdulillah at the end of the day, all is good between us sampailah balik ke tanahair. Once again ini drp sudut pandang aku je. Side Kak Ya wallahualam tapi kami communicate mcm biasa je sblm said goodbye to each other siap sempat mengopi kat Coffee Bean dgn Iz. InsyaAllah semuanya baik-baik aje

Musibah di Malaysia

Malam terakhir sebelum kami berangkat pulang ke Malaysia aku dapat wasap drp Iz. Dia kata accident langgar lopak air otw balik from Semenyih ke BBST. Kita ni jauh kat negara org, dpt berita mcm ni siapalah yg tak risau kan? But the fact that he can still wasap me & bagitau dia OK aku dah lega banyak dah. Kereta Almera jelah teruk kemek kat belah bumper belakang berpusing kereta langgar divider. Iz kata dia takde cedera pape pun. Alhamdulillah lega rasa hati

Malam tu sebenarnya aku & Kak Ya baru je settlekan infaq makanan dgn mutawif. Kak Ya kata maybe berkat infaq maka musibah yg lebih berat dapat dielakkan. Allah jelah yg lebih tahu tapi kalau betullah begitu, terima kasih ya Allah sebab jagakan keselamatan suamiku. Teringat terus doa sebelum musafir ke Tanah Haram supaya Allah jagakan orang-orang tersayang yg ditinggalkan di tanahair. Mungkin juga berkat doa orang musafir, maka Allah hantar malaikatnya utk menjaga keselamatan mereka

A few months back mmg kami sangat diuji dengan kereta. Start dari kereta aku, kemudian kereta Iz, and now kereta Iz balik. Ada dalam RM10k dah kami berhabis utk kereta yang mmg dah lanjut usianya tu. Kereta aku dah 18 tahun, kereta Iz dah 10 tahun. Biasalah kereta dah habis bayar ni mulalah parts dalam dia meragam. Brg yg wear & tear org kata. Syukurlah setakat ini masih mampu lagi kami dah bayar semua kerosakkan tu tanpa meminjam drp org lain

Kereta Almera masih ada kat bengkel & insyaAllah next week dah ready to collect. Harapnya lepas ni tak ada lagilah kerosakkan kat both kereta. Bagi kami bernafas sikit time cuti sekolah nak balik kampung bagai kan. Hanya mampu berdoa ajelah. Siapalah kita nak menidakkan ujian Allah kan? Apa pun yg Dia takdirkan, kami sabar & redha insyaAllah

OK tu ajelah 2 ujian besar semasa di Tanah Haram. Next post ujian selepas. Yang ni tak ada apa sangatlah. More to my own personal crisis je. Till then...








Popular posts from this blog

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Umrah 2022 - Ujian Sebelum