Umrah 2022 - Ujian Selepas
Bismillah
Sorilah lambat sikit aku buat post yg ini. Mood tak maghi. OK tentang ujian selepas ni sebenarnya pada aku ambil masa jugaklah nak selesa semula dgn rutin yg sama. Dia macam ada 1 mindset tu yg macam ala aku baru balik dari Tanah Haram. Banyak dah pahala kumpul masa kat sana. So chill lah sekejap rutin biasa tu. Hampeh kan? Macam itulah syaiton nak menghasut kita. Lagi pulak lepas balik dari sana aku tak berapa sihat kan. Dgn payah nak tidurnya lagi due to berubah waktu. Ada dalam 3 weeks jugaklah aku jadi mata panda dek tak betul waktu tidur. Tu yg kelaot sampai tahajjud dalam mimpi la jawab dia
Aku ada juga azam nak add on at least satu ibadah tambahan yg aku perbuat masa kat sana iaitu solat sunat yg muakkad. Alah solat sunat sebelum & selepas solat fardhu tu. Aku aim yg itu tapi sampai ke hari ini Allah masih belum izinkan utk kuat melakukannya. So aku pasang niat dalam hati jelah dulu. InsyaAllah kalau kita kuat berkehendak, lambat laun Allah akan izin. When the time is right
Alhamdulillah now rutin harian aku dah kembali normal seperti biasa
10 am - Mandi, solat dhuha, solat qada, mengaji
Zohor - rushing sbb nak siapkan Nadim ke SRA
Asar - Tadabbur al Quran
Maghrib - Mengaji
Isya - sunat Witir
430-500 am - Tahajjud, Taubat, Hajat, tadabbur & mengaji, mengaji
Secara ringkasnya inilah rutin harian aku. Tak lari banyak pun sebenarnya dgn rutin masa bekerja. Tambah sikit je iaitu solat qada zaman jahil & tadabbur lepas Asar which is aku tak dapat nak buat kalau masih bekerja. Lagi satu ada penambahan dalam ibadah zikir iaitu aku fokus selawat ke atas Nabi SAW masa driving anak pergi balik sekolah. Usually mmg boleh dapat beratus & kdg cecah 1k+ depends on situation. Bab zikir nilah yg aku paling risau sbb rasa mmg kurang sangat bab ni. Ia ibadah yg paling mudah dilakukan sebenarnya tapi kita senang terlepas pandang
Kotla nanti kt akhirat jadi pembantu kan masa timbangan amal. Sbb pernah dgr ceramah ustz kata mudah dibuat tapi berat pahala timbangannya. InsyaAllah, kita usaha jelah mana yg terdaya. Puaasa sunat Isnin & Khamis pun on semula mcm biasa. Haritu dah liat jugak dah sekejap. Paksa diri balik & alhamdulillah makin biasa. Now pun dah nak masuk Rejab kan lg bbrp hari. Kenalah latih perut siap-siap sblm bertemu Ramadan insyaAllah
Aku plan nk masukkan dengar ceramah agama in my daily routine. Mmg tengah buat pun bila ada kelapangan masa like masa tengah masak, masa iron baju, sambil-sambil dengar ceramah Ust Wadi Annuar kat youtube. Moga lebih istiqomah jelah mendengarnya
OK tu jelah. Nak mandi & get ready to pick up Nazif from SRA. Busy OK jadi sahm ni hahaha
Tak tahu dah upload ke belom gambar ni? Lantok ler |