Hello February

Bismillah

Allahu. Sekejap je dah masuk Feb. Rasa mcm baru je lagi aku update post sebelum ni. Target skrg 1 post dalam sebulan. OK la tu kan? Seram sebenarnya bila masa berjalan terlalu pantas ni. Tau tau dah bertukar bulan. Tiber dah bertukar tahun. Tengok tengok anak pun semua dah makin besar nak masuk alam remaja dah. Entah entah tiber tau-tau dah mati. Ehh. Ini paling seram sekali. Sebab bila dah mati, tak ada turning back dah. Sampai situ jelah usaha nak masuk Syurga berakhir. Tak ada lagi dah amal ibadah yg boleh ditambah. Pemutus dari segala urusan dunia. Lain pulak dah alam yg akan dilalui. Moga alam barzakh tu nanti ialah sebahagian drp Taman Syurga utk kita. Amin ya robb

Sebab itulah jangan mudah terleka sangat kita ni dengan urusan dunia. Utamakan urusan akhirat tu lagi penting sebenarnya. Dunia tu selingan je. Sebab kita tak tahu ajal tu bila sampainya. Aku paling takut kalau ingat kisah yg Rasulullah SAW ceritakan ttg manusia yg minta pd Allah utk kembali semula ke dunia utk beramal ibadah. Taknaklah jadi manusia yg tergolong dlm golongan tu. Aku nak rasa puas hati dah utk tinggalkan dunia bila dah tiba masanya. Taknak ada rasa kesal sebab aku tahu aku dah usaha yg terbaik utk gapai Syurga Allah

Setiap masa otak ni bekerja keras mcm mana nak add lagi amal ibadah supaya Allah redha & sayang aku sebagai hambaNya. Nampak mcm benda mudah. Tapi tak semudah yg disangka sebenarnya. Sebab kita taknak bila add amal ibadah, ia tak istiqomah. Sebab tu kena add perlahan lahan sedikit demi sedikit sampai kita tak rasa ia satu bebanan malah menyeronokkan bila membuatnya

Mcm konsep diet jugaklah sebenarnya. Apa yg aku usahakan ialah utk ubah lifestyle pemakanan spy aku sbrnya sedang berdiet tapi aku tak rasa mcm berdiet pun. Faham kan? Amal ibadah pun lebih kurang itu jugaklah. Nak jadikan ia part of lifestyle. Nak biasakan ia dlm kehidupan seharian. Itulah fokusnya

Well, aku pun tak pasti nak tulis tentang apa sebenarnya tadi. Tiber dah berperenggan aku menaip. Bagusalah tu. Lancar je meluahkan apa yg ada dalam fikiran. Handphone aku rosak sebenarnya masuk dalam washing machine bulan lepas. Sayang betul sebab byk gmbr dlm tu aku tak sempat xfer lagi dalam lappy ni. Baru 2 tahun guna phone tu. Ralat betul rasa. Aku plan nk hantar kedai la try tgk boleh diselamatkan lagi ke tak. Berat hati betul nak beli phone baru. Aku mmg kedekut sikit lepas jd Sahm ni. Sebarang expenses yg tak perlu selagi boleh elak, aku nak elak sangat. Bukan takde duit. Tapi byk lg benda yg lebih bermanfaat boleh digunakan dgn duit tu

Sejak ada sorang je pencari nafkah kat rumah ni, aku pun kena bijak berbelanja & buat saving semampunya. Kdg Iz tu short sbb ada additional expenses yg tak dapat elak. So klu aku ni bijak menyimpan dgn duit bulanan dia bagi tu, dapatlah juga bantu dia kan? Aku dah terbiasa la jadi back up kewangan dia mcm masih bekerja dulu. Dah jd Sahm pun aku masih ada keinginan utk bantu dia walaupun sbnrnya mcm tak perlu la kan sbb aku takde income dah. It just that aku rasa klu aku bijak manage duit elaun bulanan dia bagi tu, mmg boleh tolong je sebenarnya. So saving ialah atr fokus aku utk tahun 2023 ni. Back up for family financial sekiranya perlu. Kepuasan bila dpt membantu tu tersangatlah priceless perasaannya

Selain cerita phone rosak, update lain ialah si Nazif dah joined Akademi Bola Sepak Permata Selangor. Makin busy la nampaknya weekend tu sbb ada training & game silih berganti. Dah dia minat main bola kan, kita support ajelah. Better drp dia mengadap tablet main game bola kat situ seharian. Baik la ko pegi padang tu berlari sendiri bagi keluar peluh. At least dapat jugak kurangkan kebuncitan perut dia tu hahaha. Perut Nadim pulak yg lebih kedepan skrg ni. Makan banyak takpe utk bdk2 ni sbnrnya tapi aktiviti fizikal pun kena banyak jugaklah utk cover balik kalori yg dah ditelan tu

Kakak pulak byk la aktiviti sempena dah nak berpisah dgn kawan-kawan SRAI. Hari tu pergi Sg Besar bermalam kat sana. Tadi ada hi tea dekat Kelab Golf Kota Seriemas. Next week ada jamuan perpisahan Potluck. Another week pergi lawatan ke Penang pulak. Last la tu rasanya sblm bye-bye. Tak tahu lagi dia dapat Sek Men mana. Aku nak sgt dia masuk SAM BBST tapi klu takde rezeki redha ajelah. Maybe akan ke Seri Sepang or SM BBST. Antara 2 sekolah tu jelah. Anak dah remaja ni kena kasi kepit rapat rapat. Usia paling kritikal. Moga aku dpt jd ibu yg lebih BERSABAR

OK tu jelah. Laki aku dah balik dari main bola. Rutin dia la tu setiap Jumaat. Happy byk lertu sejak anak2 dah besar ni aktif la semula main bola. Layankan ajelah

Banyak lagi oiii gambar kat sana aku belum upload




Popular posts from this blog

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Umrah 2022 - Ujian Sebelum