Salam Ramadhan 1444
Bismillah
Hari ni dah 12 Ramadhan 1444. Tapi bagi aku, ini baru hari ke 6 berpuasa. Tak dapat nak sambut pun 1 Ramadhan sebab a day before aku dah datang period. Alhamdulillah cuma kena ganti 6 hari je nanti. As usual aku try settlekan on Syawal bersambung dgn Puasa 6 insyaAllah
Apa yg special Ramadhan tahun ni?
Well, dari segi ibadah ofkoslah aku target ada pertambahan atau penggandaan. Masa period haritu Alhamdulillah dapat settlekan zikir Fatimah every time solat fardhu. 100x darab 5 total of 500 zikir sehari darab 6 hari period dapatlah 3000 zikir. Amalan semasa period ni dah bertahun juga aku aimed. So Ramadhan tahun ni baru Allah izin utk start & hopefully every period time pun aku dapat teruskan. Yang sebenarnya time period tu bila tak dapat solat & baca al Quran, mmg rasa kosong jiwa ni. Noticed lama dah tapi itulah, nak laksanakan ilmu yg kita ada kena Allah izin jugak. If nekad tak kuat, Allah tak bantu, memang harapan tinggal harapan ajelah jawab dia
Jadinya Alhamdulillah akhirnya misi zikir waktu period tercapai & hopefully boleh tambah juga dgn tadabbur al Quran insyaAllah. Target tu memang tak pernah kecik huhu. Since jadi suririmah ni apelagi je yg aku nak sibukkan diri kan? Memang kaw-kaw fokus persiapan nak berpindah alam jelah senang cakap selain drp busy dgn hal sekolah kiddos & rumah. Rasa syukur sangat Allah bagi peluang rasa sendiri kehidupan sekarang ni. At least merasa sebelum ajal menjemput life yg sederhana dgn misi utk Allah redha aku sebagai hambaNya
Lega sangat tak perlu fikir pasal kerja & duit. Letih dah otak fikir pasal 2 benda ni. Skrg nak relax je otak tu fokus benda simple-simple je sambil sambil tunggu maut menjemput. Kepuasan hidup yg payah nak gambarkan kat org lain. OK melalut banyak dah huhu
Ibadah lain yg aku add on ialah solat sunat Rawatib yg muakkad. Itu pun masih tak dapat buat semua. Cuma mampu sunat sblm Zohor & selepas Maghrib. Pertambahan drp sunat Fajar yg mmg dah lama amal sblm solat Subuh sbb pahalanya yg sangat besar iaitu lebih bernilai drp dunia & isinya. Tak dpt buat semua tu due to keletihan jugaklah sebenarnya. Biasalah puasa org dah umur 40-an ni kan dah tak sama dgn usia sblm ni, So aku pun taknaklah push badan ni sangat. Buat yg termampu dulu. Later on maybe dibulan yg lain aku boleh add on lagi klu Allah izinkan insyaAllah. Bacaan al Quran pula aku gandakan ajelah drp kebiasaan. Niat dah khatam tu ada tapi kita tengoklah nanti macam mana. Usaha tu tetaplah usaha tapi ikut jugaklah kemampuan diri sendiri. Yang lain like sunat Terawih, Witir, Qada', Dhuha, Tahajjud, Taubat & Hajat juga berjalan seperti biasa. Moga Allah berikan kesihatan & kesabaran utk melaksanakan semuanya. Bukan setakat terhenti kat bulan barakah ni je. Tapi moga ada yg dpt diteruskan sampai akhir nyawa. Amin amin yra
Enough stories about me. Now nak cerita ttg Iz pula. Tahun ni nampak dia bersungguh tak tinggal solat sunat terawih kat Surau. Alhamdulillah, ada peningkatan. Nadim pulak dah makin serasi berpuasa. Adalah bbrp hari dia lemau minta nak berbuka. Aku layankan aje. Kesian kan umur baru 8 tahun. Nak strict sangat pun tak sampai hati. Belum umur dia lagi utk kita strict. Asal dia rasa biasa tu oklah. Faham serba sikit kenapa kita kena berpuasa etc. So performance dia better than last year. Lega ibu. Kakak & Abang mmg tak ada masalah bab puasa. Both jenis perut kuat. Syukur
Since kiddos dah makin besar ni, aku mmg risau bab solat diorang lebih drp segalanya. Susah hati dibuatnya bila depa missed solat. Kdg rasa mcm aku ibu yg teruk je klu lupa nak ingatkan depa. Kakak mmg takde dah missed solat. Cuma dia suka solat lewat. Once in a while aku tegurlah. Paling mencabar sekali the boys. Boleh kata kalau aku tak ingatkan, depa akan tak solat. So bab solat the boys ni merupakan cabaran paling besar utk aku tahun 2023 ni
Lantakkan jelah depa annoyed pun aku asyik bising pasal solat, tapi aku tak sanggup nnti Allah tanya kat akhirat tak tau nak jawab apa. Yang penting aku dah buat part aku sebagai seorang ibu. Umur macam nilah kita boleh start nak push depa pun. Kalau dah remaja nanti mesti makin liat. Iz pun dah start suruh depa solat once in a while bila dia tengok aku asyik bising ttg solat depa. Yelah kdg aku pun busy buat kerja rumah & terlepas pandang ttg solat depa. So dialah yg tolong ingatkan the boys. Tggjwb ni sbnrnya lebih berat jatuh kat dia as Ketua Keluarga. By right dia pun tak bolehlah nak aku yg galas tggjwb tu. Tp sbb aku ni dah tak kerja, so aku willing lah jalankan tggjwb tu cuma dia pun kenalah take part jugak bila ada kt rumah kan?
So begitulah ceritanya ttg struggle aku utk jadikan anak2 ni anak-anak yg patuh pd perintah Allah. Depa kena sedar tggjwb sbg seorang muslim. Kena adapt dgn lifestyle org Islam. Solat 5 waktu mesti cukup sehari semalam. Puasa bulan Ramadhan itu wajib and so on. Besar tggjwb kita sbg parents ni. Ada anak bukan utk dibuat pengisi rasa sunyi je. It comes with a big responsibilities. Begitulah..
Tahun ni beraya kat Semenyih dulu. Raya ke-3 baru balik Johor mcm biasa. Dah suruh Iz apply cuti panjang sikit so that boleh berlamaan kat kampong ku sbb budak pun cuti seminggu. Lepas Labor Day baru naik sekolah mcm biasa
Sampai sini ajelah ye. Kita jumpa lagi on Syawal 1444 insyaAllah
Select je random photo masa Umrah last year. Lantak la klu dah upload pun sebelum ni haha |