My Bad


Dah beberapa lama aku berfikir tentang 1 perkara nih. Sbnrnya aku ada kurang puas hati sikit dengan prestasi diri sendiri. Aku sllu fikir nak buat mcm2, tp end up tak buat pun. Mcm2 tue maksud aku mengemas rumah spy jd lebih teratur & kemas. Takde main sumbat2 barang tak pakai tepi katil, bawah katil etc. Senang cerita yg mana2 x pakai tu sila angkut masuk dlm stor bawah tangga. Aku tinjau2 stor & nmpk masih ada ruang kosong. Cuma aku kena susun semula brg2 yg dh ada dlm tue dgn lebih teratur. Maka akan adalah ruang utk menyimpan semua brg2 yg kurang dipakai tuh. Kat tingkat atas ada 3 bilik. Master bedroom mmg kami guna. 1 lagi bilik ada katil bujang utk tetamu yg mungkin akn bertandang. 1 bilik lagi kami buat stor jugak. Kbnykkn brg2 dlm stor tue adlh baju2 lama aku, kain batik yg berbelas helai digunakan masa berpantang & brg2 Naurah yg masih belum digunakan mcm brg2 hamper yg org hadiahkan utk dia dulu. So byk ruang sbnrnya utk aku simpan brg2 yg kurang digunakan. Tp masalahnya skrg aku nie dh jadi pemalas. 

Kat rumah selain melayan Naurah & membuat rutin kerja rumah yg biasa, aku byk habiskan masa dgn menonton tv. Inilah 1 perangai yg aku paling tak suka ada dlm diri aku. Dulu aku dah pernah insaf kejap dr suka menonton tv nih. Lately aku jadi ketagih balik. Klu fikir2 balik, bkn ade pekdah pon tgk tv nie. Berita pon boleh baca dlm internet. Sepatutnya tv nie ditonton bila kita ada masa senggang jer. Free time ckp omputihnya. Bukannya dijadikan rutin harian dok melanguk tunggu cerita bersiri kegemaran mcm CSI or House. Dulu aku pernah gantikan hobi tgk tv  nie dgn membaca. Skrg buku pon da simpan stor. Ape barang beb??? Kkdng aku rase dah kembali ke zaman jahiliah aku jer. Zaman aku hampeh2. Berubah dpt tahan bbrp bulan jer. Lps tu jadi hampeh balik.

Susah betul nak istiqomah dlm melakukan benda yg baik kan? Bile aku kaji2 balik kenapa aku dah tertarik semula dgn duniawi, akhirnya aku dpt jwpnnya. Mmg betul lah penyataan bhw 'solat itu tiang agama'. Bile solat sudah pincang, lobang sana sini, akhlak /sikap kita pon turut merudum. Skrg nie aku liat pulak nak solat Isya'. Sometimes dh nk masok Subuh, baru aku bangun solat. Kdg2 2-3 pagi bile terbangun malam dgr Naurah merengek nak susu. Dan kdg2 mmg terlajak habis. Teruk kan? Subuh pon kdg2 lajak jugak. Pastu kkdg keluar jalan2 pon lajak jugak sbb tak sempat sampai rumah or takde tempat nk Solat. Nampak sgt aku dah meringan-ringankan kewajipan yg satu nie. Sdgkn sblm nie aku punyelah jaga sungguh2. Terutamanya tentang waktu solat. Sebolehnya masuk je waktu, aku mmg akn terus tunaikan solat. Now aku cuma boleh istiqomah waktu solat nie kt opis jer. Sbbnya takde tarikan2 lain yg blh membuatkan aku lengah2 utk solat. Cuba klu kt rumah. Kompem aku dah terlalai dgn tv. 

Lagi 1 sbb knp aku ralit dgn dunia adlh since bilik air atas terkunci dgn sendirinya & bilik air master bedroom mmg tak pernah digunakan utk mandi sbb xde langsir, mandi mmg kt bilik air bawah jer. Sllunya lepas mandi, baru aku solat & lps tue terus baca Quran. Sllunya mmg itulah rutin aku. Bile mandi kt bilik air bawah, aku terus bersiap dlm bilik kecik kt bwh tue & solat terus. Makanya aku dah lama tak baca Quran sbb ada kat tingkat atas. Kat ruang solat yg sblm nie aku sllu solat kt sana. Patut la aku rasa serabut & something missing somewhere jer. Rupa2nya rutin yg selama ini aku jaga sudah di abaikan. Bila solat dah lobang2, Quran pon tak baca utk ketenangan jiwa, maka jadilah aku yg hari nie. Ralit dgn duniawi. Suka tgk tv, asek pk nak beli brg2 rumah utk cantikkan rumah & pemalas. Adoi...teruknya aku skrg nie. Ntah2 habi pon bersabar jelah dgn perangai aku skrg nie. Tggu masa meletop aje. Huk huk.

So aku dah berazam utk berubah. Mula2 aku kena jaga semula solat & baca semula Quran. Lps nie solat kat tingkat atas je. Tak pon aku beli 1 lagi Quran letak kt tingkat bawah jugak. So xdelah alasan x bace lg. Utk solat Isya', masuk je waktu kene terus solat. Tak boleh berlengah lagi. Spy xdelah kes2 terlajak or malas sbb dh tido nyenyak. Aku rasa klu aku boleh istiqomah balik dgn rutin solat & baca Quran nih, Insyallah sikap aku akan bertukar semula. Akn tak suka tgk tv balik & rajin. Malam nie boleh start dah . Tak payah nak tangguh2 lagi. Lepas Naurah tido, kemas stor elok2. Susun dgn teratur brg2 yg ada. Itu tugas pertama aku. Klu aku boleh buat malam nie, Insyallah yg lain2 akan menyusul. Gambate Sharena!! Wish me luck guys =D

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat