Posts

Showing posts with the label me

Blood Test Result

Alhamdulillah. Blood test result sudah keluar. Tak ada apa yang sirius. Tadi check bp pon normal 120/80. Memang rasa sihat sangat hari nie. I am all happy. Dari blood test tu cuma kolestrol perlu turunkan sikit jelah. Takdelah teruk mana. Makan oat hari-hari boleh kot turun =P Sejak ada beskal memang ada gaklah bersenam bila tak fenin & sakit kepala. Kalo aku gigih nak senam jugak, alamatnya memang terbongkang katak la lepas tu aku atas katil. Menambah penyakit namanya tu. So aku lebih fokus pd jaga makan dulu. Exercise will follow up later. Bergantung pd tahap kesihatan pd hari itu. Chloride which is garam yang aku makan adalah rendah hokeh! Tak paras normal pon. Tapi rendah. Macam tak logik utk pesakit drh tinggi macam aku kan? Huhu. Siryesly aku memang tak kuat masin mana pon. Biasa-biasa aja. Thats y aku buat entry hari tu cerita tentang tabiat pemakanan aku nie tidak seteruk mana. Tapi dah penyakit tetap nak datang kan? Bukan boleh kita tahan-tahan. Aku rasa faktor keturunan...

Misi 1 May 2012

Image
Tersenyum sumbing aku bila buat kira-kira tentang hari kesuburan bagai untuk merancang my second pregnancy. HEHEHE. Rasa macam tak percaya akhirnya masa yang ditunggu-tunggu sudah pon tiba. Sebelum nie rasa macam lambat jer lagi ^_0 Sebenarnya macam dah terlupa. Tapi bila baca blog Ana pagi tadi, terus selok semula. Thanks Ana sebab kongsi tips camne nak dapat anak lelaki or perempuan. Since Ana sudah pon berjaya mendapat baby girl, rasa cam teruja nak try kaedah yang dia guna pakai. Aku tahu ianya tidak menjamin apa-apa. Yang menentukan tetap Allah. Tapi tak salah utk kita berusaha utk mendapatkan apa yang kita hajati kan? Selagi dalam batas-batas syarak. InsyaAllah aku masih ingat semua tu =) Kalo ikot pengiraan yang Ana pakai & mengikut tarikh kedatangan period aku, awal bulan May dah boleh kerja keras =D 10 hari tuk bekerja keras. Chaiyokkk!! HAHAHA Tetibe teros masok due date calculator for pregnancy. Molek dah boleh dapat baby January 2013. Wuwuwuw. Sambil menaip nie pon d...

Outcome From Samsung

Image
Not bad kan camera Samsung punya outcome? Nie lansong aku takde edit ni. Suci murni dari camera. Hehehe. Sat tadi habi datang bagi SD card 8GB. Boleh masok gambo sampai 1k+. Hambek la gambo sampai muntah hahaha...Thanks habi. Love.  Ehh...camera nie ada LCD skrin kecik taw kat sebelah lens tu. So bile tekan button F.LCD, nak ambil gambo sendiri memang takde masalah. Boleh adjust-adjust senyum guane dulu. Dah puas hati, snap! Takde dah snap bute-bute pastu tengok hasilnya delete lagi. Hehehe. Nice ^_^   Last but not least. Muka suci murni tanpa sebarang mekap pemilik camera yang agak sihat hari ini =)

Keseimbangan Pemakanan

As usual pagi-pagi kalo dengar lagu, pastinya track dari Maher Zain sajo. Memang aku request kat habi pagi-pagi kena ikot taste aku. Aku suke dengar lagu yang menenangkan jiwa. Bukan lagu ntah hape-hape dari radio. Semak otak aku dibuatnya. Time balik kerja pulak ikot taste habi. Give n take bak kata orang tu. Barulah adil dan saksama. Takde nak gadoh-gadoh ^_0 Ehh...second album MZ dah keluar. Bila habi nak burn cd track baru utk aku? Huk oloh. Huhuhu. Hampeh aje kan burn CD aje. Kate aje peminat tegar. Tapi taknak support penjualan album original. Err...aku ada niat nak beli. Nampak dah ritu tulis rege CD RM29.90 kat Speedy. Mampu aje nak beli. Tapi habi kata dia boleh burnkan aje. Kos adalah zero. Susah jugak nak buat keputusan gini =B Kalo korang jadi aku pilih yang mana? Hehehe RM30 tu boleh buat beli diapers Naurah lagi 68 pcs kot. Maklom la skrg dah bertukar ke diaper Diapex. Sebab tukar adlh nilainya yang lebih murah dari brand Drypers, kulit Naurah tak bermasalah memakainya ...

Semuanya Atas Izin Allah

Sayu pulak hati tengok gambar blogger gathering pertama tahun 2012 kt Taman Tasik Shah Alam weekend yang lepas. Yelah....takde pon muke aku & Naurah kat situ. Mane tak sedih kan? T__T Aku mintak maaf pd semua sebab tak dapat tunaikan janji nak datang. Sebab utama pastilah berkaitan dengan kesihatan aku skrg. Niat memang kuat nak pergi, tapi badan kata tak mampu. So memang berehat ajelah kat rumah tak kemana. Paling kuat cabot rumput aje kat yard belakang rumah. Sekadar nak mengisi masa lapang kebuhsanan. Last-last ikot jugak nasihat Ann huhuhu =P Aku harap blogger friends sekalian faham kenapa aku tak datang pd hari kejadian. Doc pon memang suruh banyakkan berehat aje jangan aktif sangat. Nak bagi blood pressure nie normal balik. So, dalam masa terdekat nie memang bab kesihatan ajelah yang berada dalam kamus hidup aku. Camne nak dapatkan balik life yang normal & sihat. InsyaAllah akan terus berusaha ke arah itu. Antara langkah yang aku dah ambil skrg ialah mencuba pelbagai p...

Allah Masih Sayang

Aku tak sangka sebenarnya segala lenguh-lenguh tengkok dan segala sakit-sakit badan yang aku alami sekian lamanya itu membawa maksud kepada simptom-simptom awal penyakit darah tinggi. Siryes memang tak terlintas sikit pon difikiran aku taw tentang hal nie. Dah kena gini, rajin gugel membaca semua, barulah tawu kenapa sekian lama aku menghadapi masalah tu. Bajet sebab tak berpantang dengan betol masa bersalinkan Naurah dulu ekekeke =P Ye yer lah aku beli bantal kat Ikea sane pasal masalah sakit tengkok tu. Poyo aje. HAHAHA. Yer yer lah beli pil penambah tenaga kat farmasi. Seb baek habis dimakan 1 papan tu. Huhuhu... Suddenly aku teringat perbualan aku dengan mak beberapa minggu yang lepas. Mak kalo call selalu jugak tanya masak ape, makan ape semuanya la kan. Ada 1 hari tu mak cakap " ko nie asek makan sedap-sedap aje. takde kena darah tinggi ker? pening-pening nak pitam ke bagai kalau berdiri tu?". Huk oloh mak aku. Boleh buat ayat cenggitu kan? Aku pon innocent ajelah ja...

Tangan Ini Masih Bertuah

Image
Ehehemmm...ehhh apasal letak gambo camera lagi neh? Bukan ritu dah tepek camera Nikon merah ker? ^_0 Well...inilah yang dikatakan rezeki dari Allah. Alhamdulillah =) Kisahnya bermula begini. Ecehhh. Malam kedua di Lang Sari Resort, diadakan cabutan bertuah utk staf kompeni habi. So aku pon hegeh-hegeh la sekali tengok sape dapat ape semua. Seronok hokeh tengok meriah gelak-gelak gitu. Hadiah pon not bad. Semua orang pon dapat. Paling cikai voucher ke Sembunyi Spa, voucher Aeon & IKEA bernilai dalam RM150-RM200. Ok la tu kan?  Paling best tentu sekali TV LCD 32" yang menjadi milik orang pertama yang mencabot barangan iaitu bos kecik habi, Inchik Kerol. Kali nie dia menggunakan tuah anaknya yang mencabot. Happy sungguh kawan tu dapat hadiah besar tahun nie. Tahun sebelumnya dapat voucher aje yek? Hehehe. Sorang demi sorang nama dipanggil hingga tiba masanya utk 6 cabutan terakhir. Then barulah nama habi naik. Habi soh aku je yg cabot. Memule aku macam malas aje. Soh Naurah ...

Update On My Health

Image
Kisahnya semalam pas makan ubat doc bagi pagi tu, sakit kepala & senoneng aku tetap tak hilang. Muka aku sepanjang hari memang cam haram aje. Opismate tengok pon serabot katenye. Sori yer kengkawan semua. Aku tak buat-buat muka gtu. Dah memang rasa tak boleh blah sangat. Baring kat surau pon tak membantu ape. Nak tido pon tak lalu. Sudahnya bangun jugaklah duduk opis melanguk. Nak buat keje, reply email semua tak lalu. Otak tak jalan. Sudah jammed! Gigih jugak la aku tunggu sampai petang. Tapi dalam 4.30pm gtu dah tak boleh tahan. Muka ngan tangan makin kebas. So interkom habi tanya dia boleh keluar awal tak. Nak ajak pergi klinik lain pulak. Habi kata dia okay so kami pon gerak la awal. Tapi habi ajak ke Hospital AnNur. Tempat aku bersalin ke Naurah dulu. Maybe dia riso tengok bininya ni kot. Dengar pendapat pakar lebih tenang kot hatinya. Memule aku membantah jugak sebab malas nak ke Bangi nun. Dalam otak pk nak jumpe Naurah, peluk kiss sama dia. Ubat paling mujarab aku rasakan ...

Aku: Hypertensi

Apakah itu Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi? Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza. Bacaan Tekanan Darah Kategori Sistolik Diastolik Normal bawah 120 dan bawah 80 Pre-hypertensi 120 - 139 atau 80 - 89 Hypertensi 140 dan keatas atau 90 dan keatas Hypertensi sistolik 160 dan keatas dan bawah 90 Mengapa penting mengukur tekanan darah secara berkala? Adalah mustahak untuk anda mengukur tekanan darah secara berkala bagi menentukan samada tekanan darah anda tinggi atau tidak. 90% pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala manakala 10% lagi ada menunjukkan gejala. Pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung.Tekanan darah yang terkawal dapat mengurangkan kedatangan pesakit ke Klinik pesakit luar, kemas...

Seorang Ibu Yang Keras Hati?

Entry nie tercipta dari perbincangan di gengfbUB. Bila mana para ibu-ibu sekalian seringkali bercerita tentang betapa mudah tersentuhnya hati mereka sehingga mengalirnya airmata kerana rindukan anak, susah hati bila anak sakit & segala yang berkaitan dgn anak lah. Menjadi seorang ibu memang melembutkan hati kita kan? Sebelum jadi ibu, maybe kita agak kurang peka or sensitif la dgn sesuatu issue.  Contoh macam isu femes ttg budak-budak under jagaan daycare yang teraniaya or disalahlakukan. Cam dulu maybe setakat marah-marah gitu ajelah. Skrg dah jadi ibu cam boleh mengalir airmata tengok keadaan budak-budak yang semacam didera tuh. Ada perbezaanya kan? Sometimes tengok tv, keluar iklan menyentuh hati tentang kasih ibu or bapa dgn anak pon dah bergenang airmata dibuatnya. Padahal dulu masa belom jadi ibu rasa biasa aje. Dalam banyak-banyak kasih sayang, rasanya kasih sayang seorang ibu pd anaknya lah yang paling hebat kat dunia nie. Betol tak? Ker kasih sayang datuk or nenek k...

SIKLA : Siri Imbas Kenangan Lama (4)

Image
Shoba & me. Weird kan muka aku senyum nampak gigi hukhukkk Siti (masa ni tgh pregy), aku, Kak B, Shoba & Kak Nita Ini masa birthday celebration aku & Shoba, September babies back at 2008. 3 orang yang di dalam picture sudah tiada. Shoba pergi dulu, pastu Kak Nita & bulan lepas Kak B. Sometimes I miss the good old days. Masih lagi keep in touch with all of them. The new good news is Kak Nita is expecting. She is pregnant for almost 2 months now ^_^ She got married end of 2010. Akhirnya rezeki anak sampai kepadanya. I'm so happy for her =) Congratulations sister!

Mungkin Masalah Mata

My best officemate, Kak Niza kata sakit kepala & pening-pening yang aku alami skrg kemungkinan besar ada kaitan dengan mata. Mata yang saban tahun mengadap pc ini. Memang penjelasan paling logik aku dengar setakat inilah. Bila mention kat habi, dia pon kata memang ada kemungkinannya. Sebenarnya sejak aku study kat Matrix Ipoh dulu, memang ada buat spek. Rabun tak teruk mana. Dalam 100+ gitu aje powernya. Tapi silau memang agak teruk. Malam-malam memang tak kompiden sgt drive pasal masalah silau neh. Lampu kenderaan dari arah yang bertentangan memang bikin masalah buat aku. So spek senang kata memang aku ada. Tapi sangat jarang digunakan. Pasal tak suka. Rimas. Rasa huduh kalo pakai spek. Itulah antara sebab-sebab poyo kenapa aku tak pakai spek. Hehehe Tahun 2010 rasanya hayat spek aku yg seketoi tu tamat. Habi terpijak lalu pecah kebabommm. Spek aku tu rimless. So memang fragile ya amat la kan? So sejak tue lagilah lansung aku tak pakai spek sehinggalah sekarang. Bonus masuk Sa...

My Bonus & Increment News

Erppp...alhamdulillah. Kenyam makan free lepas staf meeting ^_^ So update tadi ada good news & bad news. Good news la bagi dulu ek? Hehehe. Bonus ADA. Itu paling penting sekali kena highlite yerp =P At least 2 months lah. Dah cukop baek dah tu bagi aku. Kalo ada lebih-lebih tu, memang betol-betol bonus la. Sebab ape aku tulis gitu? Sebabnya COO highlite la dept. aku tak achieve target last year. Memang dah sedia maklom pong. Nie dah masok bad news la senang cakap yer. Sedih taw bila dia ckp dept.aku aje yang tak achieve target. Yang lain semuanya achieve eventhough slightly aje. Memang down gila masa dengar COO cakap macam tu tadi. Terus rasa nak sorok muka bawah meja T_T Susah la sebab dept.aku punya performance bergantung pada global market. Kalo ada economic downturn or crisis, memang akan effect sangat kat kitorang. So itulah yang terjadi for last year. And it might be happening again for this year. Memang rough time la senang cakap utk dept.aku skrg neh. Hurmm... Dept. lai...

Aku Menang Cabutan Bertuah!

Hari nie berjaya pakai kurung Pahang zaman tak overweight. Sedih sebenarnya sebab dari banyak-banyak kurung Pahang yang ditempah jahit zaman berat normal dulu, cuma ada 2 aje kurungnya yang agak besar sikit & masih boleh dipakai. Itu pon ngam-ngam sui aje. Banyak makan sikit, memang tak dapek la nak muat kainnya tuh.Sangkut tang pungkoq satu hal. Kadang zip pon tak boleh nak naik atas. HAHAHA.  Memang tak menahan betol la. Kalo jadi gitu, memang moody ajelah sepanjang hari mengenang nasib badan yang semakin mengembang. Tapi as usual, kejap ajelah rasa insap tu. Nampak makanan sedap depan mata, tak toleh kiri kanan dah. Ngappp jugak! HEHEHE So rasanya in inches memang ada pengurangan lah. Cuma nak timbang berat badan tu masih trauma. Penimbang selalu aje tak menyebelahi aku. Musuh ketat No.1 itu barang =P Lupa nak cerita tentang aku menang cabutan bertuah pasal beli 1 produk kesihatan Softfea kat FB. Aku dapat tempat kedua & hadiahnya ialah California Beauty Slim & Fi...

Bantal & Penambah Tenaga

Lupe nak cerita yang aku beli bantal sebijik kat Ikea ritu. Memang dah lama aku aim nak beli bantal sebenarnya. Sejak bantal mahal yang beli pas kawen dulu kempis cam boya bocor aje lagaknye. Mahal tapi tak kualiti. Menyampah je rase =__= Tengkok aku selalu sangat sakit bahana tido atas bantal yang tak best. Pernah nak beli bantal kekabu. Tapi jumpe yang kelebarannya tak berapa memuaskan hati. Pastu mahal tak hagak-hagak. Orang Indonesia je pon yang jual tepi jalan. Tapi mintak kurang kalo beli 2 biji pon tak bagi. Ahh..kerek-kerek gitu malas aku nak layan. Sanggup tanggung sakit tengkok pasal dah rasa menyampah. Haha. So bile lalu kat bahagian bantal-bantal yang berbagai jenis kat Ikea sane, teros la pilih-pilih mana gaknye yg rasa sesuai dengan masalah yg aku hadapi. Bagus la kat Ikea nun dia siap ada tulis bantal jenis ni utk orang yang tido gaya mana semua. Yang tido terlentang, yang tido meniarap atau yang tido mengiring. Since aku jenis yang tido mengiring, so belilah 1 bantal y...

Belanjakan Wang Sebaiknya Kalo Bukan Orang Kaya

Beriya benau habi tak bagi aku & Naurah ikot dia ke Korea. So aku pon kata " entah-entah ada plan baek punyer kat sane neh...." Bengkek je habi dengar aku kata gitu. Hahahaha =P Habi pergi kesana berdua aje dengan sparring partner dia. Seperti yang aku jangkakan, habi kata duit tu boleh belanja kot lain lah. Kitorang nie bukannya berduit sangat. Kalo memang takde masalah kewangan lansung tak apelah. Ini kadang tengah bulan sengkek jugak bila over budget or ada miscellaneous expenses yang tak dijangka. So, dah gitu kenalah sedar diri sikit yer. Gunakan wang yang ada tu sebaiknya. Jangan suka suki jer nak dibuat perabis utk benda-benda yang kurang penting. Contohnya niat murni aku nak ke Korea neh. Ekekeke =P Kak Ya pon tak reply lagi emel aku. Nyampah gaknye dia bace. Malas nak layan. Wahahaha. Kak Lin aku pon sms aku dia tak reply. Bajet nak pegi rumah dia Sabtu neh. Tak jadi la gitu. Nak call macam malas la pulak. Huhu. Nampak sangat tak bersungguh ye dop? Sebenarnya ...

Produk Pembantu Diet & Study Table For Naurah

Image
Sampai hati kawan-kawan blogger tegar cakap aku syok sendiri cakap asam pedas abg long tu sedap. Lidah orang johor seperti aku janganlah korang pertikaikan. Lebih-lebih lagi bab asam pedas. Asam pedas abg long masak tak lari jaoh dari yang aku selalu masak. Haruslah sedap kan? Hahahahah =P Nak tersedak laki aku masa aku ckp mlm td sedap mcm yg aku masak. Nyampah! Tapi kalo makan asam pedas aku, laju aje makan. Kadang mintak tambah. Tu pon taknak ngaku lagi bini dia masak sedap. Cer tengok perot abang tu. Ape yg lemak-lemak lebih tu kalo bukan hasil dari masakan orang? Ja'at taw taknak ngaku bini masak sedap. Kuciwa I...OK. Over. Hehe. Aku sbnrnya dah rasa hepi sket pasal rasa inches lemak tu dah start rasa berkurangan. Skirt opis nie pon dah tak rasa ketat mana. Ngam ngam sui gitu. Dari segi kg aku malas nk timbang pasal malas nk kuciwa. Takpelah syok sndiri pon kata berat ade turun. Yang penting hati happy & diet boleh diteruskan dengan lebih lama lagi. Sebenarnya tak sabo ju...

Asam Pedas Muar Abg Long & Niat Utk Memberi

Image
Malam tadi kan...pas g Zemart beli barang dapur, kebetulan nampak kedai makan Asam Pedas Muar Abg Long bukak. Dah lama sebenarnya aku usha kedai makan tue. Tapi bila nak pergi aje, usually tutup. Sampai satu masa tu aku ingat kedai tu dah tutup teros. Tak sempat nak merasa masakan kat sana. Hukhuk. So semalam on the way pergi ke Zemart habi perasan kedai tu bukak. Memang berharap sangat on the way kami balik nanti kedai masih bukak. After solat Maghrib kat Mydin, terus menuju ke kedai yang dimaksudkan. Alhamdulillah, rezeki kami bertiga ada =) Masa kami datang tue cuma ada sorang pelanggan lelaki. Kami nampak ada jual nasi ayam juga. Settled dinner for Naurah sekali. Tak payah runsing nak order apa dah utk si kudik tue. Abg Long owner kedai adalah mesra pelanggan. Pelayan kat sana which are budak-budak lelaki muda pon tetibe nampak cam hemsem semuanya. Hahaha. Ayat tak boleh blah. Senyum mesra pulak tu masa nampak kami datang. I like. Hehehe =P Apasal ayat macam menggatal sangat mak k...

Kempunan Ketam

Hampa. Kuciwa. Itulah yang aku rasakan petang semalam masa pergi pasar kat Taman Seroja. Ketam takde jual lansong okeh! Habi kata bukan musim kot. Alah...aku memang selalu macam tu. Kalo teringin sangat nak makan benda, nak cari benda, dah berkenan dgn benda, manjang tak ada. Kalo taknak tu melambak pulak ada merata. Sama la kalo dah berkenan dgn kasut. Manjang takde color & saiz yang berhajat dihati. Sedih taw! T_T End up pergi pasar beli buah mangga & nasi ayam utk Naurah. Sampai rumah masak ikan tongkol kari. Letak bendi, kentang & tomato. Tak payah masak sayur dah. Ini lauk orang malas masak namanya. Nasib habi tak banyak komplen. Telan aje apa depan mata. Thanks habi for not being cerewet sangat ^_^ Naurah pulak selera benar makan nasi ayam dia tuh. Senang hati omak tengok nak oii....(as usual ayam taknak makan & jd habuan ayah jelah) Malam nie misi mencari ketam kat pasaraya Zemart pulak. Kalo takde jugak, ada kemungkinan seorang perempuan akan meroyan. Hahaha. ...

Kronologi Pemakaian Shawl

Image
Aku tawu muka aku tak semenggah. Korang tahankan jelah yer. Hahaha.... Nak cerita sikit pasal knonologi aku mula memakai shawl neh. Aku beli shawl cokelat tu kat Alamanda dengan harga RM15. Dekat booth tengah-tengah laluan tu jer. Dengan harapan beli shawl bidang besar gitu, tak payahlah nak kumpul duit beriya utk beli bawal bidang besar yang agak mahal. Mahal dalam RM35-RM50 gitu lah selai. Belom kira kalo sulam tangan lagi bunga-bunganya tuh. Siryes pd aku utk sehelai tudung, ianya agak mahal. Orang lain tak tawulah. Balik keje, beriya aku nak try pakai taw! Siap suruh adik aku si Anje tolong pakaikan lagi. Tapi memang aku kecewa sangat sbb tgk muka tak semenggah aje memakainya. Dah try pakai serkup pon tetap tak lawo. Malam tu habi pegi tengok bola sepak kat stadium. So tak dapat nak mintak pendapat dia. Esok harinya balik keje, aku beriya lagi la cuba memakai utk minta pendapat habi. Aku dah teka. Habi lambat sangat bagi respon. Dok tenung dulu muka bini dia macam cari idea n...