My New Routine


Malam semalam, semalaman habi tak dpt tido sbb asek rasa miang 1 badan. Dia kata mmg x boleh nk tido. Kejap2 je rasa miang. Siangnya pon mcm tue jugak. Dpt tido 10 minit, pastu terjaga balik. Kesian kt dia. So lepas Maghrib semalam, pegilah ke farmasi carik ubat tido. Sekali diorang mane bagi ubat tido da. Lps aku citer yg habi kene chicken pox & x blh tido, pharmacist terus suggest ubat selesema merangkap ubat tahan gatal merangkap ubat yg mengantok bila dimakan. So habi sbb tak tahan sgt, dia makan teros 2 biji. Tak lama lepas telan, baru dia dpt tido. Sungguh2 tidonya sampai berdengkur. Kekeke. Letih badan tak sihat. Mata pon dah ngantok sgt cuma xleh nk tido. Anyway CP habi nampak lg byk yg keluar. Boleh kata penuh 1 badan. Perghh. Seksa nengoknya. Yg merasa lagilah kan. Huk huk.

Naurah skrg dh taknak tido berbuai dgn tangan Ibu. Aku pon sbnrnya da tak berapa larat nk membuai dia dgn tangan. Maklumlah dah 7kg+ si kecit tue. Lenguh tangan mak membuai nak! Syukur Naurah pon sdh 2 mlm berubah tabiat nak tidonya. Bila aku tgk dia asek merengek bila aku buai tangan, aku try letak bawah & cuba kaedah menidurkan baby yg di praktik kt nursery Naurah. Letak atas bantal, sengetkan badan, masokkan bantal spy diorang peluk & tepuk lengan+punggung. Oohh..rupanya Naurah dah biasa ditidurkan dgn cara tue. So since dia pon rasa dia dah besar, malu dah nk berbuai tgn dgn Ibu lagi gaknye. Hahah. So mcm tuelah aku tidokan Naurah sudah 2 mlm berturut2. Kaedah nie mudah. Cuma amek masa sikitlah sbb asek nk tegolek sana sini carik posisi yg paling selesa utk dia kot. Belasah jelah Naurah. Yg penting tangan Ibu sdh tidak lenguh2 lagi =D yipppeee!!!

And since habi tak sihat. Dah 2 mlm dia tak tido sebilik dgn Ibu & Naurah. Sbbnya kt bilik pasang aircond. Habi tak tahan sejuk. So dia prefer tido kat ruang tamu dgn kipas siling jelah. Plus takut berjangkit apa2 penyakit baru pd Naurah. So aku pon redhokan jelah habi tido tempat lain eventho aku sbnrnya sgt tak suka nak tido jauh2 dgn habi nih. Tak tau lah nape. Aku klu boleh nk habi sntiasa ada je depan mata aku. Klu lama x nampak dia kt rmh, msti aku da panggil2 dia. Heheh. So inikan pulak x tido sebilik. Klu x sekatil tu tahan lagi. At least aku jenguk kt bwh, nmpk dia ada, hati dah lega. So skrg nie sekali sekala aku jenguk kt bwh tgk ada lagi tak habi. Heheh. Ntah pape perangai aku nie kan? Kui kui. Takot sgt suami hilang. Asek nk berkepit aje. Tak cukup2 dgn keje 1 opis ek? Hahah. Ntah la. Rasanya sbb aku sayang dia aku jd mcm nie. Tak salah pon sayang suami sndiri kan? Heeee...=D

Ape yg aku nk sampaikan sbnrnya, sbb kesiankan habi yg tak sihat, byk keje2 yg berkaitan dgn anak & rumah semuanya aku amek alih. Termasoklah basuh baju, sidai baju, gosok baju keje etc. Kemas beg Naurah, sediakan peralatan makan minum Naurah, hantar Naurah. Semuanya lah aku buat sendiri2. Merasa aku jadi mcm Fashya sekejap. Huhuh. Sebenarnya boleh jer buat. Cuma itulah, terkocoh-kocoh sket sbb sorang2. Mana nak jaga Naurah. Nak buat keje lagi. Haih...mmg memerlukan tenaga yg lebih la senang ckp. At least merasalah aku jd busy woman buat bbrp waktu nie. Bagi peluang kt habi berehat. Bg aku keje lebih pulak. Hihi. Takpelah. At least ada rutin baru utk aku. Yg tak tahan sket rumah tue agak bersepah sbb tak sempat nk kemas2 sgt. Bz dgn benda2 lain. So tahankan jelah mata tgk rumah x berkemas. Tak best betol tgk. Maybe hari nie boleh gandakan usaha utk kemas rumah sekali. Gambate!!

Mlm td lepas Naurah tido, masak bubur baru utk Naurah. Kali nie aku letak labu, carrot, broccoli, isi ikan tenggiri & cauliflower. Tak lupa pati ikan bilis No MSG sbg bahan perasa tambahan. Patutlah habis semangkuk bekal kt nursery. Bubur sedap kalahkan bubur McD =B

Popular Posts