Heart Ache

Tak tahu kenapa aku rasa sakit hati & sedih sgt sgt bile timing aircond kat Surau di ubah lagi. Before this from 12 to 6. Now dia singkatkan lagi from 1 to 6 pulak. Dulu sblm dia ada, bila-bila masa boleh on aircond. Tak pernah jd issue lansong!

Dah 3 hari berturut-turut aku solat zohor dalam kepanasan. Sbbnya maintenance people yg setkan time baru salah set timing agaknya. Pukul 1.45 baru boleh switch on aircond. Sedangkan masok waktu solat pukul 1.24. Dah buat complaint semalam, still hari nie belum di betulkan.

Solat mmg tak khusyuk sgt sgt. Hati tu macam sebal aje. Berat dada nie rasa. Rasa diri spt di aniaya orang. Sudahlah pagi2 buat solat sunat mmg dah takde aircond. Pastu solat wajib pon mcm tu jugak. Pagi2 boleh tahan lagilah sbb matahari tak terik sgt. Tp klu dah tengahari tu sendiri mau paham la kan. Berkepam udara dlm Surau tuh.

Aku sedih sbb nak kurangkan kos 'kunun-kununnya' lah kan. Tempat kita beribadat pon nak berkira. Kalau org yg bertggjwb menimbulkan masalah ni org kafir, aku boleh tahan lagi. Ini org Islam, perempuan & bertudung. Sanggup dia  buat mcm nie???

Org lain maybe tak terasa sgt dgn kes ni. Tp aku sgt sgt terasa hati sbb sebolehnya bila masok waktu solat je, aku mmg terus ke Surau. Sblm nie dia buat macam2 benda yg menindas staf2. Aku xde nk komen byk sbb fikir itu pasal kerja jer. Tp bila dia buat kacau jugak kat tempat beribadat, aku lansong tak boleh terima!!

Org nak beribadat pon dia nak kacau. Asek pentingkan diri sendiri jer. Fikirlah sikit org lain yg nk buat solat sunat. Yang kalau ade sakit pening nak berehat sekejap kat surau. Org luar yg kdg2 singgah utk melepaskan penat & tumpang solat. Ibu2 yg nak mengepam susu 2-3 kali sehari. Takkan itu pon x boleh nk fikir hahh?

Berapa sen sgt yg company boleh save cost dgn memendekkan waktu aircond boleh di pasang kat Surau nih?? Nak jd kesayangan bos kafir sanggup ko tindas org2 yg seagama dgn ko?? Murah sungguh harga agama Islam pd diri dia.

Ya Allah, moga dia mendapat balasan yg setimpal samada di dunia atau di akhirat kelak. Moga doa org yg rasa dirinya teraniaya ini di makbulkan. Amin ya rabbal alamin.

Popular Posts