Luahan Hati

 Tajuk entry asek ada word 'hati' jer lately. Ade apa2 kahhh?? Huhuh....

Setiap kali appraisal with my bos, dia mesti akan cakap benda yg lebih kurang sama. Dan tiap kali tu jugak aku hanya akan mengangguk & tersenyum. Mengiyakan saje semua pendapat dia. Tapi bila aku ada masa terluang, fikir-fikir balik apa dia cakap, rasanya ada jugak tak betulnya.

Meh sini aku bagi contoh eh. Bos selalu cakap keje dekat kompeni nie beruntung. Banyak benefit yg best2 kalau nk dibandingkan dgn kompeni lain. Nak cuti senang. Nak medical leave senang. Kerja pon takdelah heavy sgt. So semua orang patut bersyukur sgt sgt dpt keje kt sini. Point dia, syukur jelah dgn apa yg ada skrg. Tak payahla nk pursue sungguh mintak promotion or komplen sana sini mintak macam-macam. Bersyukur ok! Bersyukur saja!!

Ok. Memang aku akui semua kebenaran ttg kata2 dia tue. Tp ianya cukup sesuai utk apply pd diri dia saje. Or senang kata pd mereka2 yg berpangkat tinggi. Dia tu dah tentu2 HOD. Dpt benefit as an AGM. Installment kereta kompeni tanggung, mileage/petrol kompeni tanggung, pegi cuti oversea kompeni bayo dan bermacam2 lagila benefit yg giler punye best. Senang kata gaji belas riban yg dia dpt semua boleh buat shopping jer. 

Then aku nie pulak mcm mane? Kereta bulan2 kene bayo sendiri, minyak g keje pon sendiri, nk g cuti kene keluar saving. Senang kata gaji riban aku tu semua habis buat bayo hutang sajo. Natijahnya, bolehkah dia menyamakan situasi aku dgn situasi dia? Adil ker mcm tu??

Ok aku tambah lagi 1. Bos takde anak. Gaji dia beso. Suami dia gaji beso jugak. Aku gaji kecik. Suami gaji lebih kurang aku. Anak aku sorang. Kene bayo nursery, beli pampers, beli susu. Bertambah lagi belanja aku. So sekali lagi aku nak tanya. Patut ker dia mengeluarkan ayat psl bersyukur tu pd aku?

Bukan aku tak bersyukur dgn apa yg ada skrg. Sgt bersyukur ok. Cuma kita sbg pekerja juga ada hak utk meminta apa yg boleh menjadi hak kita. Klu pekerja takde, kompeni boleh berjaya ker? Kite bagi perkhidmatan pd kompeni, kompeni jg perlu bg sst pd kita. Kira kompeni & pekerja saling memerlukan atr 1 sama lain.

Setelah bertahun-tahun bekerja, salahkah kita meminta tambahan increment or kenaikan pangkat? Adakah dgn meminta 2 benda itu boleh menggambarkan yg kita tak bersyukur dgn apa yg kita ada skrg?

Sorry to say lah bos. This time, I don't agree with you. Malangnya pendapat aku nie dpt luah dlm blog aje. But anyway, klu aku dpt sampaikan pd dia pon, dia selalunya ade je jawapan poyo dia. So samada dia tahu ke tak tahu ker, senang kata takde apa2 makna.

5 years working here, dept. aku cuma bos sorang je yg pernah dpt kenaikan pangkat sebanyak 2 kali. Staf bawah dia takde sorang pon yg pernah dpt promotion. Dept. lain msti ada at least sorang dpt promotion. Dept. aku haram sorang pon tak dapat. So, korang pon boleh pk sendiri. Tak perlu aku simpulkan apa2 di sini. Sekian, luahan hati seorang pekerja tahun 2011 -___-

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat