Aku Jeles T_T


Huwaaaa!!!!
Aku memang rasa nak menangis semalam dlm kereta on the way balik ke rumah from office. Aku nampak paper bag tulis NOKIA kat seat belakang kereta. Eventho the day before habi dah ckp dia beli henpon murah jenama Nokia utk menggantikan henpon Sony Ericsson yg dah tercabut penutup belakang baterinya bahana asek di campak oleh Naurah, aku tak bajet henpon baru dibeli secepat itu.

Dengar dia ckp dlm paper bag tu ada henpon baru dia, aku tanpa berlengah teros la mencapai bag. Gaya macam henpon aku la kan. Hahaha. Bukak2 je terus aku jatuh cinta. Dah ler original set beli kat kedai Nokia sndiri. Murah & cantik pulak tue. Function dia pon not bad. Habi cuma keluarkan RM350 saje ok! Diulangi RM350 sahaja. Sbbnya tambahan RM50 lagi sparring partner dia tambah. Kata habi diorang kan da mcm adik beradik. Cehhh. Menyampah pulak aku dengar =.= Menyampah ker jeles ntah. T_T

Habi punye adalah yg wane cokelat tue yer. Wane coklat mmg wane feberet aku dr dulu, kini & selamanya ok! So bertambah jeles lah aku dibuatnya. Tp aku dah aim nak beli yg wane pink tu. Muahaha. Habi dengar teros gelakkan aku ko! Cisss cisss. Ape tak boleh ker? After beli selipar flipper yg hampir sama spt pasangan kekasih sdg hangat bercinta weekend lepas, aku berangan nk pakai henpon yg sama pulak. Tanda cinta suci suami isteri. Tak boleh ker? Keh keh kehh =B 

Teruslah aku pon kutuk2 henpon aku skrg da sllu bengong. Keypad dah tak best tekan sbb Naurah asek baling kt lantai. Kdg2 hang tiba2 tanpa diketahui apa sbbnya. Mcm2 lagilah aku komplen. Habi dok senyum2 sinis je bila aku komplen mcm2. Dia kata dan2 terus komplen. Sblm nie takde ckp pulak. Hahahah. Dia pon tau taktik hampeh aku. Tak menjadi lansong. Miahaha =b

But for the time being, aku hold dulu hasrat murni aku nie. Sbbnya aku teringat pulak Kak Ya ckp dia nak beli henpon baru Samsung Galaxy. So henpon touch screen Samsung dia skrg tue maybe dia nak let go. Manelah tau aku bertuah dia nak bagi free je henpon dia skrg nie. Tak ker best tu? Henpon dia skrg nie aku xtau nama dia ape. Tp wane dia pink & touch screen. Cantet gak. Hehe. So aku nk tnya Kak Ya dulu mcm mane. Klu kompem dia xnk bagi aku, baru aku g jual henpon poyo aku skrg & beli C3 cam habi jugak. Barulah jadi suami isteri sehati sejiwa. Kann? kannn?? =D

Sekali pandang C3 nie mm BB pon ade kan? Hihi. Pd org lain maybe poyo je aku kepochi lebih beli henpon murah camnie kan. Org lain beli henpon makan ribu2 relax jer. Siap iPhone seme bagai. Huhu. Tp bg aku suami isteri yg tak berapa 'into' sgt dgn gadjet2 terkini spt henpon nie, bila tukar henpon eventho murah, kira dah hebat sgt dah tue. Sbbnya yg penting bg kami cuma boleh buat call, sms & ada camera utk capture gambar anak. Lain2 tu takdelah berguna sgt. Tp for C3 nie kira ada bonus function jugaklah sbb dia boleh Wifi. Skrg kan byk tempat ada wifi. So klu nak check apa2 yg urgent, xyah kendong laptop yg bulky tue. Bwk henpon je blh access internet. Further more kami mmg tak melanggan sebarang broadband di rumah. So dgn adanya henpon murah C3 nie, dah cukup cukup cukuppp bermakna buat kami =D 

Toodles =)

p/s: mlm td berjaya edit gambo Naurah buat wallpaper kt henpon habi. nice =b

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat