Pendidikan Al Quran

Ada perkara yang membuatkan aku agak gembira hari nie. Eventho masa hantar Naurah kt nursery td dia melalak as usual sbb weekend dah melekat dgn aku & habi, sesampai saja di opis, bukak emel, ada sst yg Allah sudah takdirkan pd aku. Dia Maha mengetahui kerunsingan para hamba-Nya. Alhamdulillah.

Entah kenapa emel dari Puan Lina Karim yg selalunya tanpa masalah akan masuk ke inbox telah sampai ke spam section. Selalunya aku akan teros delete semua emel spam yg sudah di mark awal2 tanpa melihatnya. Tapi hari nie tergerak hari nak tengok sepintas lalu & alhamdulillah rupa2nya 1 emel Puan Lina masok ke situ. If aku terus delete, terlepas sudah 1 info yang penting & aku tunggu2 dr Puan Lina. Aku tak sabar nak belikan pakej belajar Al-Quran utk Naurah. Eventho 1 set harganya mencapai ratusan RM. Aku rasa ianya sgt berbaloi. Satu pelaburan utk dunia & akhirat.

If sebelum nie aku sanggup berhabis duit utk set English Noddy, utk set belajar Al-Quran nie kalaupon harganya mencecah ribuan, Insyallah aku masih sanggup & usahakan utk beli. Mmg aku rasa bersalah juga sebab dahulukan pendidikan yg tentunya hanya keduniaan utk Naurah. Sedangkan aku tahu utk Naurah berjaya di dunia & akhirat, pendidikan Al Quran tentunya lebih tepat utk diperkenalkan kepadanya dulu.

Malangnya aku bermasalah utk mencari pakej yg lengkap utk belajar Al Quran bg budak2 spt Naurah. Sudah lama aku ikut blog Puan Lina yg berkongsi menceritakan kejayaannya mendidik Darwisy & Darwisya dgn ilmu Al Quran. Mmg dia menjadi Ibu role model bg aku. Dan dari situ jugalah aku percaya kaedah pendedahan anak2 dari bayi lagi dgn menggunakan VCD memang kaedah yg akan berjaya. Hasilnya sudah dpt aku lihat pd Naurah. Tp malangnya bkn dgn VCD Al Quran. Sedih.

Yang sudah tu sudahlah. Ingat2 benda lama bukan boleh patah balik masa pon kann? So aku harap masih belum terlewat utk aku pupuk pula minat Naurah pd Al Quran selepas ini. Dlm hati aku mmg dah tak sabar2 nak beli. Tp since skrg pon tengah bulan, so paham paham la kan. Hehehe. Insyallah akhir bulan nie aku akn beli & perkenalkan pd Naurah secepat yg mungkin. Apa2 pun dugaan pertama sudah pun sampai. Sparring partner ckp beli yg penting dulu bkn scr pakej. Benda yg baik mmg byk rintangannya. Aku akur -__-

Walau macam mana pun, hidup berumahtangga nie perlu bertolak ansur. Kalau hati sparring partner tidak ikhlas, tak guna juga. Eventho hati aku agak terkilan jugak sbnrnya, tp aku think +ve jelah. Nak sponsor sorang2, rasa mcm tak mampu, ada byk benda lain yg nak juga di beri perhatian. Sepakat membawa berkat. Insyallah. At least proposal tidak ditolak sepenuhnya. Betol tak? 

Bab2 anak nie aku suka buat sama-sama dgn sparring partner. Eventho boleh buat sorang2 sebenarnya, aku lebih suka libatkan sparring partner bersama. Nama pon hidup berumah tangga. Tanpa persetujuan dr dia, pd aku tak berkat juga buat apa pon. Jadi isteri nie kena selalu berhati besar. I think para isteri faham what I meant =) Syurga para isteri.....

Aku noticed Naurah sudah semakin bijak akhir2 ini. Sudah banyak words yang dia pandai sebut dgn agak jelas. Sudah faham banyak apa yg kami ckp padanya. Sudah makin pandai menunjukkan perasaannya dgn pelbagai kelakuan. 

If dia tak suka, dia akan marah 'hehhh!'. If org usik lagi, dia akan silangkan tangan di dada & palingkan mukanya. And if masih berterusan di usik, siap sedia utk di lepuk di muka. Mmg sweet melihatnya tp tang lepuk muka org tu aku memang akan keraskan suara pd dia spy jgn dibuat. Tak baik ok! Marah mcm mane pon pukul org tu tidak betul. Itu sgtlah tidak sweet pd mata aku.

Bab marah2 nie mmg tugas aku. Dan Naurah mmg take serious bila aku yg marah eventho belum tentu dia akan berhenti membuat apa yg aku marahkan. At least dia faham aku marah & saje test kesabaran aku dgn membuatnya juga. Aku tahu dia suka test aku sbb dia buat jugak & pandang muka aku.  Saje kann? Ciss ciss. Last sekali aku ugut dia utk gigit jari telunjuknya.  Yg selalunya dia akan hulur jari telunjuknya & aku gigit dgn agak2 menyakitkan bg dia. Bbrp kali buat begitu & akhirnya she will surrender. Haha. Sakit kan? Ibu marah bukan main-main ok! Sape buat salah, Ibu akan hukum!

Bila aku tengok Naurah makin bijak, timbul juga rasa takut. Aku takut aku tak didik dia dgn  cukup baik. Sbb skrg sudah boleh nampak personaliti pd diri dia. Semua kelakuan Naurah skrg pastinya hasil didikan aku sejak setahun yg lepas juga. Eentho aku sedia maklum peribadi Naurah itu mmg Allah sudah tetapkan sejak azali, didikan dr aku & habi menjadi sebahagian besar dirinya juga.

Entah betul atau tak approach yg kami gunakan pd Naurah. Anak pertama nie senang kata dijadikan bahan uji kaji jg pd ibu bapa. Kami belajar menjadi ibu bapa dgn Naurah. If Naurah jd budak yg baik & disenangi ramai, Insyallah kaedah kami betul. But if not, ianya satu pengajaran bg kami. So utk anak-anak yg seterusnya (Insyallah) kami cuba cara yg lain pula. Kaedah yg lebih baik. Hopefully.

Apa2 pon ada 1 perkara yg aku akui. Anak-anak kita selalunya lebih kurang sama peribadinya dgn ibu bapanya. Mcm mana anda & suami, sllunya mcm itulah juga anak2 kita nanti. So if anda rasakan anda seorang yang baik, Insyallah anak2 anda jg akn jd org yg baik spt anda jg. Samada anak akan ikut personaliti ayah atau ibu. Ada personaliti dia akan ikot ayah & ada juga ikut ibu. Dan juga personaliti dirinya sendiri yg Allah sudah tentukan. Campuran sane sikit sini sikit. Aku rasa 2 ini yg paling utama. Dr Allah & Ibu bapa. Yg lain2 dr persekitarannya. Cthnya kat nursery & org2 yg selalu dia jumpa mcm Wan & Atoknya.

Cth mcm my habi adlh seorang yg sgt rajin mengemas rumah. Aku pulak kurang rajin. Hehehe. Naurah maybe akan ikot kelakuan habi or aku. Naseb la kan. Part nie aku hrp dia ikot habi eventho skrg dia sgt suka menyepahkan rumah. Dan aku berharap hobi aku yg menjurus kpd mencari & mengamalkan pengetahuan Islamik diikuti Naurah. Suka membaca buku tu sudah nampak. Tp kalau baca buku yg tak memberi manfaat tak guna jugak kan? Huhu. Kalau lah boleh pilih yg baik saja utk Naurah ikot, alangkah bestnya kan? =B In my dreams lah. Hahaha...

So konsepnya pd aku mcm nie. If kita nak anak kita jd solehah, mulakan dgn diri kita sendiri. Semua org boleh berubah dgn tekad & izin Allah. Lakukan perkara2 yg anda mahu anak2 anda juga lakukan. Sbb tu aku cuba kurangkan perkara2 negatif dlm diri aku scr beransur-ansur. Cthnya kurang rajin mengemas kpd rajin sikit lah. Cuba ambil alih bbrp kerja rumah yg selalunya habi lakukan dgn rela hati. Cthnya pack baju2 Naurah & botol susunya di waktu malam. B4 this habi buat awal2 pagi. Hasilnya jimat masa & tidak lewat ke opis. Hasilnya juga tentulah +ve kan? I like =)

Aku tak sangka bila dah ada anak, banyak benda2 +ve yg aku berjaya & boleh lakukan. Maybe sbb ada alasan yg baik & cukup kukuh utk berubah. Krn anak & juga utk kerukunan rumahtangga. So aku lebih bersungguh-sungguh utk membuat pembaharuan yg +ve utk diri sendiri. Selalu aku dengar org ckp sesuatu tabiat yg sudah dilakukan sekian lamanya susah utk di ubah. Mmg susah but it can be change ok! Tidak mustahil. Syaratnya dgn rela hati & tekad yg kuat. Dan paling penting sekali doa pd Allah. Tanpa izin-Nya tiada apa pun yg kita lakukan akan berjaya. Itu sudah pasti =)

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat