Posts

Showing posts with the label islam

Palestine, Solat Jemaah & Kiamat

As usual bila Naurah duduk dalam kereta, dia akan request lagu-lagu dari Maher Zain. Pandai dah budak tu sebut nama penyanyi kegemaran dia tuh. "Mahe Jen" katanya. Wahahaha. Gasak! So sambil aku pon menghayati lirik lagu & melodi yang indah tu, hati aku tersentuh dengan lirik lagu Palestine Will Be Free. Memang sedih kan sampai sekarang saudara-saudara seIslam kita kat sana menderita di bawah cengkaman Yahudi laknatullah tuh. Jangan tak tawu kalo korang ada baca terjemahan al Quran, begitu banyak sekali ayat-ayat dari Allah yang mengingatkan kita tentang kekufuran orang Yahudi neh. In fact turut di nyatakan kaum yang masih boleh berkasih sayang dengan kita adalah kaum Nasrani. Senang kata org Kristian lah. Zaman dulu pendeta Nasrani ramai juga yang beriman dengan Allah. Di panggil mereka ini ahli kitab. Zaman dulu orang Islam boleh aje kahwin dengan ahli kitab. Tapi zaman sekarang dah tak boleh sebab semakin lama semakin terpesong agama Kristian neh. Tak sama macam ahli ...

Ilmu Tanpa Pengiktirafan

Image
Na, itulah bendanya yg di dalam bekal. Jemput-jemput udang. Bkn aku buat tp bini sparring partner laki aku. Kami anak-beranak tumpang makan aje =P Berkobar-kobar semangat aku semalam ajak habi pergi ke Giant. Niat di hati mahu beli buku himpunan solat-solat sunat. Sebelum nie manjang beli buku utk menakutkan & memotivasikan diri. Sekarang bila dah bermotivasi, kenalah beli buku panduan utk merealisasikan hajat di hati pulak. Sampai Giant, nampak kedai buku Popular kat tingkat atas sana. Ok. Kita singgah sana dulu tengok ada tak buku yang dicari. Naurah kan, masok kedai buku dia punya happy macam jumpa playground jugak. Aku tinggalkan Naurah dengan habi sebab nak cari buku aku tuh. Manjang dengar suara budak tu pot pet dok tanya ayahnya ' ini apa...ini apa???'. Pastu dengar pulak dia jwb sendiri ' ini elephant....ini lion....'. Hahahaha. Kelakar. Section agama memang ada. Tapi buku-bukunya kurang menyelerakan bagi aku. Takde pon yang menepati piawaian diri. Tapi...

Mungkin Sudah Tiba Masanya Lagi...

Malam tadi aku tidur di atas katil bersama habi & Naurah. Aku tidur tanpa menunaikan solat Isya' terlebih dahulu seperti kebiasaannya. Sudah beberapa kali aku berani berbuat begitu. Kerana aku yakin sebelum masuknya waktu solat Subuh, aku pasti akan terjaga dari tidur beberapa kali kerana resah masih belum menunaikan kewajipan yang satu itu. Ada 1 peringkat aku sudah mula tidak kisah sekiranya aku terus tidur & tidak solat. Ya. Aku pernah sampai ke tahap itu. Maafkan aku ya rabb. Tetapi selepas langkah pertama penghijrahan berpakaian ketika keluar dr rumah, hati terpanggil lagi utk berusaha memulakan langkah yang kedua. Insyallah. Solat Isya' malam tadi aku lakukan diwaktu jam menghampiri pukul 3 pagi. Selepas solat aku berteleku kaku. Teringat tentang suatu waktu dahulu aku juga pernah berteleku begitu. Merintih mengharap belas kasihan Pencipta. Bezanya pd waktu itu aku berteleku seusai dari melakukan solat sunat. Bukan solat yang wajib. Sunyi dan hening di sepertig...

Signifikan Berkuda, Berenang & Memanah

Image
Rasulullah SAW pernah bersabda tentang menyuruh anak-anak kita utk pandai berenang, berkuda & memanah. Mesti ramai yang berfikir apa signifikannya ketiga-tiga sukan tu pada zaman skrg nih kan? Semua tu cuma sekadar sukan. Bukan macam zaman dulu yang berperang menggunakan kuda & memanah musuh dengan busur. Apatah lagi dengan berenang? Siginifikan apa yang ada padanya? Baru-baru ini aku membaca buku bertajuk Tanda-Tanda Besar Hari Kiamat (TTBHK). Karangan seorang sheikh dari universiti di Saudi Arabia. Buku-bukunya bercorak ensiklopedia yang dibukukan mengikut tajuk yang besar. So ini adalah salah 1 dari 1 lagi bukunya yang ada dalam simpanan aku iaitu Huru Hara Hari Kiamat. Dalam buku TTBHK, baru aku ketahui signifikan Rasulullah menyuruh kita mempelajari ilu berenang, berkuda & memanah. Di ramalkan sebelum hari Kiamat benar-benar berlalu, mungkin bumi akan dilanda musibah yang besar. Sebesar mungkin berlakunya perlanggaran bumi dengan planet lain atau asteroid menghentam ...

Don't Judge Me Yet. Its Too Soon...

Dah kerja dah hari nie. Alangkah bestnya kalo cuti seminggu terus. Makin seronok aku menepek lemak kat badan kan? Haha =.= Kalo ade emoticon tu lepas ketawa, maknanya tawa dalam tangisan la yer. Hrp maklom. Takde apa yang menarik sangat nak di kongsikan hari nie. Cuti kat kampong selama 5 hari adalah heaven. Itu memang sudah pasti. Weekend nie turn balik ke rumah in law pulak. Weekend lagi satu, haihhh....nape nak mengeluh pulak? Bukan aku suke ke pegi jalan cuti-cuti Malaysia? Ye suke. Tapi ntah napa rasa macam penat. Ker skrg nie aje rasa macam tu? Dah nak pegi sok start selok balik dah kot ek? Hehe. Ok tetibe teringat tentang progress pemakaian jubah hitam keluar kemana-mana. Setakat nie dah berjaya pakai sebanyak 3 kali outing. Pertama g opis hari Jumaat last week. Kemudian Selasa lepas masa g bandar Kota. Then semalam masa balik ke Sepang. Perasaan aku? AWESOME ^_^ Siryes tak tipu. Camne eh nak cakap. Macam darjat kita sebagai seorang wanita tu naik 1 anak tangga lagi. Aku r...

Langkah Pertama (Hijrah)

Image
Alhamdulillah. Sememangnya pagi Jumaat yang barokah =) Semua urusan dipermudahkan Allah & I am all happy. Urusan kerja aje pon. Ekekeke =P Gaya macam ape kan? Haha Dari pukul 5 pagi, hujan all the way sampai sekarang di Cyberjaya. At certain place, nampak ada rumah yang sekelilingnya dinaiki air. Sedang berjaga-jaga memerhati pergerakan air samada akan sampai masuk ke rumah atau tidak. Juga memerhati keadaan cuaca yang tidak menentu. Sekejap hujan & not long after that, matahari bersinar juga. Semuanya aturan Allah jua. Berhijrah. Yer. Sebenarnya aku dalam proses penghijrahan. Berhijrah dari segi berpakaian. Setelah mendapat green light dari habi, aku nekad menggunakan sejumlah wang utk gaji pertama di tahun 2012 ini melabur membeli 2 helai jubah hitam. It just a simple plain jubah. Tak ada corak yang menarik mahupun batu bling-bling di sana sini. And I loved it to the max! Aku beli 2 pasang & it cost me for RM140 & Giant, Nilai. Bukan aku tak ada koleksi jubah sebel...

Pillow Talk Story

Image
Itulah bantal bushuk yang aku wariskan pd Naurah =P Sape perasan hari nie hari Jumaat pertama tahun ini?? Hek eleh....pagi-pagi lagi ramai yang dah noticed padahal. Kehkehkeh. Orang takde idea mmg gini lah permulaan ayat dalam n3 dia. Merapu meraban tak tentu hala. Tapi kalo ada yang tak noticed, baca n3 aku neh, kan dah dapat tawu tu kan? So, ape ada dgn Jumaat pertama pd tahun ini? Hentah! Bwahahaha. Tak membina minda lansong la korang yang baca n3 aku yang ini. Sila pasrah ajelah yerp sebab aku dalam mood malas buat keje tapi nak menaip ajo kojonya =B Meh aku nak citer tentang pillow talk aku dgn habi malam tadi. Dah lama tak buat xtvt mengikat kasih sayang nie sejak masing-masing manjang kepenatan cecah kepala kat bantal aje teros krohhh..krohhhss...tak sedo ape. Hehehe. Entahkan pillow talk yang bermanfaat entah mengumpat orang. Aku tak pasti la cerita nie masok dalam kategori mana. Korang judge la sendiri bila baca nanti & yang baik jadikan tauladan, yg buruk buang jaoh-j...

Marhaba & Prof. Muhd Kamil

Image
Alhamdulillah. Baru saja selesai santapan tengahari. Zorubian Chicken from Marhaba. RM10 only. Kepada penggemar makanan Arab, sila datang ke sana. Skrg Marhaba beroperasi di Cyberia Smart Homes. Dengar ceritanya lah. Sebab aku pon tak pernah pergi. Tadi kirim kat opismate aje yang offer mahu tapaukan. Hehe. Memang berbeza dgn harga di Saba' CBD Perdana yang jauh lebih mahal. Di Marhaba, hidangannya sedap & much more cheaper. Utk org yang bijak laksana, kompem la pilih Marhaba ye dak? ^_^ Selalu juga mendengar rungutan tentang kualiti makanan di Saba' yang tidak sehebat dulu. Tidak sesedap dulu. But still, aku dengar every luch hour penuh sesajo manusia kat sane. Tepuk dada tanya selera. Marhaba dalam proses nak berpindah ke salah 1 kedai di bawah management department aku di Street Mall, Cyberjaya. Mengambil alih lokasi kedai yang dahulunya di sewa D'Arif Cafe. Berharap sangat dengan kemasukan Marhaba nanti, Street Mall akan menjadi lokasi pilihan utk makan di Cy...

Thursday Blues

Thursday blues today for me. Menyampah menanti pukul 10am. Appraisal time. This year cincai mancai aje aku isi form tuh. Ada yang aku tak isi tempat kosong. Gasak lah. For 6 years aku keje kat sini, appraisal form nie macam takde bagi impak apa-apa pong pd increment or bonus. Orang yang dapat warning letter dalam apa-apa hal pong tetap dapat increment & bonus yang sama dgn orang yang clean macam aku neh. So, buat apa nak beriya sangat mintak itu mintak ini. Tulis aku buat itu, buat ini. At the end, habok pon tarak. Stress taw! Stressssss!!!!! Takdelah stress masa pong sebenarnya. Hehe. Saje over sket. Sebab aku nie suke mengingatkan diri. Bila rasa kitalah orang yang paling susah, paling miskin, paling takde duit, paling gaji kecik, tengok-tengoklah gardener yang tengah cabot rumpot kat luor tue. Cer aku compare diri aku dgn dia. Siapa lagi bertuah? Siapa lagi susah? So cepatlah timbul rasa insaf dalam diri. Nak compare dgn orang yang lebih senang, memanglah manjang stress. Yer do...

Hati Kosong Tiada Iman

Image
Hari nie besday Siti Z. So dia belanja nasi lemak, kuih donut & teh tarik. Aku makan nasi lemak & kuih donut sebiji. Pastu Kak B hulur jemput-jemput dia bwk dr rumah. So amek jugaklah sebijik. Thats my breakfast & lunch for today. Kecuali kalo ada orang nak belanja makan lagi lunch nanti =B Ker merangkap dinner sekali? Ohh..aku tidak se'desperate' itu utk menurunkan berat badan =P Hari nie pakai blouse oren, tudung cakor rimau & skirt panjang kelabu. Ramai yang tegur ckp aku nampak muda. Its a compliment but not the compliment that I want. Wuwuwu. Thanks anyway. Sebelum nie dress up macam makcik-makcik yerp? Usually on Friday aku pakai jubah. Tp jubah dah habis rotation. So kena pakai something different pulak. Nampak muda kalo aurat tak bape sempurna pon tak syok jugak. Pandangan Allah kpd kita yang lebih penting atau pandangan dr sesama manusia? Jawapannya ada pd diri kita =) Aku nak share yang semalam aku ada ber chit chat dgn seorang ppn melayu Singapura....

Bertudung Tetapi Hati Jahat?

Image
Ok. Hutang gambar dah langsai. Now masa utk menceceh yerp =P Ape nak di cecehkan pon tak tahulah. Ok idea dah datang. Tinggg cam mentol lampu tetibe bernyala. Hehe. Malam tadi lepas mandi sempat golek-golek kejap atas katil. Capai majalah Solusi & aku tertarik dgn tajuk artikel yang bertulis ' Perempuan Bertudung Tetapi Hati Jahat?'. Aku rasa korang pon pernah dengar ayat macam nie. Ppn bertudung tak semuanya baik. Tapi ramai ppn tak bertudung yang baik-baik. Which one is better? Bertudung tp akhlak tak bape molek or Tak bertudung tp akhlaknya baik. Bincangkan. Ecehh..macam soalan dalam exam pulak. Kertas 2 bahasa melayu =P Aku suka dengan kupasan si penulis artikel. Dalam artikel tu macam si penulis berbahas dgn seorang pemuda tentang issue di atas. Si pemuda menyokong ppn baik ttp tidak bertudung while si penulis mempertahankan ppn bertudung. Si penulis pandai menjawab sehingga akhirnya si pemuda beralah & akur dgn kelebihan ppn bertudung. I like. Hehe. Ppn baik t...

Sunnah Nabi #2 - Jihad Ibu Hamil

Image
Ok. Sekarang habi pon dah suka tengok klip sunnah Rasulullah SAW Mohamed Alsagoff from fattabiouni.com kat TV AlHijrah after azan Maghrib tuh. Byk ilmu dapat oh tengok slot tue. Semalam pon syok sebab menerangkan tentang sunnah Nabi SAW tentang ibu yang mengandung. Kisahnya macam nie yerp. Ada sorang perempuan yang merupakan pengasuh anak Rasulullah SAW iaitu Ibrahim (meninggal dunia semasa kecil) bertanya kepada Nabi tentang jihad bagi orang perempuan. Kalo lelaki dituntut berperang menegakkan agama Islam. Tapi perempuan? Apa jihadnya? So Nabi SAW pon jawab bahawa jihad bg orang perempuan ialah sewaktu dia hamil, sewaktu menyusukan anak & juga membesarkan anak. Ada orang kata 40 hari selepas ibu bersalin sekiranya meninggal dunia dikira sebagai mati syahid. Wallahualam. So aku ingat nak lebih bertabah sekiranya hamil utk kali keduanya nanti. Ingat yang diri tu sedang berjihad. Banyakkan bersabar dan sebagainya. Digalakkan juga wanita hamil memperbanyakkan zikir & selalu me...

Sunnah Nabi

Aku kan. Masa kat rumah selalu muncul idea nak tulis tentang apa dalam blog. Cam tetibe datang idea gitu kan? Tapi kalo dah kat opis. Rasa nak update blog. Idea terus yillek. Dok fikir nak bebel pasal ape ek? Geram betol dibuatnya. Grrrr =.= Lately aku suke bebenor tengok tv Al Hijrah channel 114 tuh. Selalunya lepas tgk sinetron Para Pencari Tuhan pukul 6ptg tuh, sambung jer terus tgk situ azan maghrib. Pas azan maghrib tu ada rancangan ape ntah. Sorang lelaki arab nie dia dok membincangkan pasal sunnah-sunnah dari Rasulullah SAW. Lagu background belakang dia lagu Sami Yusuf Ya Muallim. Lelaki tu bila bercakap sentiasa tersenyum. Sejuk mata memandangnya =) Sunnah yang diperbincangkan semalam tentang akhlak Rasulullah apb dengan kanak-kanak. Memang terasa sungguh la bila lelaki tu dok cakap Rasulullah sangat lembut bila melayan kanak-kanak. Tak pernah meninggi suara & selalu usap & kucup kepala kanak-kanak. Aku pon teringat la pe'el aku yg kadang-kadang tak dapat nak kawa...

Tentang Puasa Ganti & Puasa 6

Image
Lambat aku post entry hari nie kan? Dah petang baru ade mood sikit. Sbnrnya aku tak berapa sihat skrg nie. Flu & tekak pon x bape nak sedap. Ditambah lagi dgn ulser bibir yang besar bagak nie hah. Dah nak dekat seminggu tak baik-baik lagi. Tapi hari nie rasa better la tak pedih sangat macam hari-hari yang sebelum nie. Sampai nak makan pon payah benar weh! Ada jugaklah hikmahnya dapat ulser nie. Takdelah aku melantak sesedap rasa aje bila nampak makanan depan mata. Itu pon rasa macam nak naik berat badan barang sekilo dua. Hampeh sungguh. Nak naik berat senang bebenor. Cer tang nak turunkan berat. Liatnya lemak tu bukan main. Nyampah! T_T Thats y kena control napsu makan dgn berpuasa ganti awal time bulan Syawal nih. Since aku kena ganti puasa cuma 3 hari aje tahun nie, makanya takdelah rasa berat sangat nak buat puasa 6 sekali. Itu pon aku plan nak buat time hari bekerja saje. Kalo weekend maybe nak kena pergi beraya rumah orang or ada tetamu yang nak datang berziarah. Tak elok ...

Ramadhan 2011

Tak berapa jam jer lagi nak balik kerja. Dan tak berapa jam je lagi nak memulakan perjalanan balik ke Johor tanah tumpah darahku. Aku happy. Sungguh! Tapi mood aku masih swing. Badan terasa sakit & lenguh disana sini. Perut rasa semacam. Kepala pon sesekali datang senonengnya. Oh my. Dugaan apakah ini di akhir-akhir Ramadhan? Usai solat Zohor di surau office tadi, tiba-tiba hati jadi sayu. Sebak. Bulan Ramadhan sudah mahu pergi lagi. Tahun ini ibadah di bulan ramadhan hanya ala kadar. Kenapa jadi begitu ya? T_T Aku hanya meneruskan rutin biasa amalan seharian seperti dibulan-bulan yang lain. Cuma lebih gigih utk tidak meninggalkan bacaan al Quran pada setiap hari. Itu saja. Aku terfikir, bagaimanakah sekiranya ini merupakan ramadhan yang terakhir utk aku? Alangkah ruginya ko Sharena.  Iman itu boleh menjadi nipis dah tebal tak mengira waktu. Sama seperti air di lautan yang ada pasang dan surutnya. Dulu, iman aku pernah nipis. Kemudian pernah menjadi tebal. Tapi ia hanya meneb...

Masih Berpuasa Penuh

Woww! Hari nie dah 24 Ramadhan lah. Kalo tahun nie puasa genap 30 hari, bermakna ada lagi 6 hari lagi nak berpuasa. If 29 hari saje, bermakna lagi 5 hari saja lagi Syawal bermula okeh!  Dan untuk pengetahun anda semua, aku masih belum sehari pon lagi tinggal puasa yerp. Hehehe. Jangan jeles. Last month on 21st cik P dah datang. Now dah 24th masih lagi belum menampakkan dirinya walaupun tanda-tanda ia akan datang sudah muncul seperti jerawat batu & emosi tuan punya badan yang agak bercelaru. Cepat sungguh naik angin bila habi bergurau or bila Naurah buat pe'el cam semon. Hehe. I know that I'm being too emotional. But I just can't help it ok! Tak boleh kawal. Now aku dah jadi Ibu bekeng atau Ibu singa. I admit that. Haha. Aku rasa normal aje cik P datang lewat kali nie. Takde rasa nebes maybe pregnant or whatsoever. Agak kompiden gitu. Tapi orang yang kompiden nielah selalunya yang akan diduga bukan? Masa kita leka & thought that there is nothing to be worried abou...

Jagalah Allah; Allah Menjagamu

Image
Dalam banyak-banyak ayat yang aku dengar kat dunia nih. Ada 1 ayat yang pada aku memberi terlalu banyak makna berkaitan hubungan antara manusia dengan Allah. Simple yet sangat luas maknanya. Jagalah Allah; Allah Menjagamu Simple sangat kan? Dari ayat nie jugalah aku dapat buat beberapa kesimpulan tentang kehidupan aku. Aku jadi cecepat takot bila nak buat jahat. Contohnya saja nak bagi waktu berlalu supaya aku boleh skip Solat or malas Solat sebab pentingkan tido. Jahat tak? T_T So bila teringat jer ayat keramat di atas, aku teros Solat & tak jadi buat jahat. Sebabnya aku fikir macam nie. Kalo aku x jaga Solat, bermakna aku tak jaga Allah. So, bila aku x jaga Allah, Dia pon dah tak peduli dah ker aku. Kang aku keluar nak g kedai nie, entah-entah Allah tarik nyawa aku dengan eksiden. Tak pasal-pasal Naurah & Habi pon dapat bala yang sama. Kesiannya diorang. Sebab aku tak jaga Allah, diorang terkena tempiasnya sekali. T_T Macam tu jugak kalo aku rasa malas nak mengaji lepas ...

My Never Ending Story

Image
Hari nie dah pon 5hb July. Dah tak lama dah aku nak pergi bercuti lagi. Dah tak lama jugak bulan Ramadhan akan menjelmakan diri. How time flies. Nanti tau-tau jer, dah nak celebrate Naurah 2nd birthday party. Haihh..begitulah hidup di dunia. Hari demi hari, adakah ianya berlalu begitu saja? Sometimes I did some thinking about my life. What did I achieved from those passes days. Well, apa yang nak di achieve weyh? What I meant is my achievement in doing my part as a khalifah di bumi Allah. Bukankah kita, manusia merupakan khalifah di atas muka bumi ini? Apa pula tujuan khalifah diciptakan. Jawapannya hanya satu. Untuk menyembah Allah. Mematuhi segala larangan-Nya dah menjalankan segala suruhan-Nya. Mudah kan? Iya. Mudah untuk menulis & menyebutnya. Tapi maha susah dari perlaksanaannya. Sebenarnya takdelah susah mana. Since semua yang Allah suruh kita buat, mudah-mudah belaka. Islam is a way of life. Segala ajaran dalam agama Islam, mudah utk dijadikan gaya hidup sehari-hari. Ya...

Bedtime Battles

Image
Dah lama aku terfikir nak tanya korang tentang hal nie.  Macam mana korang tido malam dengan anak eh? Tido bertiga berhimpit dengan suami ker. Tido berdua dengan anak & suami tido kat tilam bawah ker. Or tido berdua dengan suami & anak dalam katil dia sendiri. Aku envy sangat dengan cara org Barat yang dari kecil dah tidur asing dengan anak. In fact letak dalam bilik berasingan lagi. Anak menangis, baru diorang attend samada bg breastfeed or milk bottle. Then anak dah tido, tinggal semula. Masa Naurah kecik, maybe sampai dia 6 bulan gitulah, memang Naurah tido asing dalam cot dia. Tapi since dia dah memanjang & tido lasak guling-guling, cot sudah sempit bagi dia. So, aku pon tidolah bertiga himpit-himpit atas katil queen tuh. Menyesal tak bertegas dengan habi nak beli katil king masa beli bedroom set dulu =.= Aku terpanggil utk berdiskusi tentang tido dengan anak nie bila aku beli buku Bagaimana Mendidik Anak Perempuan Di dalam Islam. Nak tau cara yang paling bagu...