Terlupa @ Pelupa?


Adakah aku sudah jd seorang yg pelupa? Umur akhir 20-an sudah jd pelupa? Ko biar betol Sharena??? Hahaha. Banyak sangat makan semut kot. Kesian semut dipersalahkan. Dia cuma nak makan benda manis. Gula. Apa salah dia? Yg kite dok p cedok dia masok dlm air kopi sape suruh? Dahlah membunuh semut yg sedang mencari rezeki. Dipersalahkan pulak bila kita telan dia. Whats wrong with you human? Kekeke =P

Anda menjadi seorang yang pelupa tiada kaitan dengan semut okeh! Please take note. Siapakah manusia yang mula-mula mengatakan semut punca manusia menjadi seorang yg pelupa? Kalau aku jumpe orang tu, aku ikat soh semut gigit satu badan. Aku bg peluang semut balas dendam. Ok tak? =B

Panjang betol mukaddimah aku td yer. Haha. Alkisahnya macam ini ceritanya. Aku tak tahulah aku sorang jer ker yang mengalami keadaan nie atau para ibu yang lain pun sama. Aku masih ingat teruk sungguh morning sickness aku masa mengandungkan Naurah. 4 bulan yg penuh seksa. Pergh. Muntah, pening, muntah. Aku rasa itu jer life aku waktu tue.

Aku juga masih ingat sakit pinggang & urat peha seakan di tarik-tarik sewaktu sudah hampir tiba masa utk Naurah keluar dr perut. Contraction yg dtg sekejap-sekejap bagai isi perut di renggut dari dalam. Tp ini tak horror sgt sbb aku amek epidural. So x bape nk feel sgt. Macam tu jugak bila kena jahit kat bawah tue. Polisi An Nur memang kita akan diberi ubat tidur. Kalau tak silap aku lah. Sbb kwn aku bersalin kt sane pon dia kata tak sedar masa kena jahit tue. So sedar2 je dah siap semuanya. Pad pon dah dipakaikan. Tinggal nurse tunggu kita sedar & nak sorong keluar dr labour room aje. Part nie aku consider diri aku sbg sgt bernasib baik. Ini atr salah 1 sebab kenapa aku pilih utk bersalin di hospital private bukan gomen.

Kalo korang dengar cerita my younger sister, Lisa yg bersalinkan Abu Bakar kat Hospital Kulai bln 11 lepas & cerita my biras si Mai masa bersalinkan Hayfa di Hospital Serdang, mesti korang seriau gila. Mereka berdua adalah contoh kelemahan hospital2 kerajaan dr segi perkhidmatan or layanan pd pesakit. Tp aku akui bhw bab bersalin nie ada bahagian kita masing-masing. Ada yg bersalin kt gomen, ok jer. Tp aku cuma taknak ambil risiko tue. Pd aku sakit bersalin tu mmg sudah tentu. Tp dgn servis yg baik, sedikit sebanyak rasa sakit tue dptlah di kurangkan. Sakit hati pon Insyallah takkan menjelma. Dgn itu Insyallah utk bersalin kali yg seterusnya tidaklah menjadi masalah besar bg pesakit =)

Aku tau tak semua orang mampu utk bersalin di hospital swasta. Aku pon tak mampu weh! Suami aku pon tak mampu! Tp bila kita dah plan awal2, duit tu bolehlah di kumpul sikit demi sedikit. Bila dah tiba masa utk bersalin, Insyallah duit yang di kumpul sudah pon mencukupi. Since kos utk bersalin di private sudah semakin meningkat, tiada salahnya jika kita sudah start mengumpul dari skrg walaupun plan utk dpt anak seterusnya mungkin 2-3 tahun lagi. Mcm org yg dah pernah rasa bersalin kt private mcm aku nih, mmg susah sikitlah nk setuju utk bersalin kt spital gomen lepas2 ni. Sbb dah rasa syok kann? Heheh. Bg anda yg belum pernah, apa kata mengumpul dr skrg. Cubalah rasai perbezaan service nya ok! =)

Oh no. Dah melalut banyak. Ok sambung balik cerita tadi.

Sakit yg ini pasti aku masih ingat. 2 minggu menahan sakit luka jahitan di bawah yg berdenyut-denyut saban masa. Pergh! Ini aku paling ingat. Dlm byk2 hal tak best tentang bersalin, bab nie aku paling seriau. Dengan sembelitnya lain. Darah nifasnya lain. Nak berbengkungnya lain. Bengkak susunya lain. Nak berurutnya lain. Masa kene urut nak naikkan rahim or bersengkak tue, perghhhhhh. Dah la luka kt bwh tu masih baru. Gila cekang aku rasa jahitan masa tue. Mmg aku bajet dah putus or rabak jer benang2 kt bawah tue. Huwaaaa!!! Seksanya =(

Pastu 2 bulan pertama menjaga Naurah. Perghhh. Ini pon kalo takde sokongan dari habi, mau meroyan aku jadinya. Betol weh! Anak dok menangis melalak tengah2 malam, pagi2 buta tanpa di ketahui apa sebabnya. Anak nak menepek dengan kita sampai kita dah jd burung hantu. Siang tido malam berjaga. Ntah bape banyak kali aku tido duduk dgn Naurah menepek di dada sbb dia cuma nk tido dgn gaya mcm tue. Sampai sakit2 pinggang aku. 2 bulan yg sangat mencabar. Utk aku cuma 2 bulan sbb elok aku dah nak naik keje, Naurah dah behave. Dia mcm tau Ibu dh nak kena keje. Waktu tido pon dah normal. Syukur alhamdulillah.

Aku ingat. Semuanya aku ingat. Tp aku ingat dalam lupa. Hahh? Macam mane pulak tue? Hahaha. Aku memang ingat aku dah lalui semua kesakitan, keperitan, kepayahan dlm proses mengandung, melahirkan sampailah kpd membesarkan. Eventho Naurah dah besar nie pon, lain pulak cabaran yg mendatang. Dengan penyakit kulitnya yg tak habis2. Dgn demam panasnya. Dgn kene chicken poxnya. Haihh. Mmg banyak kalau fikir2 balik.

Tapi apa yg nak sampaikan sbnrnya kt sini ialah, aku hanya ingat saje pernah melalui pelbagai moments yang kurang best tuh. Tp utk sungguh2 ingat semua kepayahan sampai timbul rasa phobia, itu lansong tidak ada. Tidak ada ok! Kesusahan yg melibatkan anak adalah mudah utk dilupakan. Begitukah? Or sbb anak itu begitu berbaloi, maka kita tidak mengingati segala kesusahan yg telah ditempuhi. Macam tu kot.

Contoh paling senang, aku rasa masa Naurah blm pandai berjalan, geram sgt kt dia sbb asek nk panjat tangga aje. Kejap2 pegi tangga. Tau2 dah 3-4 tangga dia panjat. Sakit jantong aku bile nampak situasi tue. Pantang lepa sikit! Penat betol Ibu melayan ko tau! Tp bile Naurah dah start berjalan, dia dah tak heran sgt nak panjat tangga. Tp pantang tengok pintu & gril rumah terbuka. Cepat je dia nak keluar main daun2 kering kt porch kereta tue. Geram jugak!

Tp cepat saje aku lupa tentang kegeraman masa dia asek nk panjat tangga dulu. Takkan psl panjat tangga aje aku geram dgn Naurah sblm2 nie eh? Serius aku dah tak ingat sgt tentang kegeraman2 yg lain tue. Or aku takde masa utk ingat semua kesusahan lalu tentang Naurah sbb skrg lebih susah? Oh. Tidak juga. Skrg dia dah pandai berjalan, masalah nak keluar bila pintu terbuka je yg paling tensi. Lain2 takde sgt. Then???

Entahlah yer. Maybe dlm masa susah tue, seronok juga byk melihat setiap perkembangan dr segi mental mahupun fizikal Naurah. Dari terbaring, kemudian meniarap, merangkak, duduk, menyusur, berdiri & akhirnya berjalan. Dari hanya pandai menangis, kemudian pot pet ntah hape-hape, sampailah dah pandai ckp ayah, air, bird, buat bunyi lion, tiru orang batuk, tiru orang bersin, goyang2 badan sambil dengar lagi Noddy. Rasanya sebab itu kot. Keseronokkan membesarkan anak & melihat perkembangannya menjadikan kita cepat lupa pd segala kesusahan yg ada.

Anak merupakan rezeki dr Allah yang sangat tidak ternilai harganya & menjadi pengikat kasih sayang kpd suami isteri. Tanpa anak, rumah tangga pasti menjadi sunyi & sepi. Dgn adanya anak, semuanya kembali berseri & Insyallah tidak akan muncul lagi moment2 bosan dlm hidup kita.

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat