Posts

Showing posts with the label pemikiran

Palestine, Solat Jemaah & Kiamat

As usual bila Naurah duduk dalam kereta, dia akan request lagu-lagu dari Maher Zain. Pandai dah budak tu sebut nama penyanyi kegemaran dia tuh. "Mahe Jen" katanya. Wahahaha. Gasak! So sambil aku pon menghayati lirik lagu & melodi yang indah tu, hati aku tersentuh dengan lirik lagu Palestine Will Be Free. Memang sedih kan sampai sekarang saudara-saudara seIslam kita kat sana menderita di bawah cengkaman Yahudi laknatullah tuh. Jangan tak tawu kalo korang ada baca terjemahan al Quran, begitu banyak sekali ayat-ayat dari Allah yang mengingatkan kita tentang kekufuran orang Yahudi neh. In fact turut di nyatakan kaum yang masih boleh berkasih sayang dengan kita adalah kaum Nasrani. Senang kata org Kristian lah. Zaman dulu pendeta Nasrani ramai juga yang beriman dengan Allah. Di panggil mereka ini ahli kitab. Zaman dulu orang Islam boleh aje kahwin dengan ahli kitab. Tapi zaman sekarang dah tak boleh sebab semakin lama semakin terpesong agama Kristian neh. Tak sama macam ahli ...

Mungkin Sudah Tiba Masanya Lagi...

Malam tadi aku tidur di atas katil bersama habi & Naurah. Aku tidur tanpa menunaikan solat Isya' terlebih dahulu seperti kebiasaannya. Sudah beberapa kali aku berani berbuat begitu. Kerana aku yakin sebelum masuknya waktu solat Subuh, aku pasti akan terjaga dari tidur beberapa kali kerana resah masih belum menunaikan kewajipan yang satu itu. Ada 1 peringkat aku sudah mula tidak kisah sekiranya aku terus tidur & tidak solat. Ya. Aku pernah sampai ke tahap itu. Maafkan aku ya rabb. Tetapi selepas langkah pertama penghijrahan berpakaian ketika keluar dr rumah, hati terpanggil lagi utk berusaha memulakan langkah yang kedua. Insyallah. Solat Isya' malam tadi aku lakukan diwaktu jam menghampiri pukul 3 pagi. Selepas solat aku berteleku kaku. Teringat tentang suatu waktu dahulu aku juga pernah berteleku begitu. Merintih mengharap belas kasihan Pencipta. Bezanya pd waktu itu aku berteleku seusai dari melakukan solat sunat. Bukan solat yang wajib. Sunyi dan hening di sepertig...

Signifikan Berkuda, Berenang & Memanah

Image
Rasulullah SAW pernah bersabda tentang menyuruh anak-anak kita utk pandai berenang, berkuda & memanah. Mesti ramai yang berfikir apa signifikannya ketiga-tiga sukan tu pada zaman skrg nih kan? Semua tu cuma sekadar sukan. Bukan macam zaman dulu yang berperang menggunakan kuda & memanah musuh dengan busur. Apatah lagi dengan berenang? Siginifikan apa yang ada padanya? Baru-baru ini aku membaca buku bertajuk Tanda-Tanda Besar Hari Kiamat (TTBHK). Karangan seorang sheikh dari universiti di Saudi Arabia. Buku-bukunya bercorak ensiklopedia yang dibukukan mengikut tajuk yang besar. So ini adalah salah 1 dari 1 lagi bukunya yang ada dalam simpanan aku iaitu Huru Hara Hari Kiamat. Dalam buku TTBHK, baru aku ketahui signifikan Rasulullah menyuruh kita mempelajari ilu berenang, berkuda & memanah. Di ramalkan sebelum hari Kiamat benar-benar berlalu, mungkin bumi akan dilanda musibah yang besar. Sebesar mungkin berlakunya perlanggaran bumi dengan planet lain atau asteroid menghentam ...

Don't Judge Me Yet. Its Too Soon...

Dah kerja dah hari nie. Alangkah bestnya kalo cuti seminggu terus. Makin seronok aku menepek lemak kat badan kan? Haha =.= Kalo ade emoticon tu lepas ketawa, maknanya tawa dalam tangisan la yer. Hrp maklom. Takde apa yang menarik sangat nak di kongsikan hari nie. Cuti kat kampong selama 5 hari adalah heaven. Itu memang sudah pasti. Weekend nie turn balik ke rumah in law pulak. Weekend lagi satu, haihhh....nape nak mengeluh pulak? Bukan aku suke ke pegi jalan cuti-cuti Malaysia? Ye suke. Tapi ntah napa rasa macam penat. Ker skrg nie aje rasa macam tu? Dah nak pegi sok start selok balik dah kot ek? Hehe. Ok tetibe teringat tentang progress pemakaian jubah hitam keluar kemana-mana. Setakat nie dah berjaya pakai sebanyak 3 kali outing. Pertama g opis hari Jumaat last week. Kemudian Selasa lepas masa g bandar Kota. Then semalam masa balik ke Sepang. Perasaan aku? AWESOME ^_^ Siryes tak tipu. Camne eh nak cakap. Macam darjat kita sebagai seorang wanita tu naik 1 anak tangga lagi. Aku r...

Langkah Pertama (Hijrah)

Image
Alhamdulillah. Sememangnya pagi Jumaat yang barokah =) Semua urusan dipermudahkan Allah & I am all happy. Urusan kerja aje pon. Ekekeke =P Gaya macam ape kan? Haha Dari pukul 5 pagi, hujan all the way sampai sekarang di Cyberjaya. At certain place, nampak ada rumah yang sekelilingnya dinaiki air. Sedang berjaga-jaga memerhati pergerakan air samada akan sampai masuk ke rumah atau tidak. Juga memerhati keadaan cuaca yang tidak menentu. Sekejap hujan & not long after that, matahari bersinar juga. Semuanya aturan Allah jua. Berhijrah. Yer. Sebenarnya aku dalam proses penghijrahan. Berhijrah dari segi berpakaian. Setelah mendapat green light dari habi, aku nekad menggunakan sejumlah wang utk gaji pertama di tahun 2012 ini melabur membeli 2 helai jubah hitam. It just a simple plain jubah. Tak ada corak yang menarik mahupun batu bling-bling di sana sini. And I loved it to the max! Aku beli 2 pasang & it cost me for RM140 & Giant, Nilai. Bukan aku tak ada koleksi jubah sebel...

Pillow Talk Story

Image
Itulah bantal bushuk yang aku wariskan pd Naurah =P Sape perasan hari nie hari Jumaat pertama tahun ini?? Hek eleh....pagi-pagi lagi ramai yang dah noticed padahal. Kehkehkeh. Orang takde idea mmg gini lah permulaan ayat dalam n3 dia. Merapu meraban tak tentu hala. Tapi kalo ada yang tak noticed, baca n3 aku neh, kan dah dapat tawu tu kan? So, ape ada dgn Jumaat pertama pd tahun ini? Hentah! Bwahahaha. Tak membina minda lansong la korang yang baca n3 aku yang ini. Sila pasrah ajelah yerp sebab aku dalam mood malas buat keje tapi nak menaip ajo kojonya =B Meh aku nak citer tentang pillow talk aku dgn habi malam tadi. Dah lama tak buat xtvt mengikat kasih sayang nie sejak masing-masing manjang kepenatan cecah kepala kat bantal aje teros krohhh..krohhhss...tak sedo ape. Hehehe. Entahkan pillow talk yang bermanfaat entah mengumpat orang. Aku tak pasti la cerita nie masok dalam kategori mana. Korang judge la sendiri bila baca nanti & yang baik jadikan tauladan, yg buruk buang jaoh-j...

What Goes Around Comes Around

Moral of the story, berbuatlah baik kepada sesiapa saja. InsyaAllah orang lain pun akan buat baik-baik pd kita. Kalo buat jahat kat orang, tak semestinya orang tu sendiri akan balas kejahatan kite tu. Maybe orang lain pulak yang buat. Senang kata, what comes around, goes around. Kalo ada benda tak best jadik kat kita, cer ingat balik apa benda tak best kita pernah buat tak lama dulu. Kira macam kifarah dosa jugaklah. Allah bagi kita sakit utk hapuskan dosa-dosa kecil kita. Lebih kurang macam tu implikasi dia. Hehe. Aku tulis gini pasal hal berkaitan office lah. Semalam waktu di Surau eventho aku tak masok dlm perbualan yang disembangkan, tetap jugak telinga ini mendengar sbb suara yang bercerita tersangatlah kuat sound systemnya. Lansung tak khusyuk nak fokus pd bacaan dalam Solat hokeh! Hangin juga dibuatnya. Sampai keluarlah entry dlm blog nie pasal kes ni. Sampai tak masok dlm perbualan pon bleh tau cerita. Hebat kan? =.= Kisahnya si A bertemu buku dengan ruas dgn si B. Senang kat...

Kuasa Ibu Bapa

Tadi pagi sampai agak awal la from usual time kat opis. Tetibe Kak Salina cam ajak bersembang. Dia menyuarakan kegusaran dia tentang anak-anaknya yang sedang meniti usia remaja. Aku rasa semua orang pon paham bila kita dalam umur 13 to 17 tu memanglah selalu nak rebel dengan mak bapak. Cakap mak bapak taknak heran lansong. Kawan-kawan lebih diutamakan. Semua yg mak bapak tegur tak boleh nak terima. Rasa macam deme nak mengongkong kebebasan kita. Semua idea kawan-kawan adalah cool & best & seronok. Enjoyyyy!! Itulah dunia remaja. Tawu nak enjoy aje. Tawu nak happy-happy aje dgn kawan-kawan. Nak mengekspresikan diri la kunun-kununnya. Puii! Well, aku bukan cakap pasal remaja zaman skrg aje. Zaman aku dulu pon, aku gitu jugak. Dah pernah rasa beb zaman kegemilangan tue. Gemilang ntah malang. Hahah. Semua umat manusia akan melalui zaman remaja neh. Cuma kuat tak kuat iman didada & didikan yang betul dr ibu bapalah saja penyelamatnya. Bukan senang beb nak tangani krisis zaman ...

Thursday Blues

Thursday blues today for me. Menyampah menanti pukul 10am. Appraisal time. This year cincai mancai aje aku isi form tuh. Ada yang aku tak isi tempat kosong. Gasak lah. For 6 years aku keje kat sini, appraisal form nie macam takde bagi impak apa-apa pong pd increment or bonus. Orang yang dapat warning letter dalam apa-apa hal pong tetap dapat increment & bonus yang sama dgn orang yang clean macam aku neh. So, buat apa nak beriya sangat mintak itu mintak ini. Tulis aku buat itu, buat ini. At the end, habok pon tarak. Stress taw! Stressssss!!!!! Takdelah stress masa pong sebenarnya. Hehe. Saje over sket. Sebab aku nie suke mengingatkan diri. Bila rasa kitalah orang yang paling susah, paling miskin, paling takde duit, paling gaji kecik, tengok-tengoklah gardener yang tengah cabot rumpot kat luor tue. Cer aku compare diri aku dgn dia. Siapa lagi bertuah? Siapa lagi susah? So cepatlah timbul rasa insaf dalam diri. Nak compare dgn orang yang lebih senang, memanglah manjang stress. Yer do...

Hati Kosong Tiada Iman

Image
Hari nie besday Siti Z. So dia belanja nasi lemak, kuih donut & teh tarik. Aku makan nasi lemak & kuih donut sebiji. Pastu Kak B hulur jemput-jemput dia bwk dr rumah. So amek jugaklah sebijik. Thats my breakfast & lunch for today. Kecuali kalo ada orang nak belanja makan lagi lunch nanti =B Ker merangkap dinner sekali? Ohh..aku tidak se'desperate' itu utk menurunkan berat badan =P Hari nie pakai blouse oren, tudung cakor rimau & skirt panjang kelabu. Ramai yang tegur ckp aku nampak muda. Its a compliment but not the compliment that I want. Wuwuwu. Thanks anyway. Sebelum nie dress up macam makcik-makcik yerp? Usually on Friday aku pakai jubah. Tp jubah dah habis rotation. So kena pakai something different pulak. Nampak muda kalo aurat tak bape sempurna pon tak syok jugak. Pandangan Allah kpd kita yang lebih penting atau pandangan dr sesama manusia? Jawapannya ada pd diri kita =) Aku nak share yang semalam aku ada ber chit chat dgn seorang ppn melayu Singapura....

Tentang Puasa Ganti & Puasa 6

Image
Lambat aku post entry hari nie kan? Dah petang baru ade mood sikit. Sbnrnya aku tak berapa sihat skrg nie. Flu & tekak pon x bape nak sedap. Ditambah lagi dgn ulser bibir yang besar bagak nie hah. Dah nak dekat seminggu tak baik-baik lagi. Tapi hari nie rasa better la tak pedih sangat macam hari-hari yang sebelum nie. Sampai nak makan pon payah benar weh! Ada jugaklah hikmahnya dapat ulser nie. Takdelah aku melantak sesedap rasa aje bila nampak makanan depan mata. Itu pon rasa macam nak naik berat badan barang sekilo dua. Hampeh sungguh. Nak naik berat senang bebenor. Cer tang nak turunkan berat. Liatnya lemak tu bukan main. Nyampah! T_T Thats y kena control napsu makan dgn berpuasa ganti awal time bulan Syawal nih. Since aku kena ganti puasa cuma 3 hari aje tahun nie, makanya takdelah rasa berat sangat nak buat puasa 6 sekali. Itu pon aku plan nak buat time hari bekerja saje. Kalo weekend maybe nak kena pergi beraya rumah orang or ada tetamu yang nak datang berziarah. Tak elok ...

Ramadhan 2011

Tak berapa jam jer lagi nak balik kerja. Dan tak berapa jam je lagi nak memulakan perjalanan balik ke Johor tanah tumpah darahku. Aku happy. Sungguh! Tapi mood aku masih swing. Badan terasa sakit & lenguh disana sini. Perut rasa semacam. Kepala pon sesekali datang senonengnya. Oh my. Dugaan apakah ini di akhir-akhir Ramadhan? Usai solat Zohor di surau office tadi, tiba-tiba hati jadi sayu. Sebak. Bulan Ramadhan sudah mahu pergi lagi. Tahun ini ibadah di bulan ramadhan hanya ala kadar. Kenapa jadi begitu ya? T_T Aku hanya meneruskan rutin biasa amalan seharian seperti dibulan-bulan yang lain. Cuma lebih gigih utk tidak meninggalkan bacaan al Quran pada setiap hari. Itu saja. Aku terfikir, bagaimanakah sekiranya ini merupakan ramadhan yang terakhir utk aku? Alangkah ruginya ko Sharena.  Iman itu boleh menjadi nipis dah tebal tak mengira waktu. Sama seperti air di lautan yang ada pasang dan surutnya. Dulu, iman aku pernah nipis. Kemudian pernah menjadi tebal. Tapi ia hanya meneb...

Jagalah Allah; Allah Menjagamu

Image
Dalam banyak-banyak ayat yang aku dengar kat dunia nih. Ada 1 ayat yang pada aku memberi terlalu banyak makna berkaitan hubungan antara manusia dengan Allah. Simple yet sangat luas maknanya. Jagalah Allah; Allah Menjagamu Simple sangat kan? Dari ayat nie jugalah aku dapat buat beberapa kesimpulan tentang kehidupan aku. Aku jadi cecepat takot bila nak buat jahat. Contohnya saja nak bagi waktu berlalu supaya aku boleh skip Solat or malas Solat sebab pentingkan tido. Jahat tak? T_T So bila teringat jer ayat keramat di atas, aku teros Solat & tak jadi buat jahat. Sebabnya aku fikir macam nie. Kalo aku x jaga Solat, bermakna aku tak jaga Allah. So, bila aku x jaga Allah, Dia pon dah tak peduli dah ker aku. Kang aku keluar nak g kedai nie, entah-entah Allah tarik nyawa aku dengan eksiden. Tak pasal-pasal Naurah & Habi pon dapat bala yang sama. Kesiannya diorang. Sebab aku tak jaga Allah, diorang terkena tempiasnya sekali. T_T Macam tu jugak kalo aku rasa malas nak mengaji lepas ...

My Open Letter

Image
Peace No War =) Sepanjang aku berkecimpung dalam dunia blogging nie, rasanya tak pernah aku terima komen or kritikan yang tidak membina dalam setiap entry yang aku tulis. Syukur Alhamdulillah. All my blog readers semuanya baik-baik belaka yek? Bravo to all of you =D Tapi aku kesian jugak that there are a few of my blogger friends yang tak berapa bernasib baik seperti aku. Sentiasa ada 'lalat-lalats' yang singgah di blog mereka. Tak henti-henti mengkritik & mengkondem kawan yang menulis dgn jujur dan tanpa niat utk mencipta sebarang provokasi pd orang lain. Sampai 1 tahap, penulis blog jadi serba salah bila nak update entry. Nak tulis banyak kang, takot ada yang sentap. Tak tulis kang, rasa terbeban kat diri sendiri pulak sebab perasaan tak terluah. Tiba-tiba blogging macam dah jadi 1 bebanan pd si penulis. Hilang nak jadi tempat meluah perasaan, jadi satu masalah baru pulak. Honestly, aku memang tak faham kenapa ada orang-orang yang berhati busuk nih. Tapi aku dah fa...

Bedtime Battles

Image
Dah lama aku terfikir nak tanya korang tentang hal nie.  Macam mana korang tido malam dengan anak eh? Tido bertiga berhimpit dengan suami ker. Tido berdua dengan anak & suami tido kat tilam bawah ker. Or tido berdua dengan suami & anak dalam katil dia sendiri. Aku envy sangat dengan cara org Barat yang dari kecil dah tidur asing dengan anak. In fact letak dalam bilik berasingan lagi. Anak menangis, baru diorang attend samada bg breastfeed or milk bottle. Then anak dah tido, tinggal semula. Masa Naurah kecik, maybe sampai dia 6 bulan gitulah, memang Naurah tido asing dalam cot dia. Tapi since dia dah memanjang & tido lasak guling-guling, cot sudah sempit bagi dia. So, aku pon tidolah bertiga himpit-himpit atas katil queen tuh. Menyesal tak bertegas dengan habi nak beli katil king masa beli bedroom set dulu =.= Aku terpanggil utk berdiskusi tentang tido dengan anak nie bila aku beli buku Bagaimana Mendidik Anak Perempuan Di dalam Islam. Nak tau cara yang paling bagu...

Menjelang 2nd Anniversary

Image
Aku tak tahulah org lain macam mane. Tapi kan..aku kann...lagi bbrp hari nak 2 tahun berkahwin nie...rasa macam sayaaaaangggg sangat lagi kat my hubby. Rasa macam masih dalam honeymoon year. Hehe. Macam malu nak mengaku tapi memang rasa mcm tu ohh! =D Suka sangat gurau-gurau & usik-usik dia. Suka jugak manja-manja macam semalam baru nikah. Semuanya masih sama macam baru-baru kawen dulu. Aku adalah perempuan yang rasa sangat bertuah ditakdirkan berjodoh dengan hubby. Bila aku fikir pasal jodoh & takdir nie kan, mesti aku teringat kes aku putus tunang dgn ex dulu. Dok menangis, meraung, bermurung macam org gila. Bodoh gila aku rasa kalau ingat keadaan aku masa tue. Tapi memang besar sungguh hikmahnya dugaan putus tunang dulu tu pd aku. Kesannya masih dapat di lihat sampai sekarang. Alhamdulillah. Aku berani cakap I'm a better person la after dapat harungi dugaan tu dengan susah payah. Itu yang aku suka bila Allah bagi dugaan. Memanglah rasa susah, sedih, kecewa & ma...

Being Mom - My Way

Hmmph. Malas je nk update blog hari nie. Sbbnya brg idaman hati aku masih belum berjaya di beli. Brg yillek, maka gambo pon yillek. Bosan kan? T_T Hari Jumaat tak sempat pegi kedai dah tutup. Hari Sabtu pagi ade perjumpaan dgn Ibu Midah, pengurus taska Naurah ddk skrg. Ada perbincangan ttg kekurangan pekerja yg memungkinkan nursery utk bdk2 blm sekolah ditutup pd akhir bulan 5 nnti. Hanya rumah transit jer yang stay. If ada parents yg dpt tolong cari pengasuh, Insyallah boleh terus operate. Maka kerjasama adlh sgt di harapkan. Eventho aku tak perlu bimbang ttg penutupan nursery since Naurah mmg sudah masuk list toddler yg sudi di jaga oleh pengasuh sedia ada Lily, tp aku tetap bersimpati pd parents yg anaknya tidak masuk senarai. So kalau boleh, mmg taknak la nursery nie tutup. Nursery under pengurusan Ibu Midah nie pd aku mmg terbaek! Aku puas hati sgt dgn perkhidmatan diorang. Nursery lain mmg byk. Tp aku pon tak tahu samada bagus ke tidak.  So klu la anda-anda yg membaca blog...