Ketinggalan

Entah kenapa muka aku jadi macam nie =.= bila habi tegur, ehh...dah kurus sikit lah! Kot iye pon nak memotivasikan aku, takkanlah on my 2nd day wearing PB lemak dah menyusut 5 inci. Agak-agak lah kan? One more time =.=


Sebenarnya aku agak tensi sebab dah ketinggalan tentang cerita Aishah yang pregnant untuk kali ke-3. Camne aku boleh missed entry dia neh? T_T Rasa macam aku lah orang terakhir yang tahu berita hot tuh. Itu pon dari entry orang lain iaitu si Afni. Whats wrong with you Sharena? tsk tsk

Aishah bercerita tentang perasaannya tentang pregnancy kali ini. Kalau dah kata mengandung tanpa di rancang or famous word nya 'eksiden', aku rasa bukanlah Aishah sorang saja yang mengalami perasaan yang bercampur-baur begitu. Apetah lagi kalau jarak masa antara anak yang sedia ada dgn yang dalam kandungan tuh tidak berselang tahun. Maksud aku tahun sebelah menyebelah.

Hati wanita mana yang tak runsing berfikir tentang macam-macam hal. Melahir dan membesarkan anak bukanlah sesuatu yang mudah yer kawan-kawan. Anak yang baru sorang macam aku nie pon kadang-kadang dah tak terlayan. Inikan pulak kalau bilangannya lebih daripada tu. Belum cerita pasal kos sara hidup lagi.  Senang kata memang runsing lah weyy!

Bukan kita menolak rezeki dari Allah. Tapi kita ibu bapa nih tentulah arif dengan kemampuan yang ada. Alah, aku nak tulis banyak pon rasanya tak perlu lah. Korang pon boleh faham. Kan? Kannn?

Apa-apa pun aku cuma doa pd Allah moga di beri kekuatan mental & fizikal pd kawan kita Aishah dalam mengharungi hari-hari yang mendatang. Benda pon dah jadi. So, forget the past & look for the future. Itu saja caranya utk kita redha dengan ketentuan Allah. 

In a good way, anak yang rapat umurnya nie lebih close to each other. Plus, penat membesarkan anak nie kira sekali harung jer. Bila dah besar, dapatlah relax banyaaaaaaakkkk. Heee =B Bila dah jadi macam nie, diharap kita lebih berhati-hati dalam soal merancang keluarga. Pastikan pregnancy yang seterusnya tiada lagi istilah 'eksiden'. Bahkan istilah 'the awaited one' pula yang diguna pakai =)

Ok. Itu ajelah kot aku nak bebel pagi-pagi nih. Ada kerja yang perlu diselesaikan. Apa-apa pun hari ke-2 pakai PB, dah rasa lebih selesa dari semalam. Muka pon takdelah ketat sangat. Hehe.
Toodles~

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat